Halaman

Rabu, 2 April 2014

Bolehkah Memancing Ketika Isteri Sedang Hamil?

Bolehkah Memancing Ketika Isteri Sedang Hamil?



Kepercayaan Melarang Suami Memancing Apabila Isteri Mengandung Sudah Menjadi Satu Daripada Budaya Masyarakat Melayu Sejak Berzaman Dulu Lagi. Kepercayaan Itu Sengaja Diadakan Oleh Isteri Serta Keluarga Kedua-dua Belah Pihak. Larangan Supaya Suami Tidak Turun Memancing Ketika Isteri Hamil Adalah Kerana Bimbang Bayi Yang Bakal Lahir Akan Mendapat Kecacatan Seperti Mulut Sumbing, Badan Bersisik Ataupun Ada Tabiat Menyukai Air Dan Pelbagai Lagi Gambaran Atau Andaian Buruk Yang Semata-mata Untuk Menakutkan Suami.

Larangan Ini Terus Dipercayai Oleh Mereka Yang Benar-benar Bimbang Kelahiran Anak Pertama Mendapat Cacat. Tetapi Bagaimana Dengan Nelayan Yang Bergantung Hidup Sepenuhnya Pada Hasil Tangkapan Atau Hasil Pancingan Ikan Di Laut, Sungai Mahupun Tasik? Apakah Mereka Turut Tidak Turun Ke Laut Sepanjang Tempoh Isteri Hamil? Nelayan Yang Tidak Mempercayai Kepercayaan Ini Menyerahkan Takdir Ini Kepada Allah S.W.T. Nelayan Terus Turun Ke Laut Unutk Mencari Rezeki Walaupun Isteri Berbadan Dua Atau Hamil Dan Alhamdulillah Bayi Yang Lahir Berasa Dalam Keadaan Cukup Sifat. Justeru Hakikat Ini Tidak Harus Dijadikan Amalan Untuk Menghalang Suami Turun Ke Laut Mencari Rezeki.

Namun Ada Kepercayaan Berikutan Berlaku Kelahiran Bayi Cacat Seperti Sumbing Bibir Kerana Suami Dikatakan Mengoyak Mulut Ikan Ketika Mengeluarkan Mata Kail Lalu Cerita Itu Dikaitkan Dengan Kecacatan Anak Yang Lahir Itu Sebagai Bukti Yang Terus Dipercayai Hingga Hari Ini. Ternyata Segala Kepercayaan Karut Ini Tidak Berasas. Mempercayainya Boleh Menjadikan Kita Syirik Kepada Allah. Segalanya Yang Berlaku Adalah Kuasa Dan Takdir Allah S.W.T

Untuk Itu Sebagai Umat Islam Kita Harus Menyedari Bahawa Allah Tidak Menghalang Hamba-Nya Keluar Mencari Rezeki Yang Halal Walaupun Dalam Keadaan Isteri Sedang Hamil. Cuma Atas Rasa Simpati Jika Mahu Diterjemahkan Sebagai Kasih Sayang Pasangan Suami Isteri, Maka Suami Akan Terus Berada Di Samping Isteri Pada Saat-saat Diperlukan. Perasaan Kasih Sayang Begini Juga Dituntut Oleh Agama Dan Mendpat Pahala Dari Allah S.W.T. Namun Itu Juga Bukanlah Satu Petua Yang Terus Menghalang Suami Keluar Memancing Ketika Isteri Sedang Hamil. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa Lagi Maha Bijaksana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan