Halaman

Isnin, 16 Disember 2013

River hunter. pemburuan Cik Patin

Assalamualaikum kepada semua
moga sihat semuanya.lama bena rasanya lama dah berceloteh dalam blog ni.hehehehe.seperti biasa lah.sibuk sikit pastu lama tak memancing. ada sesekali cuba gak casting tp kumpaw.hahahhahaah..

Bulan november yang lepas saya berkesempatan utk menduga sungai dengkil.saya sebelum ni tak pernah menduga kawasan sungai sepanjang 5 tahun di selangor ni.kalau dikampung halaman saya di sarawak memang slalulah sbb rumah saya di sarawak tu memang berdekatan dengan sungai.trip saya kali ni bersama-sama dengan geng2 mancing Cure & Care vocational centre Sepang.(CCVC Sepang-dulu dikenali sebagai pusat serenti/puspen Sepang) . Sasaran kali ini adalah ikan patin, baung dan Keli. Kami sepakat untuk menduga disekitar kawasan yang diberi nama Pokok ceri. kali ni bukan Gewang yang dipetaruhkan tapi umpan seperti Roti gardenia, umpan dedak dan umpan pellet. cara bancuhan jgn ditanya sbb saya tak reti.heheheheh. Saya pun minta org tolong bancuhkan.hehehehehe.sambutan ikan pada hari kejadian amat mengalakan.bagi saya yang amatur mancing di sungai ni memang terujalah sbb ikan galak memakan umpan.walaupun saya tak makan ikan2 sungai seperti ikan patin tp saya amat berpuas hati.

Pada malam berikutnya satu lagi trip dijalankan tp lokasinya berlainan.disitu kami mcm berpesta kerana masing2 berjaya menaikan ikan patin bersaiz mega.semua diatas 5kg dengan berumpankan roti gardenia sahaja.saya yang amatur ni pun berjaya menaikan ikan patin seberat 5.5kg pada mlm tersebut.disini saya kongsikan sedikit gambar atau bahan bukti kepada semua sebagai rujukan.heheheheheheh.



 antara ikan yang diperolehi.Ikan Lampam.saiz pun boleh tahan sesuai untuk hidangan

ikan patin saiz hidangan berskala 1.5 kg.

antara hasil buruan pada trip pagi .ikan patin, lampam keli dan baung yang berjaya didaratkan.

 antara senjata perang yang dipertaruhkan

 kalau mancing disungai dengkil berhati2 lah sbb disungai tersebut turut dihuni oleh spesis pemangsa seperti digambar.gambar diambik ketika terserempak waktu mencari pot sesuai untuk memancing.
(rilek nye dia.hehehe)

zoom cikit.heheheheh

ni plak bahan bukti sewaktu operasi dijalankan pada waktu malam hari berikutnya.jgn berdarah hidung ye.heheheheh.


peserta pertama yang berjaya mendaratkan saiz mega. muka ada senyum.hehehehehe

peserta kedua yang berjaya.muka pun penuh dengan senyuman berahi.hehehe.
perut patin tu pun bukan main besar.hehehehehe


hero mane boleh kalah.hero pun nak jugak.hehehehe.
lesen pertama ikan patin sungai dengkil bersaiz mega .
ikan seberat 5.5kg berjaya ditumpaskan.heheheh
saiz ekor sang patin yang berjaya ditumpaskan


ni ikan sehari sebelum trip dijalankan.brother ni just nak riki pot,
last2 naik jugak ikan patin 4kg.rejeki.hehehehe


secara keseluruhannya ,trip pada november lepas boleh dikira sebagai berjaya kerana walaupun air sungai dalam keadaan keroh akibat musim hujan tetapi ikan tetap sudi menjamah umpan yang dihulur.walaupun ikan sungai tetapi yang penting gigil ditangan dapat dihilangkan dengan melayan semangat juang sang patin yang terbukti hebat di sungai.hehehehhe

berjumpa lagi kt di post akan datang.(kalau tak kumpaw ada lah post tu.hehehehe)

assalamualaikum







Jumaat, 18 Oktober 2013

memburu snake head @ haruan (SP version)

assalammualaikum kepada semua.
rasa belum terlambat saya mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua pembaca. disamping itu sama2 kt mendoakan saudara kt yang mengerjakan fardu haji mendapat haji yang mabrur dan selamat sampai ke Tanah air.

pada post kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang bulan lepas. pada bulan lepas(September) saya takdelah trip2 mega sekadar memncing mengisi masa selepas waktu bekerja sahaja. sasaran saya seperti biasa snake head a.k.a haruan.waktu yang diluangkan pun sekitar 1 jam sahaja. apa yang ingin saya kongsikan ada lah keseronokan mengilat @ casting menggunakan SP (soft plasting. sepanjang bulan lepas saya mengilat @ casting hanya menggunakan Sp sahaja selepas teracun dengan member2 yang Berjaya menaikan haruan dengan menggunakan SP. jadi dengan beerbekal semangat yang ada saya terus mencuba. saya menggunakan SP keluaran Berkley dan river to sea.bukan sebab 2 jenama ni berkesan tp tu je yang saya jumpa di kedai pancing sekitar sepang.jadilah dari takde kan......


 antara contoh SP keluaran Berkley yang saya digunakan
 
 
ni contoh SP keluaran river to sea worm version with bearing
 
 

lokasi saya mancing seperti biasa berdekatan dengan kediaman saya di kota warisan.di situ ada 2 ke 3 kolam terbiar yang dihuni oleh ikan2 seperti puyu,sepat keli dan haruan...... sasaran saya seprti biasa ikan haruan.disini saya sertakan bahan bukti utk tatapan semua.hehehehehehe

 haruan pertama yang tergoda dengan lenggokan SP Berkley warna putih.
rod : daiwa crosbeat 8-16 lb
reel : BC daiwa laguna 101h
main line : fins 20 lb
leader : sure catch 30 lb
lure : Soft plastic Berkley (warna putih )
 



 haruan pertama yg Berjaya digoda pada hari ke2
rod : daiwa crosbeat 8-16 lb
reel : ajiking airmax 2000
main line : akira 20 lb
leader : sure catch 30 lb
lure : Soft plastic Berkley (warna putih )
 haruan ke2  Berjaya digoda pada hari ke2
rod : daiwa crosbeat 8-16 lb
reel : ajiking airmax 2000
main line : akira 20 lb
leader : sure catch 30 lb
lure : Soft plastic river to sea (worm version with bearing)
 
haruan ke3 Berjaya digoda pada hari ke2
rod : daiwa crosbeat 8-16 lb
reel : ajiking airmax 2000
main line : akira 20 lb
leader : sure catch 30 lb
lure : Soft plastic Berkley ( warna oren)

satu2 nya haruan pada hari ke3
rod : Ryobi xenos 10-20 lb
reel : Ryobi navigator 2500
main line : ajiking deep runner 25 lb
leader : sure catch 30 lb
lure : Soft plastic Berkley ( warna x ingat)


haruan pertama pada hari ke 4
rod : daiwa crosbeat 8-16 lb
reel : BC daiwa laguna 101H
main line : fins 20lb
leader : sure catch 30 lb
lure : spinner jenama bakau + soft plastic river to sea  worm version warna hitam
 

haruan ke2 pada hari ke 4
rod : daiwa crosbeat 8-16 lb
reel : BC daiwa laguna 101H
main line : fins 20lb
leader : sure catch 30 lb
lure : spinner jenama bakau + soft plastic river to sea  worm version warna hitam


haruan pertama pada hari ke 5
rod : daiwa crosbeat 8-16 lb
reel : ajiking airmax 2000
main line : akira 20 lb
leader : sure catch 30 lb
lure : Soft plastic river to sea (worm version with bearing)


haruan ke2  Berjaya digoda pada hari ke5
rod : daiwa crosbeat 8-16 lb
reel : ajiking airmax 2000
main line : akira 20 lb
leader : sure catch 30 lb
lure : Soft plastic river to sea (worm version with bearing wana putih)

 haruan ke3 Berjaya digoda pada hari ke5
rod : daiwa crosbeat 8-16 lb
reel : ajiking airmax 2000
main line : akira 20 lb
leader : sure catch 30 lb
lure : sure bite plastic frog (warna oren)

haruan ke4Berjaya digoda pada hari ke5
rod : daiwa crosbeat 8-16 lb
reel : ajiking airmax 2000
main line : akira 20 lb
leader : sure catch 30 lb
lure : sure bite plastic frog (warna putih)


satu-satunya haruan pada hari ke 6 mengguna hard lure
rod : daiwa crosbeat 8-16 lb
reel : BC daiwa laguna 101H
main line : fins 20lb
leader : sure catch 30 lb
lure : nama tidak diketahui tp katak kayu keluaran bakau.
 
 
secara keseluruhan nya misi saya utk menggunak kan soft plastic sebagai penggoda snake head amat2 Berjaya dan saya amat berpuas hati. mungkin di masa akan datang saya akan mencuba keberkesanannya utk ikan pemangsa yang lain seperti siakap. ikan2 haruan yang Berjaya saya daratkan sepanjang misi SP ini saya telah serahkn kepada pihak yang memerlukan.
 
berjumpa kt di post akan datang.
assalamualaikum
 

Isnin, 2 September 2013

trip santai hari raya ke 7. terbaik boboiboy

assalammualaikum kepada semua.

lama tak berupdate blog ni.mentang2 la hari raya.hahahahahahah.bukan malas nak update tp sibuk berhari raya n tugasan. dah tu gambar2 memancing semua hilang disebabkan kejadian malang berlaku ketika memancing.hp saya dah jadi tukun tiruan di tengah laut ketika raya hari tu.hehehehe

sepanjang bercuti sempena hari raya saya berkesempatan utk mengilat/casting haruan disekitar rumah mertua saya disibu dan hasil nya memang terbaik.setiap hari ada je ikan haruan yang sudi menghentam gewang saya. rekod peribadi pun tercipta bila saya Berjaya menaikan haruan sepanjang 53cm dan beran hamper 2kg tp saying nya gambar ikan2 tersebut semuanya didalam hp saya yang telah menjadi tukun tiruan di tengah lautan yang damai. jd cakap banyaak pun tak guna sbb takde bukti.heheheheheh

pada hari raya ke 7 (14/08/2013) satu trip telah di atur oleh sahabat saya bersama keluarga beliau utk menduga spot2 terbaik di sekitar lautan cina selatan. antara spot2 yang glame disana adalah kawasan kapal karam, kapal karam jepun, paloh n holand. jangan ditanya apa bearing n lock gps kawasan tu kerana saya tak tahu.hehehehe.saya pun ikut org je. tp kesemua ikan disitu memang terbaik. memang meriah. memang berbaloi2 trip kali ini..trip kali ini kami mempratikkan semua kaedah antaranya micro jig,casting, apolo n bottom.hasil nya terbaik.antara ikan yang Berjaya didaratkan adalah tetanda,kerapu, selar, kembung,tamban, cencaru, ikan merah , alu2 dan tenggiri.tp harap maaf ada sedikit gamabr sahaja sbb gambar yang lain semua didalam hp yang menjadi tukun tiruan.hehehehe.ikan kerapu sahaja Berjaya dirakamkan.hehehe

 tekong kali ni.otai yang tak terkalah.en Ajis bin Sarip.kalau nak menggunakan khidmat bot/kapal beliau utk memancing di kawasan laut dalam boleh call dia ni no 013-8114236
 







 makan dulu.hehehehe

 kerapu ketika dispot penutup.hehehe
 
 kerapu lagi.memang tempat ni tempat perjumpaan kerapu.
 

 dia lagi.hehehehe
 
 dia memang muka kerapu sbb tu kerapu suka kat dia.hahahaha
 
 org baru kena buli cuci alat memancing sesudah misi.heheheh
 
 hasil dlm box pertama.ikan lain masih didalam bot.hehehehehe

 
 
boleh dikatakan trip kali ni memang Berjaya.terima kasih saya ucapkan kepada kawan saya kerana Berjaya mengatur satu trip yang baik.jumpa lagi kt di post akan datang. assalamualaikum