Isnin, 8 September 2014

pencarian Sang Hijau Kuning ( peacock bass @ ikan Raja)

assalamualaikum semua pembaca blog kumpaw breaker.

lama juga tak berceloteh dalam blog ni.asal ada update pastu hilang 2 3 bulan.hehehehe.bukan apa kekangan masa menyebabkan aktiviti memancing dikurangkan sedikit.ada sesekali je turun.tu pun utk lepaskan gian je.

pada ahad lepas (07/09/2014) saya berkesempatan utk mengilat@casting di sekitar sepang. trip kali ni dinamakan trip terkejut kerana saya mendapat panggilan last minitt. cerita bermula bila salah seorang rakan sepejabat saya mendapat undangan utk menyertai satu group caster dari Malaysian Airport Berhad untuk pergi mengilat@casting peacock bass di sekitar daerah Sepang.apa lagi,dia turut memangil saya utk memeriahkan keadaan.Tempat yang dituju adalah lombong terbiar di kawasan perkampungan org asli di kota warisan Sepang..trip kali ni memang boleh dikatakan terbaik kerana peacock bass galak menjamah gewang yang dipersembahkan. kami lebih mengunakan gewang @ lure top water saja memandangkan kawasan lombong tersebut airnya sedikit cetek. tp dari pemerhatian saya gewang top water ofmer bad dog memang menjadi di sini.jadi saya sarankan sekiranya anda berkesempatan memancing disana dapatkan gewang tersebut..saya sertakan beberapa gambar yang sempat diambik utk berkongsi dengan semua pembaca.

 ni dia member aku, MR Esa .champion kali ni.
ikan peacock bass dia terbesar kali ni 42 cm.

 kali ni double hook up.peacock bass saiz sedang2 saja

 dia lagi

 saiz remaja tak cukup umur.kalah teruk la


saiz sekolah menengah lagi.jadi la.hahahhaa

trip kali ni boleh dikata berjaya sebab ikan kali ni memang ganas dan tak memilih gewang.mungkin musim kot.sekiranya ada sesiapa yang ingin mengetahui maklumat mengenai ikan peacock bass boleh la klik kat sini  pa2 pun berjumpa lagi kt di post akan datang

assalamualaikum

1 ulasan: