Halaman

Rabu, 6 Februari 2013

ledakan serangan haruan.......

Assalamualaikum.....
 kepada semua pembaca blog saya yang tidak seberapa ini

Bulan januari dah melabuhkan tirai nya. Aktiviti memancing pun kurang dijalankan atas faktor kekangan masa dan keluarga.ya lah kan.pa2 pun keluarga kena diutamakan dulu.saya pun memancing disekitar kediaman saya sahaja....tu pun tertumpu pada kolam yang terbiar sahaja.seperti biasa ikan haruan,talapia dan peapock bass lah menjadi buruan.nak kekolam memancing air masin pun budjet takde.hehehehehe

post saya yang lepas pun saya hanya berjaya mendapat ikan talapia dan kerapu lombong.haruan susah sikit nak dapat mungkin disebabkan mogok.hahahahahha.ada gak pemancing lain yang dapat tp menggunakan katak lah.dalam banyak2 pemburu haruan disekitar kediaman saya menggunakan umpan katak berlainan dengan saya yang lebih selesa menggunakan gewang.

pada 13/01/2013 saya berkesempatan untuk mengilat @ casting haruan ni.pada jam 5.00 petang saya dah menuju ke lokasi memancing....takde kelibat pemancing lain melainkan saya.jadi saya teruskanlah aktiviti mulia ini walaupun keseorangan(memang selalu seorng pun.heheheh). mungkin hari ini memang rezeki saya kot sebab asyik mendapat strike.yang berjaya didaratkan semasa memancing keseorangan sebanyak 5 ekor...setelah mendapat 5 ekor haruan barulah datang pemancing lain termasuk abg mahmud (yang saya ceritakan dalam post yang lepas).semua terbakar je melihat hasil saya.hehehehehe(bangga kejap).selepas tu banyak sambaran yang diterima tetapi rabut.kebanyakan yang menghentam saiz curut.sebelum balik baru lah saya berjaya menambah koleksi tu pun seekor sahaja.hahahahahah.....semua ikan tu saya sedekahkan kepada seorang makcik yang berniaga dikawasan sekitar.difahamkan makcik tersebut memerlukan sekurang2 3 ekor sehari ikan haruan utk dimakan bagi proses penyembuhan penyakit yang dia hadapi.penyakit apa saya tak taulah tp kesian melihat kaki nya yang bengkak teruk.ya lah.saya pun tak makan ikan haruan tu.dari dibazirkan baik disedekahkan kepada yang memerlukan. seperti biasa lah.kalau tak bagi kat org, saya CNR je lah.

pada hari tersebut kelengkapan perang saya sama je mcm post yang lepas tp saya lebih menggunakan katak plastik la.seperti biasa katak mazzy frog memang killer lah.hahahahaha.in saa Allah masa terdekat ni saya nak sambar gak set casting baru khas utk trip casting di kuching nanti.semua dah disurvei hanya menunggu budjet untuk membeli.hehehehehe. dibawah disertakan hasil pemburuan hari tu


ini lesen pertama pada hari tersebut

lesen ke 2.memang terbaik Mazzy frog ni

lesen ke3.(saiz curut je.jadilah dari takde)

lesen ke 4.saiz ok ckit.memang menjadi hari tu.hehehehe

lesen ke 5ni la yang kedua terbesar tangkapan hari tu.tp berat tak sampai 500 gram kot.main agak je cos takde timbang.hahahah

lesen terakhir.yang ke 6.ni la yang besar ckit.tp tak sampai 1kg lah.tp ikan ni yang paling best sebab siap melompat2 nak lepaskan diri.terbaiklah.mcm tau2 je saya nak balik

 

ni plak apek yang slalu memancing disitu gak.ni lagi otai...dia dapat 3 ekor pada hari tu.2ekor haruan dan seekor keli siap dapat keli tu..diaorang seperti biasa menggunakan umpan katak hidup

ni haruan ke2 yang menjadi mangsa apek ni
 
 
selesai je mendaratkan ikan terakhir saya terus bersiap nak balik sebab dah nak maghrib.tp apa2 pun syukur kerana rezeki yang dikurnia ilahi  pada hari tu  disamping boleh bersedekah.
 
berjumpa lagi di post akan datang.
 
Assalamualaikum..... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan