Isnin, 16 Disember 2013

River hunter. pemburuan Cik Patin

Assalamualaikum kepada semua
moga sihat semuanya.lama bena rasanya lama dah berceloteh dalam blog ni.hehehehe.seperti biasa lah.sibuk sikit pastu lama tak memancing. ada sesekali cuba gak casting tp kumpaw.hahahhahaah..

Bulan november yang lepas saya berkesempatan utk menduga sungai dengkil.saya sebelum ni tak pernah menduga kawasan sungai sepanjang 5 tahun di selangor ni.kalau dikampung halaman saya di sarawak memang slalulah sbb rumah saya di sarawak tu memang berdekatan dengan sungai.trip saya kali ni bersama-sama dengan geng2 mancing Cure & Care vocational centre Sepang.(CCVC Sepang-dulu dikenali sebagai pusat serenti/puspen Sepang) . Sasaran kali ini adalah ikan patin, baung dan Keli. Kami sepakat untuk menduga disekitar kawasan yang diberi nama Pokok ceri. kali ni bukan Gewang yang dipetaruhkan tapi umpan seperti Roti gardenia, umpan dedak dan umpan pellet. cara bancuhan jgn ditanya sbb saya tak reti.heheheheh. Saya pun minta org tolong bancuhkan.hehehehehe.sambutan ikan pada hari kejadian amat mengalakan.bagi saya yang amatur mancing di sungai ni memang terujalah sbb ikan galak memakan umpan.walaupun saya tak makan ikan2 sungai seperti ikan patin tp saya amat berpuas hati.

Pada malam berikutnya satu lagi trip dijalankan tp lokasinya berlainan.disitu kami mcm berpesta kerana masing2 berjaya menaikan ikan patin bersaiz mega.semua diatas 5kg dengan berumpankan roti gardenia sahaja.saya yang amatur ni pun berjaya menaikan ikan patin seberat 5.5kg pada mlm tersebut.disini saya kongsikan sedikit gambar atau bahan bukti kepada semua sebagai rujukan.heheheheheheh.



 antara ikan yang diperolehi.Ikan Lampam.saiz pun boleh tahan sesuai untuk hidangan

ikan patin saiz hidangan berskala 1.5 kg.

antara hasil buruan pada trip pagi .ikan patin, lampam keli dan baung yang berjaya didaratkan.

 antara senjata perang yang dipertaruhkan

 kalau mancing disungai dengkil berhati2 lah sbb disungai tersebut turut dihuni oleh spesis pemangsa seperti digambar.gambar diambik ketika terserempak waktu mencari pot sesuai untuk memancing.
(rilek nye dia.hehehe)

zoom cikit.heheheheh

ni plak bahan bukti sewaktu operasi dijalankan pada waktu malam hari berikutnya.jgn berdarah hidung ye.heheheheh.


peserta pertama yang berjaya mendaratkan saiz mega. muka ada senyum.hehehehehe

peserta kedua yang berjaya.muka pun penuh dengan senyuman berahi.hehehe.
perut patin tu pun bukan main besar.hehehehehe


hero mane boleh kalah.hero pun nak jugak.hehehehe.
lesen pertama ikan patin sungai dengkil bersaiz mega .
ikan seberat 5.5kg berjaya ditumpaskan.heheheh
saiz ekor sang patin yang berjaya ditumpaskan


ni ikan sehari sebelum trip dijalankan.brother ni just nak riki pot,
last2 naik jugak ikan patin 4kg.rejeki.hehehehe


secara keseluruhannya ,trip pada november lepas boleh dikira sebagai berjaya kerana walaupun air sungai dalam keadaan keroh akibat musim hujan tetapi ikan tetap sudi menjamah umpan yang dihulur.walaupun ikan sungai tetapi yang penting gigil ditangan dapat dihilangkan dengan melayan semangat juang sang patin yang terbukti hebat di sungai.hehehehhe

berjumpa lagi kt di post akan datang.(kalau tak kumpaw ada lah post tu.hehehehe)

assalamualaikum







6 ulasan:

  1. wow....patin eyh....best aiiiee...................!!!!!

    BalasPadam
  2. best juak layan patin pok.cuba kau main patin kat umah nenek ya.patin sia besar juak.pakei kau umpan roti mun x umpan perut manok

    BalasPadam
  3. Salam tuan. boleh sy tahu lokasi sbnr?kalau dr arah salak tinggi mcm mne nk ke sana? terima kasih tuan

    BalasPadam
  4. maaf tuan lambat nak reply msg tuan. kalau dari arah salak tinggi tuan kena menghala ke kota warisan.nanti ada simpang 4.kalau ke kanan akan ke kota warisan. ambik simpang kiri.lepas tu lurus je hingga jumpa simpang 4 lagi.pastu masuk lagi simpang kiri.lurus lagi hingga simpang 4 pastu masuk kanan.lurus lagi nanti ada jumpa simpang nak ke sungai.sepanjang tebing sungai tu boleh la mancing patin.

    BalasPadam
  5. klu dari pasar dengkil... nak ke lokasi tu mcm mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf saudara izwan kerana lambat giler balas msg tuan. kalau dr pasar dengkil tuan kena ambik jalan menghala ke bandar baru salak tinggi.nanti ada satu flyover,,tuan ambik susur kiri kebawah.kat situ ada trafik light .tuan ambik kanan dan lurus hingga ke pusat serenti.nanti disitu ada simpang 4,tuan ambik kanan.pastu lurus je.nanti ditepi tuan akan nampak pencawang besar .kat situlah sungai dengkil

      Padam