Jumaat, 21 Jun 2013

trip singkat 3hari selepas berkursus

assalamualaikum kepada semua

Hampir sebulan dah sy tak update apa2 aktiviti memancing kat blog ni.semua disebabkan kekangan masa yang menyukarkan sedikit utk melaporkan apa2 aktiviti yang telah dijalankan oleh saya.antaranya tuntutan kerja dan diarahkan utk berkursus.hampir seminggu saya berkampung di Sg.Petani , Kedah untuk menghadiri kursus fotografi yg dianjurkan oleh jabatan saya.kursus yg santai dan terbaik.disamping menghadiri kursus saya berpeluang untuk melihat keadaan tempat org yg berbeza dengan tempat sendiri.bak kata org Juah Perjalanan Luas Pemandangan.. Pada 13/06/2013 adalah pengalaman yang amat sukar dilupakan dimana saya dan kawan2 sekursus saya dilanda ribut ketika mengambil gambar di pantai Merdeka,Kedah.angin yang bertiup kencang telah menumbangkan banyak pokok2 disekitar pantai tersebut.kami semua peserta tidak dapat berbuat apa2 kecuali berserah kepada Allah semata2 kerana tidak mampu berbuat apa2 dengan kuasa Allah tersebut.kebimbangan dihati tidah boleh digambarkan melalui kata2 kerana kali ini kejadian di depan mata dimana kami sendiri melihat bagaimana pokok menghempap sebuah kereta sehingga remuk.Syukur la tiada kemalangan jiwa yang berlaku walaupun di Pulau Pinang ada kemalangan jiwa berlaku disebabkan rebut tersebut.
 gambar ketika mula2 sampai ke pantai merdeka.sebelum ribut
 
 antara kesan selepas ribut.pokok tumpang menghempap khemah.nasib la
 tiada sesiapa di khemah tersebut.
 
 khemah pun terbang
 
 lagi pokok tumbang
keadaan kedai makan sekitar pantai merdeka


pokok yang menghempap pondok pengawal
.dihujung itulah ada sebuah kereta di hempap pokok.
 
 
berbalik kepada tujuan asal.sewaktu singah di tanjung dawai,kedah.saya sempat menyambar sebiji gewang micro.tujuan utama adalah utk cenderahati sendiri memandangkah harga murah.kira2 nak buat tempat letak kunci lah tp bila sampai sepang lain jadi Nye.hehehe
 

gewang mikro dari jenama trinity.(1st time tengok jenama ni.harga pun murah je)
 
 setibanya disepang ,sy dah berkira2 nak turun mengilat @ casting tetapi keadaan tidak mengizinkan kerana anak saya plak kurang sihat.faham2 la musim jerebu ni .di Kedah musim Hujan tetapi di Sepang musim jerebu plak.terpaksa la bersabar.
 
Pada 16/06/2013 saya sempat meluangkan sedikit masa kira2 sejam utk mengilat @ casting pada sebelah petang.Tempat yang di tuju takde lain kolam larangan area kediaman saya.dengan menunggang Kuda padi kesyangan sy iaitu kuda EX5 sy meluncur pelahan ke sana. saya mensasarkan ikan peacock bass  memandangkan pahun ni saya belum merenew lessen ikan tersebut.heheheh. setibanya disana saya memulakan acara. senjata perang yang saya gunakan kali ini adalah ROD DAIWA CROSBEAT digandingkan REEL DAIWA LAGUNA.Mainline plak saya menggunakan line FINS 20lb dan leader SURECATCH 30lb. Saya memulakan acara dengan menggunakan lure minnow dari jenama Duo(tak berapa ingat). mungkin rezeki sbb lama tak memancing n di tambah dengan lama kumpaw.balingan kedua dah mendapat sambutan dari sang haruan.ok lah dari kumpaw walaupun niat nak menjerat peacock bass.dalam masa sejam tu saya Berjaya menaikan 3 ekor haruan tp saiz2 juvenile.oklah.semua selamat di lepaskan kembali ke habitat asal.
 






antara haruan yang Berjaya digoda.ada 3 ekor semuanya
 tetapi saiz untuk di C&R.(ok la janji tak kumpaw)
 
keesokan harinya17/06/2013 saya sempat meluangkan sedikit masa kira 45 minit untuk mengilat @ casting sementara menunggu kepulangan isteri dan anak dari tempat kerja.tempat seperti biasalh kolam larangan dan set perang pun set yang sama. tp hari ni saya nak try gewang yang dibeli di tanjung dawai hari tu(padahal niat sebenar nak buat tempat letak kunci.). sasaran tak lain lah peacock bass.balingan pertama saya terus bersambut.terkedu saya kerana tak pernah secepat itu saya mendapat hasil.dalam hati terus memuji gewang trinity ni.(tak sia2 mencuba gewang murah.heheeh)
perlawanan berlansung tidak lama dan pada mulanya saya amat berharap peacockbass yang terjerat kerana dari rupa kerakusan ikan ni menghentam gewang seakan2 peacockbass.tp bila Berjaya didaratkan rupanya ikan tilapia yang agak kasar saiznya.heheheheh.lain di kejar lain yg dapat(ok lah kan dari kumpaw.heheheh)
 
 ukuran saiz tilapia dan set perang saya
 close up dari hadapan.mcm ikan jenahak pun ada.hehehehe.
gewang melekat kukuh di mulut tilapia itu.(kaler gewang itu adalah kaler kegemaran saya)
mcm sama je muka.heheheheh
 
 selepas Berjaya menaikan tilapia tersebut, tiada lagi ikan saya Berjaya naikan walaupun mendapat 3 ke 4 kali getuan tp semua rabut.lepas tu apa lagi balik la dengan ikan tersebut.plan nak goreng pedas je ikan tu.heheheh
 
keesokan harinya lagi 18/06/2013,sekali lagi saya meluangkan sedikit masa utk mengilat @ casting sementara menunggu isteri n anak saya.lokasi dan set perang same je.hehehehe.kali ni misi sama gak mencari peacockbass.acara dimulakan dengan gewang micro dari jenama trinity . agak lama gak saya menunggu,tak mcm semalamnya ,baru sekali baling terus dapat. dah hamper 45minit mencuba jadi saya dah plan nak balik tiba gewang saya mendapat sambutan.dalam hati dah menjerit kegembiraan kerana tak kumpaw.saya amat berharap kali ni peacock bass yang tergoda rupa nya ikan ketutu @ betutu.terkedu sekejap kerana tak sangka kolam ni turut dihuni ikan yang berharga dipasaran ini. kira lesen pertama saya lah ikan ni.hehehehe.ikan ni tidak akan di C&R kerana saya tak pernah merasa ikan ni.hehehe.jadi ia akan di C&R diperiuk dirumah saya.hahahaha.
 

 1st time dapat ikan rare ni.hehehehe
walaupun saiz tak besar mane tp oklah.heheheh
 
kesimpulannya trip2 singkat sepanjang 3 hari lepas saya berkursus adalah Berjaya walaupun ikan yang menjadi sasaran utama masih gagal dijejaki.tak pe.usaha tangga kejayaan.diharap selepas ni saya Berjaya mengoda ikan peacock bass bagi merenew lesen peacockbass yang telah mati.heheheh.
 
berjumpa kt di post akan datang. Assalamualaikum.

 
 
 


Jumaat, 17 Mei 2013

trip santai dikampung halaman part 2

assalamualaikum semua

harap semua sihat hendaknya.kali ni saya nak kongsi pengalaman yang tidak seberapa menjadi ketika memancing di kpg halaman saya.kira nya sambungan dari post lepas la.heheheheheh.

pada keesokan harinya (15/04/2013) satu trip ringkas telah diatur oleh sahabat saya dari haruanfisingclub (nak tau tentang dia bleh klik sini )sempena meraikan kepulangan saya.trip kali ini tidak mensasarkan apa2 spesis kerana tempat yang akan diserang tidak pernah diredah oleh sahabat saya.kiranya semua 0 la.adil sikit.heheheheh.kali ni kami menggunakan 3 in 1.semua teknik digunakan.bottom,pelampung n casting@mengilat. umpan diambik seawall 6.30 pagi dan kami berangkat kemedan petempuran  pada jam 7.30 pagi.tempat yang dituju adalah jambatan no 3 kampong telaga air (org tempatan memangil trombol). setibanya disana kami dikejutkan dengan arus yang terlalu laju.ni la padah nya kalau nak memancing main redah sahaja tanpa merujuk jadual pasang surut air.heheheheheh. alang 2 dah sampai teruskan je la.nak casting@mengilat pun tak dapat la gamak Nye,jd membottom la kami semua dengan harapan yang sedikt punah.hahahahahha
jambatan no 3 sebelum kpg telaga air.spot yang terbaik
(gambar dipinjam dari blog The Other Side of Me)
 
 antara banglo dan taman perumahan ikan-ikan
 antara spot2 yang menarik
salah seorang caster yang slalu menduga kawasan ini
(gambar spot ini dipinjam dari http://pijanmadinil.blogspot.com/)
lupa nak ambik gambar tempat ni
 
 
berbekalkan umpan udang hidup dan udang pasar kami memulakan acara pada hari itu. saya mempertaruhkan 2 senjata kali ini dan salah satunya saya menggunakan mata apolo.hasil boleh dikatakan amat baik walaupun arus air terlalu kuat tetapi umpan tetap disambar dengan penuh selera oleh sang ikan.... senjata baru yan diimport dari sepang juga berjaya memperolehi lesen dan dihanyirkan.jadilah walau pun bukan dari kaedah casting.hehehehehe
 
 
 setelah kumpaw pada hari sebelumnya,tuan rumah berjaya memecahkan badi kumpaw dengan tangkapan terawal nya.ikan kuku @ ikan kakas menjadi mangsa pertama.hahahahah
 seorang lagi tuan rumah yang berjaya melesenkan diri nya.ikan tetanda @ ikan merah tanda menjadi mangsa
 dia lagi.suka betul tetanda dengan muka dia ni
 tetanda lagi.tak padan dengan kecik. cnr la jawab nya
 dia lagi.ikan kuku@kakas menjadi mangsa
 tuan rumah berjaya juga menaikan tetanda
ikan bulan@tarpon pun ada.
 
 
kebanyakan spesis yang menjadi mangsa kami adalah 3 spesis ikan diatas.disamping itu k menaikan ikan2 lain seperti gelama dan ikan bolos.Ketam batu pun ada menjadi mangsa kami secara tidak sengaja.hahahaha. tepat jam 1 tengahari kami memutuskan utk berhenti rehat dah pergi mencari sesuap nasi.hehhehehe.kesemua dah tahap kebulur kerana masing tidak bersarapan pagi tersebut.gara2 nak cepat memancing.hahahha
 
selesai menjamu selera kami terus bergerak ke lokasi baru utk menduga nasib .tp tenya lokasi ke2 ni hanya didiami oleh ikan gelama.memang pesta ikan gelama.
 




 bergambar sambil berposing di lokasi ke2.nak ambik gambar pun malas sebab semua tangkapan kat situ ikan gelama je.ada tetanda pun seekor je.hehehehe
 
pada jam 3,acara ditamatkan setelah sahabat saya mendapat pangilan pulau dari isterinya.(faham2 jelah.)heheheheheh. trip kali ini boleh dikatakan berjaya kerana masing tidak KUMPAW.hehehhehe.
 
 


antara hasil tangkapan saya.bergambar lu dengan ikan2 ni sebelum masuk kedalam periuk.hehehehe
 
 rod : DAIWA CROSSBEAT (BC) 8-16 LB
REEL : BAITCAST DAIWA LAGUNA  LAG100HL
LINE : FINS 25 LB
ni la senjata saya yang membuat saya berkorban fulus semata2 nak memilikinya. ni semua gara2 nak casting@mengilat di Kuching,.(tapi tidak kesampaian.membottom jadinya.heheheh)
 

trip kali ni boleh dikatakan berjayalah walaupun dirancang dengan ala kadar.waktu ni la saya sedar amat penting bagi seseorang pemancing menkaji dan meneliti semua aspek utk memancing.bukan main redah je.keadaan cuaca,keadaan air dan jadual pasang surut air amat penting utk dipantau sebelum mengatur trip memancing.sekurang2 nya trip kali ini boleh memberi pengajaran dan pembelajaran yang berguna kepada saya dan sahabat2 lain.
 
sampai disini celoteh saya pada entri kali ni.berjumpa kt di post akan datang.
 
Assalamualaikum........

Selasa, 14 Mei 2013

trip santai di kampung halaman (KUCHING)



assalamualaikum kepada semua.

Lama gak tak update blog ni.dulu rajin je update tp skarang susah betul nak update. bz nye satu hal,bz dengan urusan kerja dan keluarga.faham2 la musim PRU kan.minta2 takdelah lagi kekecohan sesudah PRU ni.jgn tanya sapa yang saya pangkah or logo pa yang saya sokong sebab saya tak berminat pasal politik.heheheh. kalau pasal ikan,teknik memancing ok sebab leh kongsi ilmu walaupun saya ni tak banyak ilmu.sebab susah nak update blog ni sebenarnya asyik kumpaw je memanjang. spot2 saya utk mengilat @ casting haruan dan peacock bass pun dah habis dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. habis tempat tu dipasang jaring n dijala oleh pendatang asing. tak cukup dengan kaedah tu,mereka turut menggunakan teknik mengaran ikan2 tu.mane taknya hilang ikan2 tu.ikan yang mereka taknak makan dibiarkan membusuk je di situ. ni pun saya tengah mencari spot2 baru utk diterjah pada masa akan datang

berbalik pada cita sebenar.heheheh. Pada 13/04/2013 hingga 16/04/2013 yang lepas saya berkesempatan utk balik kekampung halaman saya di KUCHING,SARAWAK.seperti biasa persedian telah diatur sebaiknya. utk trip kali ni saya telah berkorban sedikit fulus utk membeli beberapa peralatan perang yang baru. khas utk bertempur di kuching.tp biasanya saya ni menang gaya je.ikan nya takde la banyak mane pun.heheheh.

 tebingan kuching atau lebih dikenali sebagai Kuching waterfront. antara tempat yang wajib dikunjungi oleh pelancong yang datang ke Kuching
 mercu tanda Kuching (meow......)
Salah satu mercu tanda di Kuching.bangunan DUN negeri Sarawak

pada petang 13/04/2013 saya bersama2 dengan sahabat saya telah merancang utk mengilat di sekitar bandar Kuching sahaja. takde spesis yang menjadi buruan utama kerana plan sahaja nak melepaskan gian.asal tak kumpau sahaja. kawasan yang di panggil Tambak disekitar kawasan pending menjadi pilihan kerana mempunyai banyak spisi ikan yang boleh diangkap terbaik. sebaik tiba di sana saya terus memulakan acara.tidak sampai 15 minit cuaca berubah.acara ditamatkan utk mencuba di kawasan lain. sahabat saya terus mencadangkan untuk mengilat haruan.cadangan di sambut baik dah terus bergerak ditempat yang ditetapkan.

bangunan dbku(dewan bandaraya kuching utara)

tempat yang dimaksudkan adalah belakng bukit siol yang mana terletaknya bangunan DBKU. dibelakng bukit tu terdapat beberapa kolam terbiar yg menjadi kediaman buat sang ikan terutamanya haruan n talapia. setibanya disana acara dimulakan dengan penuh semangat. 

tidak lama utk mendapatkan strike.baru dalam 5 minit salah seorang sahabat saya berjaya menaikkan talapia juvenil .jadi lah dari kumpaw. tidak lama selepas tu saya mendapat strike. maka terpecah la kumpaw yang dikumpul dari sepang.hehehehe. seekor haruan menjadi mangsa godaan gewang seahawk saya.muka tersenyum lebar sbb badi kumpaw berjaya dibuang.hehehe tp yang tak bestnya hujan terus turun tidak lama selepas itu.hehehe.

 ikan talapia yang tergoda dengan gewang abu terminator milik sahabat saya.heheheh

satu2nya hasil saya pada hari itu.gewang bersaiz mini keluaran seahawk ni berjaya menggoda sang haruan.oklah dari takde langsung

bila hujan turun kami apalagi balik la jawabnya.heheheheh.ok lah trip santai pada hari tu.sekurang2 terubat perasaan rindu memancing di kpg halaman sendiri.lagipun kami nak simpan tenaga utk trip keesokan nya yang saya akan coretkan dilain waktu. sampai berjumpa lagi di post yang akan datang. 

Assalamualaikum


Isnin, 8 April 2013

pemburuan santai di Sg.Kanowit.(Sarawak)

assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya yang tidak seberapa ini.lama tak update blog ni.dah naik bersawang dah.hehehehe.bukan pa tak update.sibuk dengan kerja n hal2 keluarga dan ditambah kumpaw setiap kali turun memburu haruan.heheheheh.

pada 15/03/2013 dan  16/03/2013 yang lepas,saya berkesempatan utk bercuti dikampung halaman isteri saya di sibu, sarawak.kesempatan ini digunakan sebaiknya oleh saya melepaskan gigil yang tidak tertahan.heheheh.kesemua plan pemburuan telah diatur oleh sahabat baik saya yang menetap disana.dia seorang caster haruan yang tegar.untuk mengenali dia boleh lah kehalaman http://sibufishingclub.blogspot.com/

disana saya berkesempatan untuk memancing udang galah bersama sahabat saya ini.terlalu lama rasanya saya tidak memancing udang ini.skill pun mungkin dah berkarat.hehehe.tp hasil pada kedua2 hari tersebut memang terbaik.syukur sangat2 kepada  Allah S.W.T. sekurang2nya tak kumpaw hehehe.trip kali ini di dijalankan di sg.kanowit yang terletak di sebuah pekan kecil dalam negeri Sarawak Bumi Kenyalang kira2 45 minit perjalanan dari bandar sibu.. malas nak taip panjang, saya kongsikan sedikit gambar yang sempat diambil ketika pemburuan.heheheh


 lesen pertama pada mlm tersebut.berjaya mendahului tuan rumah.hehehe
 kecik2 pun naik.heheheh


 saiz yang dicari

 saiz hidangan



 tuan rumah dengan tangkapan yang entah keberapa ekor.hehehe

 hasil seorang memancing tak sampai 2 jam



jadilah.rejeki anak.

ni berkongsi hasil tangkapan malam kedua.malam kedua hasil sedikit kurang,mungkin disebabkan faktor air yang mengalir laju tp hasil masih boleh dibanggakan

 lesen pertama malam kedua.udang bertelur tu

 saiz hidangan mee maggi

 tarikan padu.heheheh

 kecik2 gini pun naik.memang terbaik setting yang dibuat oleh sahabat saya

 galah remaja yang berjaya ditawan oleh sahabat saya

 lama betul tak jumpa ikan baung ni.mcm jejak kasih la pulak.heheh

galah remaja yang berjaya ditawan

alhamdulillah kesemua rancangan yang diatur oleh sahabat saya berjaya dijalankan wala pun ada ketikanya kami berdua mempunyai masalah teknikal yang tidak dapat dielakan tp apapun plan menjerat udang tetap berjaya. sungai kanowit memang terbaik bagi sesiapa yang ingin merasai pengalaman memancing udang galah.

sampai disini celoteh saya.berjumpa lagi kita di post saya yang akan datang

Assalammualaikum