Halaman

Isnin, 14 Januari 2013

lain di kejar lain yang dapat........

as salam kepada kepada semua pembaca blog saya ni.semoga semua sihat hendaknya......

kali ini saya nak berkongsi pengalaman saya pada 06/01/2013 yang lepas.pada pagi ahad 06/01/2013 yang lepas saya sempat meluangkan masa kira2 sejam untuk melepaskan gigil ditangan.seawal 7.15 pagi saya dah bergerak ke kolam berhampiran dengan kawasan rumah saya untuk casting @ mengilat.spesis yang menjadi buruan semestinya haruan,Peacock bass dan talapia.setibanya saya di kolam tersebut saya disajikan dengan kemeriahan riak ikan yang disyaki peacock bass.dengan semangat nya saya terus memulakan acara casting.hehehehehe.

senjata perang yang digunakan kali ni sama je dengan senjata perang yang lepas iaitu rod casting spining ryobi dipadankan dengan spining Toman alpha max 2000 .seperti biasa main line saya gunakan Ajiking deeprunner 20lb.kali ini saya menggunakan gewang eupro mini popper dan bakau day night 90mm M760 SP warna putih. ingatkan nak guna gewang Strike Pro Albino code 092 (Diver) size 90mm tp kawasan ni mudah sangkut jd bagi mengelakan putih mata dengan kehilangan gewang baik saya guna bakau jelah.hehehehehe.

agak lama saya menunggu untuk mendapat strike walaupun banyak riak ikan bermain di pemukaan. naik timbul urat tangan menunggu strike.bila saya dapat strike plak berlaku kejadian rabut.2 ke 3 kali gak kejadian rabut ni berlaku.hehehe.takda rezeki.melihat eupro mini popper saya takda sambutan saya terus menukar ke gewang bakau day night 90mm M760 SP warna putih. balingan ke 2 dah dapat sambutan tetapi rabut.dengan semangat tidak berputus asa saya teruskan juga,heheheee. tidak lama selepas itu saya mendapat strike.boleh tahan gak melayan ikan ni.saya fikir kalau tak haruan mesti peacock bass yang saya dapat ni.perlawan tak lah sehebat mane tp dilayan dengan berhati takut rabut lagi.bila berjaya didaratkan saya terkedu sekejap kerana saya tak tahu spesis apa yang menghentam gewang saya ni.bila diselidik dan bertanya dengan abg mahmud (otai yang selalu bersama saya memancing haruan.dia ni tinggal bersebelahan blok rumah saya.pemburu haruan sejati ni) dia kata ikan yang saya dapat tu adalah kerapu lombong.susah gak nak dapat ikan tu area sini .sedap dimakan dia kata.tp ikan tu saya dah selamat lepaskan kembali kekolam habitatnya.saya bertanya tentang ikan tu pun sebelah petang tu pun tunjuk gambar je.hehehehe. 

ni la ikan bernama kerapu lombong.rupa mcm kerapu tp tahap melawan mcm peacock bass je.hehhehe

satu-satunya ikan yang terpedaya hari tu.jadilah dari takde langsung.syukur......

selepas melepaskan kembali ikan tu ke habitat nya saya pun beransur pulang kerana isteri saya kena bertugas pada ahad tersebut.jadinya saya pada hari tu kea jadi baby sitter lah.heheheheh.pa2 pun kita berjumpa lagi di post akan datang. 

as salam .........



Tiada ulasan:

Catat Ulasan