Halaman

Selasa, 28 Oktober 2014

melayan siakap kolam

assalamualaikum kepada semua pembaca blog kumpaw breaker

berjumpa lagi kt dalam ruangan blog saya ni.hehehehe. kali ini saya nak update pasal lawatan mengejut ke kolam siakap di Nilai, Negeri Sembilan pada 18/10/2014. sebelum ni saya pernah menduga kolam ini sekitar tahun 2012 dan pernah memenangi hadiah jacpot ikan terberat.kalau sesiapa yang tak pernah membaca post saya yang dulu tu boleh klik sini . kunjungan saya kali bersama dengan 2 rakan sepejabat saya yang baru berjinak2 dengan hobi hanyir ni.siap membeli set peralatan memancing yang baru semata2 nak melayan siakap kolam ni.hehehhe(kes kena racun ni.)

kami tiba dikolam lewat sedikit sekitar pada jam 11.00 mlm. misi yang terpaksa dilewatkan sedikit kerana ada beberapa urusan keluarga yang perlu diselesaikan. apa2 pun family FIRST la.memancing adalah hobi tp keluarga adalah KEUTAMAAN. sampai je ke kolam kami terus mendaftar dan membeli umpan udang hidup(harga masih mcm dulu.mahal giler.seekor rm1).  kami mengambil posisi dan spot masing2 dan terus memulakan acara. disebabkan saya hanya nak bersantai2 meneman member yang baru berjinak2 dalam acara memancing ni,saya hanya menggunakan tekni pelampung. Mudah dijaga memandangkan saya perlu memerhati keadaan 2 sahabat saya tu. kali ini saya menggunakan set ringan saja begi melayan Siakap Kolam ni. berbekalkan ROD jenama VIPER 8-17 lb, REEL AJIKING AIRMAX 2000 dan MAIN LINE EUPRO CamoFlas BRAIDED 20 lb saya memulakan aksi. 1 jam pertama lansung tiada sambaran kami terima dengan kata lain kami bertiga membangau.hahahhaha. setelah 1 jam 30 minit berlalu, member saya memulakan aksi. umpan dia disambar dan perlawanan berlansung. member saya menggunakan ROD ABU CONOLON 8-17lb ,REEL ABU ORRA 200x dan MAIN LINE Iguana Braided 20lb.saya selaku guide A.K.A guru tak bertauliah memantau aksinya bagi mengelak ikan terlepas.akhirnya selepas 5 minit ikan pertama beliau yang bersaiz 2.1kg berjaya didaratkan. saiz yang agak kasar.i. selepas itu giliran saya plak.tak kan nak tengok je.hehehehhe. selepas 5 minit ikan berjaya didaratkan. ikan tu seberat 2.6kg .saiz sedikit kasar kalau dibandingkan ikan pertama tadi. sepanjang 3 jam tersebut saya berjaya mendaratkan 3 ekor ikan siakap bersaiz 2kg keatas manakala kawan saya tu pun berjaya mendaratkan 3 ekor ikan siakap bersaiz 1.5 kg ke 2.1 kg. cuma sedikit terkilan member saya lagi seorang tu tak ade rezeki mlm tu.asyik terlucut je. mlm tu je  3kali dia terlucut dan 1 putus.bukan rezeki dia lah tu.

 Layan dia dulu.ambik feel.hehehehe

 ikan yang pertama.muka ada senyum

 ikan kedua.senyum makin lebar la.hehehehe


yeah.syukur.3 ekor. boleh buat masak stim limau dan 3 rasa.hehehe

kami menamatkan acara pada jam 2 pagi.niat dihati nak menambah masa tp cukuplah.nanti lesen memancing kena tarik balik dan barangan pancing disita.susah plak.hehehehe.plan kali ini boleh dikatakan berjaya sbb motif utama tercapai.hehehehhe

berjumpa lagi kita pada nukilan akan datang

assalamualaikum

Isnin, 27 Oktober 2014

jauh berjalan luas permandangan (edisi kumpaw)

assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya ni

berjumpa lagi kt didalam ruangan ni.kali ini saya nak berkongsi sedikit tentang trip saya pada 27/09/2014. Pada 26/09/2014,saya mendapat jemputan dari rakan sepejabat untuk menduga satu spot yang berdekatan dirumah dia di kawasan PEDAS,Negeri Sembilan. jadi pada 27/09/2014,jam 6 pagi saya dah bergerak ke rumah dia.sampai disana lebih kurang jam 7 pagi. kami terus bergerak ke spot yang dikatakan. spot ni kena masuk menggunakan motosikal sbb laluan trek yg menyukarkan menggunakan kereta.kalau ada pancuan 4 roda memang terbaik la melalui trek ini.






antara laluan yang dilalui oleh kami

sampai je di spot tersebut , dengan semangat waja kami berdua mula mengilat@casting. kali ini kami menggunakan spoon untuk memikat sang ikan. (lupa plak.misi kali ini nak menjerat sang Sebarau.heheheh).
tak lama selepas tu member saya ,Azhar berjaya mendapat lesen Sebarau sedangkan saya hanya tempat sebarau tu bergurau ( dapat miscall je tp tak lekat). kami mencuba hampir 3 jam dan hanya seekor yang terpikat dan yang paling penting saya KUMPAW.hahahahhaha

 antara keadaan di sana

 otai yang tak mengenal erti putus asa


aku yang kumpaw

 otai masih berbisa.biasalah , tuan rumah mesti menang.heheheheh


biar dia hidup dulu,nanti dia berenang dalam kuali.

trip kali ni boleh dikatakan berjaya walaupun kumpaw.yang penting usaha tu ada.disamping dapat melepaskan tekanan bekerja dapat jugak melihat keindahan alam.

 berjumpa lagi kt di post akan datang.