harap semua sihat hendaknya.kali ni saya nak kongsi pengalaman yang tidak seberapa menjadi ketika memancing di kpg halaman saya.kira nya sambungan dari post lepas la.heheheheheh.
pada keesokan harinya (15/04/2013) satu trip ringkas telah diatur oleh sahabat saya dari haruanfisingclub (nak tau tentang dia bleh klik sini )sempena meraikan kepulangan saya.trip kali ini tidak mensasarkan apa2 spesis kerana tempat yang akan diserang tidak pernah diredah oleh sahabat saya.kiranya semua 0 la.adil sikit.heheheheh.kali ni kami menggunakan 3 in 1.semua teknik digunakan.bottom,pelampung n casting@mengilat. umpan diambik seawall 6.30 pagi dan kami berangkat kemedan petempuran pada jam 7.30 pagi.tempat yang dituju adalah jambatan no 3 kampong telaga air (org tempatan memangil trombol). setibanya disana kami dikejutkan dengan arus yang terlalu laju.ni la padah nya kalau nak memancing main redah sahaja tanpa merujuk jadual pasang surut air.heheheheheh. alang 2 dah sampai teruskan je la.nak casting@mengilat pun tak dapat la gamak Nye,jd membottom la kami semua dengan harapan yang sedikt punah.hahahahahha
jambatan no 3 sebelum kpg telaga air.spot yang terbaik
(gambar dipinjam dari blog The Other Side of Me)
antara banglo dan taman perumahan ikan-ikan
antara spot2 yang menarik
salah seorang caster yang slalu menduga kawasan ini
(gambar spot ini dipinjam dari http://pijanmadinil.blogspot.com/)
lupa nak ambik gambar tempat ni
berbekalkan umpan udang hidup dan udang pasar kami memulakan acara pada hari itu. saya mempertaruhkan 2 senjata kali ini dan salah satunya saya menggunakan mata apolo.hasil boleh dikatakan amat baik walaupun arus air terlalu kuat tetapi umpan tetap disambar dengan penuh selera oleh sang ikan.... senjata baru yan diimport dari sepang juga berjaya memperolehi lesen dan dihanyirkan.jadilah walau pun bukan dari kaedah casting.hehehehehe
setelah kumpaw pada hari sebelumnya,tuan rumah berjaya memecahkan badi kumpaw dengan tangkapan terawal nya.ikan kuku @ ikan kakas menjadi mangsa pertama.hahahahah
seorang lagi tuan rumah yang berjaya melesenkan diri nya.ikan tetanda @ ikan merah tanda menjadi mangsa
dia lagi.suka betul tetanda dengan muka dia ni
tetanda lagi.tak padan dengan kecik. cnr la jawab nya
tuan rumah berjaya juga menaikan tetanda
kebanyakan spesis yang menjadi mangsa kami adalah 3 spesis ikan diatas.disamping itu k menaikan ikan2 lain seperti gelama dan ikan bolos.Ketam batu pun ada menjadi mangsa kami secara tidak sengaja.hahahaha. tepat jam 1 tengahari kami memutuskan utk berhenti rehat dah pergi mencari sesuap nasi.hehhehehe.kesemua dah tahap kebulur kerana masing tidak bersarapan pagi tersebut.gara2 nak cepat memancing.hahahha
selesai menjamu selera kami terus bergerak ke lokasi baru utk menduga nasib .tp tenya lokasi ke2 ni hanya didiami oleh ikan gelama.memang pesta ikan gelama.
bergambar sambil berposing di lokasi ke2.nak ambik gambar pun malas sebab semua tangkapan kat situ ikan gelama je.ada tetanda pun seekor je.hehehehe
pada jam 3,acara ditamatkan setelah sahabat saya mendapat pangilan pulau dari isterinya.(faham2 jelah.)heheheheheh. trip kali ini boleh dikatakan berjaya kerana masing tidak KUMPAW.hehehhehe.
antara hasil tangkapan saya.bergambar lu dengan ikan2 ni sebelum masuk kedalam periuk.hehehehe
rod : DAIWA CROSSBEAT (BC) 8-16 LB
REEL : BAITCAST DAIWA LAGUNA LAG100HL
LINE : FINS 25 LB
ni la senjata saya yang membuat saya berkorban fulus semata2 nak memilikinya. ni semua gara2 nak casting@mengilat di Kuching,.(tapi tidak kesampaian.membottom jadinya.heheheh)
trip kali ni boleh dikatakan berjayalah walaupun dirancang dengan ala kadar.waktu ni la saya sedar amat penting bagi seseorang pemancing menkaji dan meneliti semua aspek utk memancing.bukan main redah je.keadaan cuaca,keadaan air dan jadual pasang surut air amat penting utk dipantau sebelum mengatur trip memancing.sekurang2 nya trip kali ini boleh memberi pengajaran dan pembelajaran yang berguna kepada saya dan sahabat2 lain.
sampai disini celoteh saya pada entri kali ni.berjumpa kt di post akan datang.
Assalamualaikum........
terbaik tn :) cantik port tu.hehehe
BalasPadamtq tuan yei.saya pun budak baru blajar.banyak lagi yang perlu saya blajar terutamanya kaedah casting.
BalasPadamtempat ni baru gak buka tuan. ada 5 jambatan yang baru mcm tu di sekitar area tu.yang dicuba ni area no 3.tp area ni kalau air cun memang menjadi utk mj n siakap. geng2 bottom dulu siap tak cukup umpan melayan mj n siakap.rod saya patah satu kat sini melayan siakap mega pada hari tu tp malas saya nak post sbb xda bukti.hehehehe
Hehehe,kalau mcm tu kena repeat tu.manatau kalau pakai popper ada yg sudi ;)
BalasPadamtu la.ingat nak repeat lagi tp tengok cuti lu.kalau ngam n kena dengan jadual air memang akan repeat lagi kat sana.kalau bot member dah siap mungkin nak terjah kawasan tu guna bot je.saya tak pernah lagi casting botbass ni.teringin betul nak try
BalasPadam