Isnin, 27 Oktober 2014

jauh berjalan luas permandangan (edisi kumpaw)

assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya ni

berjumpa lagi kt didalam ruangan ni.kali ini saya nak berkongsi sedikit tentang trip saya pada 27/09/2014. Pada 26/09/2014,saya mendapat jemputan dari rakan sepejabat untuk menduga satu spot yang berdekatan dirumah dia di kawasan PEDAS,Negeri Sembilan. jadi pada 27/09/2014,jam 6 pagi saya dah bergerak ke rumah dia.sampai disana lebih kurang jam 7 pagi. kami terus bergerak ke spot yang dikatakan. spot ni kena masuk menggunakan motosikal sbb laluan trek yg menyukarkan menggunakan kereta.kalau ada pancuan 4 roda memang terbaik la melalui trek ini.






antara laluan yang dilalui oleh kami

sampai je di spot tersebut , dengan semangat waja kami berdua mula mengilat@casting. kali ini kami menggunakan spoon untuk memikat sang ikan. (lupa plak.misi kali ini nak menjerat sang Sebarau.heheheh).
tak lama selepas tu member saya ,Azhar berjaya mendapat lesen Sebarau sedangkan saya hanya tempat sebarau tu bergurau ( dapat miscall je tp tak lekat). kami mencuba hampir 3 jam dan hanya seekor yang terpikat dan yang paling penting saya KUMPAW.hahahahhaha

 antara keadaan di sana

 otai yang tak mengenal erti putus asa


aku yang kumpaw

 otai masih berbisa.biasalah , tuan rumah mesti menang.heheheheh


biar dia hidup dulu,nanti dia berenang dalam kuali.

trip kali ni boleh dikatakan berjaya walaupun kumpaw.yang penting usaha tu ada.disamping dapat melepaskan tekanan bekerja dapat jugak melihat keindahan alam.

 berjumpa lagi kt di post akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan