Selasa, 2 Oktober 2012

siakap mega

salam kepada semua

dah naik bersawang dah blog ni sebab lama tak diupdate.bukan pa,puasa lepas tu bz beraya dikampung saya disarawak.sempat gak lah memancing udang dan casting haruan sepanjang di sarawak.laporannya akan dipost bila ada kelapangan.seperti yang dijanjikan pada post yang lepas,sy akan buat sedikit laporan berkenaan kejayaan sy menaikan siakap bersaiz mega.heeheheheh.

Sebelum puasa lepas,disebabkan boring tahap gaban n tiada nya team EPL sy bermain disebabkan season dah habis,sy pun terus buat keputusan utk memancing siakap kat kolam air masin nilai.pada mulanya berat gak hati nak pergi sebab petangnya hujan dan dengan yakinnya air kolam tu menjadi sejuk,dan semestinya ikan menjadi pasif,tp disebabkan dah gian n tangan dah mengigil nak memancing sy teruskan niat tu.berbekalkan senjata perang iaitu rod casting RYOBI 10-22 Lb,line 25 lb,tali perambut 50Lb dan mata kail jenama daici dan ditemani adik,sy terus pergi menyerang kolam tersebut.

Selesai membayar deposit dan membeli udang hidup(bapak punya mahal,rm1 seekor)sy terus memancing,tetapi perkara yg ditakuti telah menjelma.sepanjang 2jam 45minit tiada terus ketukan atau ikan membaham umpan saya walaupun mcm2teknik digunakan(bottom,casting udang hidup n udang kopek).sy hanya berserah n menukar ke teknik pelampung memandangkan masa tinggal 15 minit sahaja.Akhirnya masa yg ditunggu telah tiba betul2 10minit sebelum masa memancing tamat.
Adik saya yg memerhati pelampung tiba2 menjerit mengatakan pelampung dah tenggelam dan dengan pantas saya mencapai rod dan menegangkan tali bersedia membuat sentapan.dalam kiraan 2saat sy terus membuat sentapan dan ikan itu terus merempit sehingga tali mencurah2 keluar walaupun drag dah diketatkan sehingga maksimum.sy amat berterima kasih kepada pemancing lain dikolam itu kerana amat memahami dan bertolak ansur kerana sudi mengangkat pancing bagi membagi laluan sy menhayati perlawan dengan ikan tersebut.perlawanan berlangsung lebih kurang 8 ke 10 minit dan sy amat terkejut bila nampak saiz ikan yg tertewas itu.setelah berjaya mendaratkan ikan tersebut sy terus kekaunter untuk menimbang ikan tersebut.(mana tau dapat hadiah jacpot.heheheh) ikan yang berjaya sy daratkan adalah seberat 5.4kg dan merupakan ikan terberat pernah dinaikan untuk 2012.(bangga kejap.heheheh).tp hadiap hanya boleh dituntut seminggu kemudian keran kiraan jacpot disitu adalah berdasarkan rekod tangkapan utk 2minggu.jd sy menyabarkan diri.hehehehe

inilah ikan yang berjaya ditewaskan.gambar diambik kat umah je sebab time mencing tak bawa hp
 
 


singki pun tak muat nak letak ikan ni.lihat la berpa besar mulut ikan ni.heheheheh
 
utk pengetahuan semua pembaca,jacpot pada bulan tu dipeng oleh SAYA.heheheheh.hadiah tak besar,RM 300 je.hehehe.jdlah.rezeki.dapat ikan besar n duit.ikan itu pun dah selamat dilahap oleh rakan2 pejabat memandangkan ikan siakap tu terlalu besar untuk dihabiskan oleh sy dan isteri.heheheheh. dipost yang akan datang sy akan paparkan berkenaan casting haruan di sibu Sarawak bersama dengan member2 disana.
Salam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan