Rabu, 24 September 2014

Rezeki (lain dikejar lain yang dapat)

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog KUMPAW BREAKER

berjumpa lagi kt diruangan blog ini.harap semua sihat hendaknya.kali ini saya nak membuat sedikit laporan berkenaan trip  casting saya secara solo pada 16/09/2014(selasa) yg lepas.Pada 16/09/2014 yang lepas,sempena dengan cuti umum Hari Malaysia saya berkesempatan utk mengilat @ Casting disekitar Sepang. Kali ini saya mensasarkan untuk mengilat @ casting Ikan Peacock Bass.lokasi sama seperti di post saya yg lepas iaitu di kawasan lombong sekitar perkampungan org asli dan Pusat serenti IKHLAS, Kota warisan, Sepang.

pada jam 6.45 pagi saya dah bergerak ke lokasi mengunakan kuda perang EX5 saya yg di import khas dari sarawak.hehehehehe. setibanya disana saya disambut oleh 2 org caster yang tidak dikenali.rupanya ada org sampai lagi awal dari saya.hehehehe.mereka menggunakan bot manakala saya hanya mengilat @ casting dari tebing sahaja(landbass). saya memang bersemangat memandangkan pemukaan air meriah dengan boiling dan kocakan disebabkan ikan pemangsa galak memburu mangsanya diawal pagi .

dengan semangat waja saya memulakan acara pada pagi itu.tapi sayang....... ...................................(gunakan intonasi mcm suara salem iklim) kemerian di pemukaan tidak sama mcm diharapkan.tiada langsung ketukan atau sambaran diterima.tepat jam 10.00 pagi secara tiba2 gewang saya disambar oleh seekor spesis yang saya jangkakan Peacock Bass bersaiz Kasar membaham gewang seahawk saya. dari amatan dan pengalaman saya, sambaran kasar mcm ni mesti disebabkan oleh ikan bersaiz sekurang2 45cm. saya menghayati perlawanan itu dengan hati yang riang.hahahahahaha. berbekal dengan senjata Rod Daiwa Crossbeat 8-16 lb digandingkan dengan Reel Daiwa Laguna pertarungan sengit itu hanya berjalan kurang dari 5 minit. Ku sangkakan peacokbass tp rupanya haruan yang terpikat.hahahahah. ingatkan Peacock bass yang menyambar rupanya ikan haruan da......... ikan haruan sepanjang 50 cm dan berat 1.06 kg berjaya saya daratkan. janji strike dari kumpaw.hahahha



 pemandangan yang indah dan mendamaikan di pagi hari di lokasi pemburuan

 pesalah yang berjaya ditangkap dan digari

 pesalah bergambar dengan senjata perang yang berjaya dirampas

 tepat-tepat 50 cm

timbang pulak, 1.06kg

ROD : DAIWA CROSSBEAT 8-16LB
REEL : DAIWA LAGUNA 101H
MAIN LINE : EUPRO CAMOFLAGE BRAIDED 15 LB
LEADER : HYTAC SOLAROAM BASS (SEMI FLUOROCARBON) 20LB
LURE : SEAHAWK

ikan haruan ini telah diserahkan kepada sahabat saya memandangkan isteri dia baru sahaja bersalin anak kedua.sekurang2nya ikan haruan yg saya dapat ni berguna dari segi perubatan. keseronokan memancing pun dapat, amal jariah pun boleh dilaksana.hehehehhehe

sampai disini coleteh dan nukilan ntah apa2 dari saya.berjumpa lagi kt di post akan datang
Assalamualaikum.

Isnin, 8 September 2014

pencarian Sang Hijau Kuning ( peacock bass @ ikan Raja)

assalamualaikum semua pembaca blog kumpaw breaker.

lama juga tak berceloteh dalam blog ni.asal ada update pastu hilang 2 3 bulan.hehehehe.bukan apa kekangan masa menyebabkan aktiviti memancing dikurangkan sedikit.ada sesekali je turun.tu pun utk lepaskan gian je.

pada ahad lepas (07/09/2014) saya berkesempatan utk mengilat@casting di sekitar sepang. trip kali ni dinamakan trip terkejut kerana saya mendapat panggilan last minitt. cerita bermula bila salah seorang rakan sepejabat saya mendapat undangan utk menyertai satu group caster dari Malaysian Airport Berhad untuk pergi mengilat@casting peacock bass di sekitar daerah Sepang.apa lagi,dia turut memangil saya utk memeriahkan keadaan.Tempat yang dituju adalah lombong terbiar di kawasan perkampungan org asli di kota warisan Sepang..trip kali ni memang boleh dikatakan terbaik kerana peacock bass galak menjamah gewang yang dipersembahkan. kami lebih mengunakan gewang @ lure top water saja memandangkan kawasan lombong tersebut airnya sedikit cetek. tp dari pemerhatian saya gewang top water ofmer bad dog memang menjadi di sini.jadi saya sarankan sekiranya anda berkesempatan memancing disana dapatkan gewang tersebut..saya sertakan beberapa gambar yang sempat diambik utk berkongsi dengan semua pembaca.

 ni dia member aku, MR Esa .champion kali ni.
ikan peacock bass dia terbesar kali ni 42 cm.

 kali ni double hook up.peacock bass saiz sedang2 saja

 dia lagi

 saiz remaja tak cukup umur.kalah teruk la


saiz sekolah menengah lagi.jadi la.hahahhaa

trip kali ni boleh dikata berjaya sebab ikan kali ni memang ganas dan tak memilih gewang.mungkin musim kot.sekiranya ada sesiapa yang ingin mengetahui maklumat mengenai ikan peacock bass boleh la klik kat sini  pa2 pun berjumpa lagi kt di post akan datang

assalamualaikum