Halaman

Khamis, 25 Oktober 2012

Lain dicari Lain yang dapat

assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
hari ini saya nak kongsi pengalaman yang lucu memancing minggu lepas.lain yang dicari lain yang lekat.hahahahahah

pada sabtu yang lepas,saya berpeluang utk casting di area taman bunga raya di sepang,kebetulan ada masa terluang jadi sy terjah jelah.tanpa sebang persiapann yang rapi, sy terus mencapai peralatan perang yang sentiasa dalam keadaan sedia distor umah sy. dengan menunggang kuda liar EX5,dalam masa kurang dari 10minit sy tiba ke destinasi.setibanya sy ke destinasi saya terus memulakan acara casting. tp yang sedihnya takde sambutan biar pun tangan dah naik lenguh dan berkali2 menukar gewang. kelihatan banyak anak  ikan talapia bermain dipemukaan air dan mungkin ini menyebabkan ikan haruan yang jd buruan sy agak culas dengan gewang.sebelum ni mesti ade je haruan terpikat dengan gewang sy ni.setelah hampir sejam casting,sy ambik keputusan utk balik.tp tak semena2 ,terasa rod disentap ikan dan dengan pantasnya sy buat hook up.takde perlawanan yang hebat kerana ikan ni mengikut sahaja.bila berjaya didaratkan,rupanya yg  terkena adalah ikan bandaraya.kalau kat sarawak ikan ni dipangil ikan DBKU(dewan bandaraya kuching utara)hahahahha.
mata kail yang tersangkut kat mata ikan ni.kejadian yang tak disangka.heheheh
 
betul2 masuk kat dalam mata ikan ni mata kail tu
 
saiz ikan yang diperolehi.heheheheh
 
 


rupanya mata ikan tu tersangkut kat mata kail gewang yg sy gunakan.hahahaha.jd lah dari tak kumpau. dalam banyak2 ikan kat situ,ikan tu je sudi.tu pun secara tak sengaja. ikan tu selamat dilepaskan kembali kat habitatnya.bukan boleh makan pun.nak simpan takde aquarium.jadi penyelesaiannya CNR je lah. disini sy sertakan sedikit maklumat mengenai ikan bandaraya ni.


Ikan Bandaraya @ Ikan Cuci Cermin / Suckerfish / armoured catfish (hypostomus plecostomus)

HABITAT ASAL - Amerika Selatan

PENGENALANIkan ni tergolong dalam famili loricariidae dan sangat terkenal dalam dunia akuatik dimana ia dianggap sebagai salah satu spesis pelengkap kitaran akuarium yang berfungsi sebagai pemakan alga pada dinding akuarium. Spesis ini dipercayai dibawa masuk ke negara kita seiring dengan peningkatan dan minat orang ramai terhadap hobi membela ikan hiasan.

Ia kelihatan comel ketika kecil iaitu ketika berukuran 2 hingga 5 inci. Tetapi apabila ia semakin besar, kebanyakan pemiliknya melepaskan ikan ini ke sungai, kolam dan lain-lain.

Ikan ini tidak boleh dimakan kerana ia mempunyai kadar toksin yang tinggi dalam badannya dan oleh sebab demikian ia mampu hidup didalam persekitaran air yang mempunyai kadar pencemaran yang tingggi.

Kini ia boleh ditemui di hampir kesemua jaringan sungai, lombong tinggal, tasik dan kolam seluruh negara.


CIRI CIRI
Boleh membesar hingga 18 inci (46 cm) dan menpunyai jangka hayat sehingga 10 hingga 15 tahun. Mempunyai kulit badan yang keras, warna hitam berbintik putih diseluruh badan dan mulut di bahagian bawah badan. Bentuk badan hampir menyamai ikan dalam keluarga 'catfish'.
Tiada perbezaan jelas antara ikan betina dan jantan.

DIET
Memakan alga yang tumbuh pada batu, kayu dan lain lain struktur dalam air.

SIFAT
Secara amnya ikan ini bersifat lemah lembut tetapi ia kekadang sedikit agresif terutamanya terhadap spesisnya sendiri.
Satu tabiat buruk ikan ini adalah ia akan menggali banyak lubang pada tebing sungai untuk pembinaan sarangnya bagi tujuan pembiakan.
Menurut
Global Enviroment Centre, ikan ini menjadi ancaman utama terhadap Sungai Klang di mana kejadian tebing sungai runtuh sering dilaporkan berlaku.


jgn ada kekawan aku terfikir nak makan ikan ni sudah,nanti berbuih plak mulut.heheheheheh
dikesempatan ini sy ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adhdan sesiapa yang balik ke kampung tu ,memandulah berhati2 moga selamat sampai ke destinasi.
jumpa lagi di coretan akan datang.assalamualaikum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan