Halaman

Jumaat, 11 April 2014

10 Panduan Ringkas Ketika Memancing

10 Panduan Ringkas Ketika Memancing :-p


  • Air - Banyakkan Minum Air Kosong, Terutama Apabila Cuaca Panas.
  • Baju Hujan - Jika Memancing Semasa Musim Hujan, Jangan Lupa Mengenakan Baju Hujan Dan Juga Jaket Keselamatan Sebagai Perlindungan Keselamatan.
  • Merokok - Kebanyakan Kaki Pancing Adalah Perokok. Jadi Sila Kurangkan Atau Elak Dari Merokok Secara Berterusan Jika Ada Tanda-Tanda Sakit Tekak, Kerana Ianya Memudaratkan Kesihatan.
  • Jus Oren - Bawa Makanan Ringan Seperti Asam Atau Air Yang Berunsur Masam Seperti Jus Oren, Air Asam Jawa Ketika Pergi Memancing. Jus Oren Mampu Meneutralkan PH Badan.
  • Berehat - Jika Terasa Pening, Ada Baiknya Selepas Makan Ubat, Berehatlah Di Tempat Yang Teduh Dan Lelapkan Mata Seketika.
  • Tempat Teduh - Jangan Terlalu Lama Terdedah Di Kawasan Terbuka, Terutama Jika Casting. Sebaiknya Pilih Lokasi Yang Agak Redup Bagi Mengelakkan Kepanasan Melampau.
  • Playar - Gunakan Alat Bantuan Seperti Playar Untuk Membuka Mata Kail Dari Mulut Ikan. Elakkan Dari Menggunakan Tangan, Terutamanya Jika Berjaya Menaikkan Ikan Yang Memiliki Sengat Seperti Ikan Duri, Sembilan Dan Keli.
  • Embun Malam - Elakkan Terkena Embun Terlalu Lama Jika Memancing Hingga Larut Malam. Kenakan Pakaian Yang Sesuai Dan Teball Bagi Menghindari Udara Sejuk. Minum Minuman Panas Tersangatlah Digalakkan.
  • Parang - Jika Berkhemah Di Dalam Hutan, Pastikan Anda Membawa Parang Sebagai Langkah Berjaga-Jaga Dari Serangan Binatang Buas.
  • Berteman - Sebaiknya Memancing Di Lokasi Atau Lubuk Yang Jauh Perlulah Berteman. Sentiasa Berhati-Hati Ketika Melangkah Dan Jaga Perilaku Dan Adab Semasa Memancing.
Sumber - Majalah Umpan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan