Jumaat, 17 Mei 2013

trip santai dikampung halaman part 2

assalamualaikum semua

harap semua sihat hendaknya.kali ni saya nak kongsi pengalaman yang tidak seberapa menjadi ketika memancing di kpg halaman saya.kira nya sambungan dari post lepas la.heheheheheh.

pada keesokan harinya (15/04/2013) satu trip ringkas telah diatur oleh sahabat saya dari haruanfisingclub (nak tau tentang dia bleh klik sini )sempena meraikan kepulangan saya.trip kali ini tidak mensasarkan apa2 spesis kerana tempat yang akan diserang tidak pernah diredah oleh sahabat saya.kiranya semua 0 la.adil sikit.heheheheh.kali ni kami menggunakan 3 in 1.semua teknik digunakan.bottom,pelampung n casting@mengilat. umpan diambik seawall 6.30 pagi dan kami berangkat kemedan petempuran  pada jam 7.30 pagi.tempat yang dituju adalah jambatan no 3 kampong telaga air (org tempatan memangil trombol). setibanya disana kami dikejutkan dengan arus yang terlalu laju.ni la padah nya kalau nak memancing main redah sahaja tanpa merujuk jadual pasang surut air.heheheheheh. alang 2 dah sampai teruskan je la.nak casting@mengilat pun tak dapat la gamak Nye,jd membottom la kami semua dengan harapan yang sedikt punah.hahahahahha
jambatan no 3 sebelum kpg telaga air.spot yang terbaik
(gambar dipinjam dari blog The Other Side of Me)
 
 antara banglo dan taman perumahan ikan-ikan
 antara spot2 yang menarik
salah seorang caster yang slalu menduga kawasan ini
(gambar spot ini dipinjam dari http://pijanmadinil.blogspot.com/)
lupa nak ambik gambar tempat ni
 
 
berbekalkan umpan udang hidup dan udang pasar kami memulakan acara pada hari itu. saya mempertaruhkan 2 senjata kali ini dan salah satunya saya menggunakan mata apolo.hasil boleh dikatakan amat baik walaupun arus air terlalu kuat tetapi umpan tetap disambar dengan penuh selera oleh sang ikan.... senjata baru yan diimport dari sepang juga berjaya memperolehi lesen dan dihanyirkan.jadilah walau pun bukan dari kaedah casting.hehehehehe
 
 
 setelah kumpaw pada hari sebelumnya,tuan rumah berjaya memecahkan badi kumpaw dengan tangkapan terawal nya.ikan kuku @ ikan kakas menjadi mangsa pertama.hahahahah
 seorang lagi tuan rumah yang berjaya melesenkan diri nya.ikan tetanda @ ikan merah tanda menjadi mangsa
 dia lagi.suka betul tetanda dengan muka dia ni
 tetanda lagi.tak padan dengan kecik. cnr la jawab nya
 dia lagi.ikan kuku@kakas menjadi mangsa
 tuan rumah berjaya juga menaikan tetanda
ikan bulan@tarpon pun ada.
 
 
kebanyakan spesis yang menjadi mangsa kami adalah 3 spesis ikan diatas.disamping itu k menaikan ikan2 lain seperti gelama dan ikan bolos.Ketam batu pun ada menjadi mangsa kami secara tidak sengaja.hahahaha. tepat jam 1 tengahari kami memutuskan utk berhenti rehat dah pergi mencari sesuap nasi.hehhehehe.kesemua dah tahap kebulur kerana masing tidak bersarapan pagi tersebut.gara2 nak cepat memancing.hahahha
 
selesai menjamu selera kami terus bergerak ke lokasi baru utk menduga nasib .tp tenya lokasi ke2 ni hanya didiami oleh ikan gelama.memang pesta ikan gelama.
 




 bergambar sambil berposing di lokasi ke2.nak ambik gambar pun malas sebab semua tangkapan kat situ ikan gelama je.ada tetanda pun seekor je.hehehehe
 
pada jam 3,acara ditamatkan setelah sahabat saya mendapat pangilan pulau dari isterinya.(faham2 jelah.)heheheheheh. trip kali ini boleh dikatakan berjaya kerana masing tidak KUMPAW.hehehhehe.
 
 


antara hasil tangkapan saya.bergambar lu dengan ikan2 ni sebelum masuk kedalam periuk.hehehehe
 
 rod : DAIWA CROSSBEAT (BC) 8-16 LB
REEL : BAITCAST DAIWA LAGUNA  LAG100HL
LINE : FINS 25 LB
ni la senjata saya yang membuat saya berkorban fulus semata2 nak memilikinya. ni semua gara2 nak casting@mengilat di Kuching,.(tapi tidak kesampaian.membottom jadinya.heheheh)
 

trip kali ni boleh dikatakan berjayalah walaupun dirancang dengan ala kadar.waktu ni la saya sedar amat penting bagi seseorang pemancing menkaji dan meneliti semua aspek utk memancing.bukan main redah je.keadaan cuaca,keadaan air dan jadual pasang surut air amat penting utk dipantau sebelum mengatur trip memancing.sekurang2 nya trip kali ini boleh memberi pengajaran dan pembelajaran yang berguna kepada saya dan sahabat2 lain.
 
sampai disini celoteh saya pada entri kali ni.berjumpa kt di post akan datang.
 
Assalamualaikum........

Selasa, 14 Mei 2013

trip santai di kampung halaman (KUCHING)



assalamualaikum kepada semua.

Lama gak tak update blog ni.dulu rajin je update tp skarang susah betul nak update. bz nye satu hal,bz dengan urusan kerja dan keluarga.faham2 la musim PRU kan.minta2 takdelah lagi kekecohan sesudah PRU ni.jgn tanya sapa yang saya pangkah or logo pa yang saya sokong sebab saya tak berminat pasal politik.heheheh. kalau pasal ikan,teknik memancing ok sebab leh kongsi ilmu walaupun saya ni tak banyak ilmu.sebab susah nak update blog ni sebenarnya asyik kumpaw je memanjang. spot2 saya utk mengilat @ casting haruan dan peacock bass pun dah habis dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. habis tempat tu dipasang jaring n dijala oleh pendatang asing. tak cukup dengan kaedah tu,mereka turut menggunakan teknik mengaran ikan2 tu.mane taknya hilang ikan2 tu.ikan yang mereka taknak makan dibiarkan membusuk je di situ. ni pun saya tengah mencari spot2 baru utk diterjah pada masa akan datang

berbalik pada cita sebenar.heheheh. Pada 13/04/2013 hingga 16/04/2013 yang lepas saya berkesempatan utk balik kekampung halaman saya di KUCHING,SARAWAK.seperti biasa persedian telah diatur sebaiknya. utk trip kali ni saya telah berkorban sedikit fulus utk membeli beberapa peralatan perang yang baru. khas utk bertempur di kuching.tp biasanya saya ni menang gaya je.ikan nya takde la banyak mane pun.heheheh.

 tebingan kuching atau lebih dikenali sebagai Kuching waterfront. antara tempat yang wajib dikunjungi oleh pelancong yang datang ke Kuching
 mercu tanda Kuching (meow......)
Salah satu mercu tanda di Kuching.bangunan DUN negeri Sarawak

pada petang 13/04/2013 saya bersama2 dengan sahabat saya telah merancang utk mengilat di sekitar bandar Kuching sahaja. takde spesis yang menjadi buruan utama kerana plan sahaja nak melepaskan gian.asal tak kumpau sahaja. kawasan yang di panggil Tambak disekitar kawasan pending menjadi pilihan kerana mempunyai banyak spisi ikan yang boleh diangkap terbaik. sebaik tiba di sana saya terus memulakan acara.tidak sampai 15 minit cuaca berubah.acara ditamatkan utk mencuba di kawasan lain. sahabat saya terus mencadangkan untuk mengilat haruan.cadangan di sambut baik dah terus bergerak ditempat yang ditetapkan.

bangunan dbku(dewan bandaraya kuching utara)

tempat yang dimaksudkan adalah belakng bukit siol yang mana terletaknya bangunan DBKU. dibelakng bukit tu terdapat beberapa kolam terbiar yg menjadi kediaman buat sang ikan terutamanya haruan n talapia. setibanya disana acara dimulakan dengan penuh semangat. 

tidak lama utk mendapatkan strike.baru dalam 5 minit salah seorang sahabat saya berjaya menaikkan talapia juvenil .jadi lah dari kumpaw. tidak lama selepas tu saya mendapat strike. maka terpecah la kumpaw yang dikumpul dari sepang.hehehehe. seekor haruan menjadi mangsa godaan gewang seahawk saya.muka tersenyum lebar sbb badi kumpaw berjaya dibuang.hehehe tp yang tak bestnya hujan terus turun tidak lama selepas itu.hehehe.

 ikan talapia yang tergoda dengan gewang abu terminator milik sahabat saya.heheheh

satu2nya hasil saya pada hari itu.gewang bersaiz mini keluaran seahawk ni berjaya menggoda sang haruan.oklah dari takde langsung

bila hujan turun kami apalagi balik la jawabnya.heheheheh.ok lah trip santai pada hari tu.sekurang2 terubat perasaan rindu memancing di kpg halaman sendiri.lagipun kami nak simpan tenaga utk trip keesokan nya yang saya akan coretkan dilain waktu. sampai berjumpa lagi di post yang akan datang. 

Assalamualaikum