Memaparkan catatan dengan label petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petua. Papar semua catatan

Rabu, 2 April 2014

Cara-cara Mengatasi mabuk laut


Cara-cara Mengatasi mabuk laut
  1. Sebelum Menyertai Sesuatu Trip Memancing, Pastikan Diri Anda Mendapat Tidur Yang Cukup (Minimum 5 Jam)
  2. Jangan Lupa Makan Terlebih Dahulu, Tapi Jangan Sampai Terlalu Kenyang. Jangan Makan Makanan Yang Mengandungi Minyak Yang Banyak. Apabila Sudah Makan Ianya Dapat Menghindarkan Perut Daripada Dimasuki Angin Yang Boleh Menyebabkan Mabuk.
  3. Ubat-ubatan Seperti Minyak Angin, Balm, Koyok, & Ubat Tahan Mabuk Juga Perlu Disediakan. Makanlah Ubat Tahan Mabuk 1/2 Jam Sebelum Memulakan Sesuatu Trip.
  4.  Semasa Di Atas Bot, Badan Jangan Terlalu Membongkok Atau Melihat Ke Bawah, Ini Kerana Jika Keadan Itu Berlaku Ianya Juga Boleh Membuatkan Anda Cepat Merasa Mual Atau Loya, Cubalah Melihat Sesuatu Yang Jauh.
  5. Cuba Hindari Daripada Duduk Bedekatan Dengan Bahagian Enjin, Kerana Bau Asap Yang Terhasil Daripada Enjin Tersebut Juga Boleh Membuatkan Anda Mabuk.
  6. Bawalah Bekal Buah-buhan Segar Ataupun Jus Buah. Air 100 Plus Juga Mampu Membantu Mengeluarkan Angin Dari Badan.
  7. Satu Lagi Tip Yang Mungkin Dapat Membantu Adalah Dengan Cara Mendengar Muzik.
  8. Jika Tekak Sudah Mula Merasa Mual Atau Ingin Muntah, Sebaiknya Muntahkan Saja Kerana Ianya Akan Membuatkan Badan Anda Lebih Berasa Selesa.
  9. Apabila Cara-cara Di Atas Sudah Dilakukan Dan Masih Tidak Berkesan, Cara Yang Terbaik Adalah Dengan Kembali Ke Darat Dan Berjumpalah Dengan Doktor.
Cara-cara Memberi Pertolongan Kepada Mangsa Mabuk

Biasanya Kita Kurang Berminat Untuk Memberikan Pertolongan Kepada Rakan Yang Mabuk, Ianya Kerana Kita Bimbang Yang Kita Akan Turut Mabuk Apabila Membantu Mereka. Sepatutnya Menjadi Tanggungjawab Kita Memberikan Bantuan Kepada Mereka Yang Berada Dalam Situasi Itu. Sekurang-kurangnya Memicit Bahagian Tengkuknya Agar Muntahnya Dapat Keluar Dengan Lebih Lancar Dan Cepat Merasa Lega. Rakan Yang Mabuk Sudah Tentu Tidak Berdaya Untuk Bangun Atau Bergerak, Jadi Di Sini Ada Beberapa Cara Yang Boleh Membantu:-
  1. Mula-mula Anda Harus Membantu Mereka Agar Duduk Bersandar & Kemudian Picit Bahagian Tengkuk Serta Pangkal Telinga Dengan Perlahan-lahan.
  2. Mangsa Perlu Diberi Minum Air Masak/ Mineral Dengan Banyak  Agar Dapat Melegakan Tekak Dan Perutnya. Malah Jika Perlu Air Tersebut Ditambahkan Dengan Gula Dan Garam Bagi Mengantikan Cairan Tubuhnya Yang Sudah Habis Keluar Bersama Muntah. Jika Ini Dilakukan, Ia Akan Lebih Cepat Segar.
  3. Dengan Cara Apapun Perut Harus Diisi, Ini Kerana Selepas Menerima Makanan Atau Minuman, Ia Akan Muntah Semula. Jadi Jangan Bimbang Kerana Ianya Adalah Satu Proses Rawatan Yang Perlu Dilakukan
  4. Rakan Yang Muntah Perlu Dielakkan Daripada Meneruskan Aktiviti Memancing Bagi Memulihkan Kesihatan & Kesegaran Tubuhnya.
  5. Langkah Terbaik, Rebahkan Mangsa Dalam Keadaan Separuh Berbaring Di Luar Kabin Atau Tempat Terbuka Bagi Membolehkan Mangsa Menghirup Udara Segar. Tetapi Ingat , Pastika Mangsa Tidak Menghirup Bau Asap Yang Keluar Dari Enjin Kerana Ia akan Lebih Memudaratkan.
  6. Usahakan Agar Rakan Tersebut Tidur Sehingga Dirinya Tersedar Sendiri, Insyaallah Mereka Yang Terkena Mabuk Laut Itu Akan Beransur Pulih Dan Dapat Meneruskan Aktiviti Memancing.
Okay..Selamat Mencuba & Semoga Ianya Membantu :-)

Jumaat, 3 Ogos 2012

PANTANG LARANG SEMASA PERGI MEMANCING

Sebagai pemancing aku juga mempunyai beberapa pantang larangnya. pantang larang yang aku amalkan ini bukan sebagai benda karut marut tetapi sebagai peringatan bahawa kita ini hanya manusia biasa dan perlu menghormati diri sendiri, orang lain, makhluk lain dan juga alam tempat tinggal kita.

1. Jaga Tutur Bicara
Sebagai pemancing perlu menjaga tutur bicara sebelum pergi memancing. Tutur juga merupakan satu doa. jika kita mengharapkan tangkapan yang terbaik, jangan sesekali kita mengungkapkan perkataan yang tidak baik atau carut marut seperti 'celaka', 'hampeh', 'sial', dan lain2 perkara yang tak elok kerana kata2 itu mungkin berbalik kepada kita. Biasanya pemancing berkumpulan selalu bergurau senda dan selalu menggunakan perkataan yang tidak baik akan memberi kesan kepada hasil tangkapan. Wallahualam...

2. Adap dengan makhluk lain
Kita juga perlu menjaga adap dengan makhluk lain. Kita dah niat nak pergi memancing ikan, tetiba kita dapat ikan yang kita tidak mahu, lepaskan balik dalam laut. Ada pemancing yang membiarkan ikan tu mati kering di atas darat. Sebenarnya ikan yang kita ridak mahu itu adalah sebahagian kitaran alam di mana ikan itu di perlukan untuk mengimbangi spisis yang kita hendak.

3. Jaga Kebersihan Tempat Memancing
Kebiasaanya apabila kita memancing akan membawa bekalan makanan yang banyak malah berlebih-lebih seperti pergi berkelah. Maka, banyak sampah yang dihasilkan. Ramai pemancing yang mencampak ke mana sahaja yang mereka suka kerana memang tak ada orang yang nak larang pun. Sebagai pemancing kIta perlu ada kesedaran bahawa kit a sendiri yang merosakan tempat atau lapangan memancing. Bila keadaan dah teruk, kita selalu menuding kepada orang lain.

4. Jaga Keselamatan
Memancing ni dah macam aktiviti outdoor yang berisiko tinggi. Bayangkan lah, ada orang sanggup meredah hutan, paya dan gunung tak kira siang dan malam untuk memancing. Maka, keselamatan perlu diutamakan dengan mengambil kira langkah2 keselamatan seperti alatan keselamatan, komunikasi, dan peti bantu mula. Jadikan amalan apabila pergi memancing sentiasa berteman dan bukan berseorangan.

5. Keluarga
Apabila kita keluar memancing, selalunya pemancing akan meninggalkan rumah dan keluarga untuk satu tempoh yang lama mungkin sehari, 2 hari atau lebih. Sebaik-baiknya kita selesaikan urusan rumah tangga dahulu supaya tidak timbul masalah di belakang hari. Selain itu, jika kita telah menyelesaikan urusan rumahtangga terlebih dahulu, aktiviti memancing akan lebih seronok.

6. Peralatan
Jika kita pergi memancing tetapi apabila sampai di tempat memancing, baru kita teringat bahawa kita terlupa membawa mata kail dan ladung. Cuba bayangkan, sudah tentu aktiviti memancing tak dapat diteruskan. Sebelum bertolak, kita mesti memastikan peralatan yang hendak dibawa supaya tidak tertinggal.

7. Kenderaan
Semasa aktiviti memancing, kebiasaannya pemancing meninggalkan kenderaan. Tak kisahlah di mana sahaja. Kita perlu mengambil kira keselamatan kenderaan supaya apabila pulang dari memancing, kita tak mahu tengok apa yang dah berlaku kepada kenderaan kita. Dah banyak kali saya tengok kereta pemancing kena pecah dan ini amat menyedihkan.

jika ada tip2 yang baru akan saya tambah lagi dalam blog ini. apa yang saya tulis ni sebagai panduan berdasarkan pengalaman sahaja dan bukan dari mana2 rujukan

Jumaat, 27 Julai 2012

Petua-petua memancing


assalamualaikum dan selam sejahtera kepada semua. SALAM RAMADAN.hehehe,lambatnya ucapan ramadan.dah masuk puasa ke7 baru nak ucapkan.hahahahah.takpe.hari ni sy ada nak share kat kawan2 pasal satu petua2 memancing.sepertimana disedia maklum,kaum melayu ni memang terlalu banyak dengan petua2 dan kepercayaan walaupun ada kala kepercayaan itu nanpak pelik.ada petua kt oleh ikut dan ada yang tak.bukan apa ,kalau ada petua atau kepercayaan yang boleh mengudangkan SYIRIK boleh mendatangkan kerosakan aqidah pada kt la plak.
disini saya nak kongsikan petua - petua memancing yang saya dapat dari ayah,otai-otai memancing,rakan-rakan memancing dan dari laman blog yang lain:
1.melangkah keluar rumah hendaklah dimulakan dengan membaca bismilah
2.membaca bismillah dan selawat keatas nabi sebelum baling umpan
3.jangan bising semasa memancing
4.jangan membangga diri dengan hasil tangkapan tapi bersyukurlah
5.jika mendapat hasil yang sedikit atau ikan kecil bersyukurlah kerana itu rezeki yang diberikan kepada kita.
6.jangan lupa bersedekah dengan hasil yang kita dapat
7.hasil tangkapan yang didapat hendaklah dihormati sebagaimana mahluk bernyawa yang lain
8.jangan menzalimi haiwan
9.niat memancing kerana untuk mencari rezeki
10.jangan pergi memancing jika orang tua mahupun isteri tak merestui kerana restu sangat penting dalam memperolehi keberkatan.
11.sentiasa update status diri kepada ahli keluarga supaya mereka tidak risau dan anda mengetahui keadaan mereka(UNTUK MEMANCING DIKAWASAN BERDEKALAN LA.KALAU KAT AREA LAUT DALAM MANA ADA LINE TPON.HAHAHAH)

jangan lupa mengamalkannya. semoga kita memperolehi keberkatan bersama