Halaman

Rabu, 1 Ogos 2012

idola dalam dunia memancing

assalammualaikum dan salam sejahtera semua,


  hari ini sy nak bercerita sikit tentang idola  saya dalam dunia mancing ni,1st sekali ayah saya lah sebab dia yang membawa sy dalam dunia memancing yg terlalu seronok ni.(bagi Pemancing seronoklah,bagi yg bukan pemancing buang masa) yang ke2 nya adalah JAKUB VAGNER. Kepada pemancing tegar atau peminat national geographic channel atau peminat rancangan FISH WARRIOR mesti mengenali mamat ni. Mamat yang boleh diangap ikon dalam dunia memancing ni.


  Jakub Vagner dilahirkan diPrague , Republik Czech pada 24/12/1981. Dia  adalah seorg pemancing profesional yang telah berjaga memancing banyak ikan bersaiz mega dan memegang banyak rekod dunia kerana berjaya menangkap ikan terbesar dengan hanya menggunakan teknik pancing. Antara ikan yang berya ditangkap dan memegang rekod yang diakui oleh International Game Fishing Association (IGFA)  Arapaima  (Arapaima gigas) seberat 130 kg, Wels catfish (Silurus glanis) seberat 110 kg, devil catfish (Bagarius bagarius) berat  75 kg,dan ikan lagenda Amazonian goliath catfish (Brachyplatystoma filamentosum) sebenarnya telah memecahkan  rekod tiga kali berturut-turut. Pada bulan Februari 2008, beliau mula-mula mendarat goliath(ikan bersaiz mega) seberat 190 kg, yang juga adalah semata-mata ikan air tawar terbesar yang pernah ditangkap. Semasa ekspedisi tiga minggu Amazonian pada lewat Februari dan awal Mac 2010, beliau berjaya menangkap dua lagi goliaths seberat 186 dan 215 kg, memecahkan rekod dunia sendiri. dalam espidisi  yang sama, beliau berjaya memecahkan rekod ukuran tiga meter untuk memancing air tawar apabila dia berjaya menaikan Arapaima berukuran 307 cm dan berat 154 kg. Tangkapan ini adalah satu lagi rekod dunia bagi Jakub Vágner dan Arapaima gigas.




Antara ikan yang berjaya dinaiklan oleh Jakub Vagner

 Kejayaan dia membuat saya sedikit jeles(sedikit konon) kerana sy langsung tak pernah merasa menaikan ikan bersaiz monster mcm ni.tp sapa lah sy dibandingkan dengan dia.dia profesional saya plak baru blajar.peralatan yang dia gunakan pun beharga ribu2.bersamaan 5 ke 6 bulan gaji sy.bukan cikai2 mcm sy ni.tp sy masih berbangga kerana ada rakyat malaysia yang pernah menaikan ikan arapaima di thailand  seberat 100 kg. Pemancing itu bernama fahizhussin.kalau nak tengok, klik di sini .


  Tp apa pun, kita kena redha sebab rezeki kita semua ditangan ALLAH S.W.T.sekiranya memang tersurat kita akan mendapat ikan mega,insyaallah,kt akan dapat. jgn lupa amal kan petua2 dalam post sy yg lepas. jumpa lagi dipost akan datang

(*sumber http://www.jakubvagner.cz/en/about-jakub.html)
(*sumber gambar: google je)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan