Jumaat, 14 Disember 2012

aktiviti dimusim hujan

Assalamualaikum kepada semua.
lama gak tak update blok sy ni.dah naik bersawang dah.hehhehhe.bukan apa.hujung tahun ni bz ckit dengan kerja dan anak plak ada masalah kesihatan sikit.tp syukur alhamdullillah semua telah selesai.lagipun sy takde merancang apa trip hujung tahun ni disebabkan kekangan kewangan dan musim hujan.jadi jalan penyelesaian utk menghilang gigil ditangan adalah dengan memburu haruan.heheheheheh

pada bulan 11 yang lepas sy ada membeli gewang katak jenama mazzy frog.sy tak pernah lagi menjumpai jenama ini apatah lagi menggunakannya ,jadi sy mengambil keputusan utk membeli dan mencubanya.kebetulan sy ada menjumpai kawasan yang boleh dianggap berpotensi untuk menjerat haruan ni.disini sy sertakan hasil tangkapan menggunakan katak mazzy frog ni


ni lah gewang mazzy frog yang saya katakan.kredit sy berikan kepada
gewang ini kerana struktur badannya yang sesuai dan lembut

 
berjaya melesenkan mazzy frog.hehehehe.tangkapan pertama menggunakan gewang ni
 
ni plak mangsa yang kedua pada pagi sabtu yang ceria tu
 
 
ni plak mangsa yang terjerat pada sebelah petang.time bawa family jalan2 sempat gak casting kejap.hehehehe

rumusan yang boleh sy buat gewang katak mazzy frog ni memang terbaik jika kena pada aksi yang digunakan kerana gewang ni bukan seperti gewang katak yang biasa kerana mazzy frog ni jenis yang tenggelam. dipadankan dengan mata kail yang baik dan struktur badan yang lembut membuatkan haruan sukar melepaskan diri bila termakan gewang ini.apa2 pun semua bergantung dengan rezeki yang Allah berikan.jika memang dah tertulis tu rezeki kt .in saa Allah kt dapat lah rezeki tersebut.

ok.sekian saja nukilan saya kali ni.jumpa lagi kt dipost yang akn datang

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan