Halaman

Isnin, 16 Jun 2014

Kumpaw itu indah. Kumpaw yg berdarah

assalamualaikum kepada semua

lama bena tak update blog ni.bukan sebab kumpaw tp memang lama dah tak mancing.sebab banyak urusan yang lebih penting yg nak diselesaikan.lagipun baru je selesai berpindah rumah.hehehehe. tp blog ni sentiasa di kemaskini dengan info2 yg berguna kepada semua.

kali ni sy nak berkongsi sedikit pengalaman yang dilalui semalam.(15/06/2014-Ahad). Pejabat saya telah menganjurkan satu trip memancing santai di sekitar Sepang. Tempat yang di pilih adalah Paya indah Wetland yang terletak di kawasan Dengkil. Ahli2 yang terlibat dah tentu lah staf2 pejabat saya.Kalau dulu saya bergerak secara solo dalam arena memancing ni tp kini semakin ramai staf yang berminat utk turut serta disamping dengan penambahan ahli keluarga baru dalam pejabat saya(staf baru). Pada jam 8.30 pagi kami tiba di lokasi. (bukan semua tiba pada masanya.PENGANJUR datang lambat.jam 1 baru ada.bukan saya ye.hhahaha).setelah mendaftar dan mengambil pas kebenaran utk memancing,kami terus bergerak kelokasi yan dibenarkan utk memancing.hanya ada dua tasik yang dibenarkan utk memancing iaitu tasik TYPHA dan tasik TERATAI.


pintu masuk ke paya indah wetland.(gambar dari cik google)


tempat pendaftaran.bayaran untuk memancing adalah 1joran RM10 untuk 2jam


setelah mendaftar dapatlah pas keramat ni(petanda nak kumpaw ni)

setelah selesai semua urusan kami terus bergerak kekawasan yang dibenarkan uk memancing.saya dengan semangat yg berkobar2 maklumla lama dah tak mancing.target saya pada hari tu adalah ikan toman.segala persiapan telah dibuat dari minggu lepas termasuk membeli beberapa gewang dan soft plastik yang baru semata2 misi toman ini.tapi khabar yang indah dari rupa.kami semua kumpaw setelah 3jam memancing.jangan kata dapat ikan,gewang dan segala umpan kami lansung tidah diusik.hahahahha.memang kumpaw berdarah.dari trip memancing jadi trip melepak.hahahahahha

 tempat rehat dikawasan tasik tyhpa
 tasik teratai

 tasik tyhpa

pada jam 12.00tghr kami sepakat utk menukar lokasi.lokasi seterusnya kami bergerak ke Sungai Dengkil. saya rasa tentu semua pembaca ingat dengan post saya yang lepas yang bertajuk river hunter .kalau lupa 
klik sini untuk maklumat lanjut.lokasi pun sama mcm yang lepas iaitu pokok ceri.sampai je disana kami disambut dengan cuaca yang panas membahang dan keadaan air sungai yang surut.dah alang2 sampai , jalan je lah.hahahahaha. kali dni tiada gewang yang dipetaruhkan.kali ni roti,dedah dan umpan pallet menjadi pertaruhan kami. tp bayangan kumpaw telah kelihatan.hahahaha

keadaan sungai dengkil masa kami tiba.air surut

 sweet couple yang kumpaw.baju kuning ada lah penganjur yang paling best.
janji jam 8.30 sampai kelokasi jam 1.hahahahahah

pasangan yang sejati.member aku,Ahmad dan Azhar.kedua2 adalah warga baru Aadk Sepang.
penganjur berbaju kuning yang baru tiba dengan payung keramat.

peserta kilauan emas.En kamal yang memang kali panas.hahaha

pemenang kali ini.walau pun cara yang  berlainan tp sekali naik 2 ekor tu.juara of LAMPAM

termenung menunggu umpan dimakan oleh cik patin.

muka kekecewaan setelah berjaya merangkul kejuaraan 
dalam acara menyangkut mata kali dalam sungai

pemancing tegar.sangup berpanas.memang kulit kalis panas.hahahah

trip kali ini ternyata gagal kerana gagal menaikan ikan yang menjadi sasaran.lebih teruk lagi hanya ikan lampam sebanyak 3 ekor berjaya dinaikan.hahahah.tapi takpe.rezeki Allah yang tentukan.kt hanya mampu merancang.mungkin trip yang akan datang akan meriah dengan hasil tangkapan. apa2 pun syukur kerana misi kali ini berjalan dengan selamat tanpa ada kejadian yang tidak diingini.

berjumpa lagi di post yang akan datang.
Assalammualaikum.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan