Halaman

Jumaat, 27 Julai 2012

1st timer

lokasi ; Kolam memancing air masin(kolam bayar da) sempadan diantara
             daerah Nilai dan daerah Sepang
tarikh : tak berapa ingat tp dalam sekitar bulan 2 or bulan 3 2012
spesis ikan yang diburu : Siakap dan Kaci

  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca,
  Ni sy nak cite sikit pasal memancing kolam air masin ni, sebelum ni tak pernah sy terfikir dan tahu kewujudan kolam mcm ni maklum dah di kpg saya disarawak manalah ada kolam memancing berbayar ni.yg ada tingalan lombong lah yang kita ketahui didiami oleh spesis2 seperti haruan dan talapia.

  Berbalik pada cite tadi,saya pergi kekolam ni secara tak sengaja sebenar nya.sebelum ni saya ada memancing disekitar muara dan pantai sg.pelek tp hasil tidak memberansangkan dan sering kali KUMPAW.hahahaha(tu sebab nama blok ni kumpaw breaker.heheheh) kena plak lagi sy memang dah lama tak hanyir kan tangan lama merantau ditempat orng.ada dlm 2 tahun gantung pancing.baru start balik ujung tahun lepas(2011).

  Sehari sebelum memncing di kolan ni,saya telah pergi kekolam ini utk melihat keadaan dan rentak mancing kolam ni.maklumlah 1st time nak cuba kolam berbayar ni.Lepas parking terus jenguk ke kauter tempat daftar.rupanya kena bayar deposit dulu sebelum memancing dan wajib plak tu memancing selama 3 jam.Jd deposit Rm 50 utk satu joran.Cas dikenakan adalah rm 12 sejam.jadi kalau 3 jam rm 36.adalah baki rm 14 yang akan dikembalikan selesai kt memncing.tp terpulanglah nak memancing berapa jam pun deposit tetap rm 50.kalau lebih faham2 sendiri lah ye.....

  Ada plak peraturan lain,tak bleh guna apa2 jenis pun anak ikan untuk dijadikan umpan.gewang pun xdibenarkan(hancur harapan nak casting siakap kolan guna gewang.hahahah). Umpan yang dibenarkan adalah udang hidup,udang kopek dan hirisan ikan.

  selepas meninjau-ninjau dari jauh.saya pun terus gerak kearah seorg pakcik yang tengah memasang umpan.setelah menperkenalkan diri, sy terus bertanya tentang kolam ni...(lupa nak bagi tau nama pakcik tu pakcik wan.org kelantan).banyak maklumat yang saya dapat dari pakcik wan ni.memang ramah dan tak kedekut dengan ilmu memancing ni.dalam borak2 tu tiba2 tali utama nya menegang menandakan umpan dah disambar ikan.sy pun terus dengan tekunnya memerhati cara pakcik wan melayan siakap kolam ni.dan hasilnya seekor siakap berat dalam anggaran 1kg lebih.selepas tu saya pun mintak diri utk balik sebab dah larut malam.(nanti tido luar plak.heheh).lagi pun nak buat persiapan utk esok.

  Esoknya selepas Isyak,sy terus gerak kekolam tersebut bersama adik saya.berbekalkan senjata perang iaitu rod casting ryobi 10-22lb beserta kekilli Ajiking 2000 mengunakan tali utama berkekuatan 25 lb.berbekalkan ikan kembung dan udang pasar sebagai umpan,diharapkan dapatlah menaikan hasil yang meriah(dalam hati mintak2 jgn lah kumpau).

  setelah membayar deposit sy dan adik sy terus pergi ke kanan berdekatan kincir air utk memancing.
dengan sepantas kancil nya sy memasang umpan dengan harapan yang tinggi.pada waktu itu saya menggunakan kaedah bottom  dan  menggunakan 2 mata pancing.satu umpan udang satu umpan ikan kembung.

  hampir 20 minit membangau sy dah risau.badi kumpaw tak ilang lagi ke dalam hati saya, tp tak semena2 tali menegang menandakan ikan dah makan.tali dihulurkan dan dalam kiraan 5 sy terus membuat sentakan.ikan itu terus memecut tp perlawanan tidak lama kerana drag sy terkunci ketat jd ikan itu cepat penat.dan hasil nya ikan siakap seberat xsampai 1kg(hahahahahah.)

  besarnya ikan siakap ni.hehehehe.
tangkapan pertama memancing di kolam berbayar.


Semangat semakin berkobar2 bila berjaya mendapat lesen siakap kolam.hehehehe.jiran sebelah dah 2jam lebih memancing tak dapat ape pun.rezeki saya lah tu.kali ni sy gunakan umpan yang sama dan baling di spot yg mendapat lesen tadi.tp kali ni lama jugak membangau dalam sejam lebih langsung takde ikan yang sudi membaham umpan saya.beberapakali umpan di tukar tetapi takde ketukan dari sang siakap.

  saya terus mengabil keputusan untuk bertukar tempat.sy nampak hampir kesemua pemancing mlm tu membangau.tp xtaulah sebabnya.mungkin ikan dah tido or mogok lapar kot.hehehehehe

 Alhamdullilah. Bila bertukar tempat.(tak jauh pun,2 3 meter je dari tempat td) barulah sy mendapat tangkapan ke 2.memang rezeki sy agaknya mlm tu.dengan drag yg telah dilongarkan ,pemainan dengan siakap nampak mengujakan bila kita menggunakan set ringan.mcm nak naik ikan belasan kilo je.hehehe.padahal yang naik 1kg lebih je.hehehehe


tangkapan yang ke 2,ikan siakap 1Malaysia.hehehehe
tp aku 1org je boleh makan.besar sikit dari yang pertama.hehehehe

  Selepas berjaya menaikan ikan yg ke2, jiran disebelah datang bertanya kepada saya umpan apa yang sy pakai,sebab dia pakai udang hidup dari tdi tapi langsung takde ikan yang sudi membaham umpan nya.sy pun bagi taulah umpan apa yang sy guna dan offer kat dia kalau nak guna.mana tau selera dia mlm tu nak kan umpan mcm tu.dia pun terus tukar umpan dan menggunakan hirisan isi ikan kembung.tak lama kemudian tali pancing sy mula menegang dan kemudian rod membengkok dan terus saya buat sentakan.kali ni memang ikan yang kasar coz cara dia buat larian dan tali mencicit-cicit keluar walaupun dah diketatkan 70%.(saya longgarkan utk ambik feel.hehehe)perlawanan dengan ikan itu mengabil masa 5 minit je.hehehehe.faham2la kekuatan ikan kat kolam n ikan liar ni memang berbeza bagi saya.. akhirnya sy berjaya menaikan ikan ke 3 sy mlm itu.berat ikan itu tepat2 2kg lepas timbang kat kaunter.


tangkapan yg ke.muka pun ada senyum bila
dapat siakap yang agak besar.hehehehe


  lepas dapat Siakap yang ke 3,saya dan adik sy terus mengemas barang utk balik kerana masa memancing 3jaitu hampir tamat dan sy pun malas nak tambah masa takut membazir.umpan yang selebihnya sy sedekah kan kpd brother jiran memancing tadi.dia pun dah dapat seekor menggunakan isi ikan kembung tadi.

  Sampai je dirumah isteri saya yg tak tidur lagi bertanya adakah sy ada dapat ikan kerana sebelum2 ni sy asyik kumpaw.kalau kumpau memang kena sindir thap gaban lah.nasib mlm tu ada dapat ikan.selamat telinga saya.hahahaha.

  ikan diletakkan disingki untuk dibersihkan dan disiang utk santapan pada tengahari esok.(bukan sy yang siang lah.faham2 sapa yg siang ye.hehehe)


hasil tangkapan 3jam memancing dikolam air masin.hehehehe
ikan yg paling kecik dah mcm rupa ikan talapia.hhehe

  kesimpulan nya.memancing di kolam air masin di nilai memang ok kerana menyediakan kemudahan yang menyenangkan pelangan.pelepasan ikan yang jujur dan banyak  setiap 1jam. berjumpa lagi kita dicoretan yang akan datang.(siri menaikan ikan jacpot).

Petua-petua memancing


assalamualaikum dan selam sejahtera kepada semua. SALAM RAMADAN.hehehe,lambatnya ucapan ramadan.dah masuk puasa ke7 baru nak ucapkan.hahahahah.takpe.hari ni sy ada nak share kat kawan2 pasal satu petua2 memancing.sepertimana disedia maklum,kaum melayu ni memang terlalu banyak dengan petua2 dan kepercayaan walaupun ada kala kepercayaan itu nanpak pelik.ada petua kt oleh ikut dan ada yang tak.bukan apa ,kalau ada petua atau kepercayaan yang boleh mengudangkan SYIRIK boleh mendatangkan kerosakan aqidah pada kt la plak.
disini saya nak kongsikan petua - petua memancing yang saya dapat dari ayah,otai-otai memancing,rakan-rakan memancing dan dari laman blog yang lain:
1.melangkah keluar rumah hendaklah dimulakan dengan membaca bismilah
2.membaca bismillah dan selawat keatas nabi sebelum baling umpan
3.jangan bising semasa memancing
4.jangan membangga diri dengan hasil tangkapan tapi bersyukurlah
5.jika mendapat hasil yang sedikit atau ikan kecil bersyukurlah kerana itu rezeki yang diberikan kepada kita.
6.jangan lupa bersedekah dengan hasil yang kita dapat
7.hasil tangkapan yang didapat hendaklah dihormati sebagaimana mahluk bernyawa yang lain
8.jangan menzalimi haiwan
9.niat memancing kerana untuk mencari rezeki
10.jangan pergi memancing jika orang tua mahupun isteri tak merestui kerana restu sangat penting dalam memperolehi keberkatan.
11.sentiasa update status diri kepada ahli keluarga supaya mereka tidak risau dan anda mengetahui keadaan mereka(UNTUK MEMANCING DIKAWASAN BERDEKALAN LA.KALAU KAT AREA LAUT DALAM MANA ADA LINE TPON.HAHAHAH)

jangan lupa mengamalkannya. semoga kita memperolehi keberkatan bersama

Khamis, 26 Julai 2012

bila hobi menjadi Gian..........

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM PERKENALAN.....
Memancing@mengail@fishing ialah satu hobi yg mempunyai jutaan perminat di negara kita tanpa mengira umur, bangsa dan agama. Kini perbagai kaedah yg digunakan dalam aktiviti memancing semata-mata ingin mendarat ikan idaman para pemancing. Kaedah Poping, Jigging, Trolling,Casting & Bottom kini telah menjadi kegilaan para pemancing. Ikan-ikan yg sentiasa menjadi sasaran pula bergantung kepada pemancing sendiri.
Hobi hanyir ini menyebabkan para2 pemancing sangup berpanas,berhujan dan meredah semak samun, belukar dan ombak lautan bagi mencari lubuk2 berpotensi bagi menaikan ikan.
Tidak semua pemancing memancing bagi mendapatkan ikan tetapi kebanyakan pemancing lebih kepda kepuasan bila berjaya mendaratkan tangkapan.


tp bagi aku sendiri, dimana boleh memancing kan ku terjah demi kepuasan aku dalam dunia hanyir ni
TANGKAPAN PERTAMAKU MENGGUNAKAN KAEDAH CASTING, DULU HANYA TAHU MEMBOTTOM .
SKRANG UPGRADE SIKIT KE DUNIA CASTING.HEHEHHE.BALINGAN PERTAMA BERJAYA MENAIKAN PEACOCK BASS.