Rabu, 24 Julai 2013

Petua menJerat Ikan Raja ‘Peacock Bass’

asssalamualaikum kepada semua. Rasanya belum terlambat saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua terutamanya yang beragama islam. lama gak tak menjenguk blog ni.naik bersawang.saya pun takde memancing sepanjang bulan ramadan ni.cuti dulu lah.lepas ni baru kt serang balik.hehehe. In saa Allah balik kampung ni telah ada trip2 yang tersedia yang diatur member saya di Kuching nanti.

hari ni saya nak berkongsi sedikit maklumat berkenaan kaedah atau petua menjerat Ikan Raja @ Peacock Bass @ PB .petua ni saya perolehi dari Majalah Umpan (web umpan 17/07/2013) . 

diharap dengan sedikit ilmu yang saya kongsikan dapat dimanfaat oleh semua kekawan pemancing.


 antara spesis Peacock bass yang terdapat di Malaysia
Lesen Peacock bass pertama saya sewaktu mula2 memasuki acara Mengilat @ casting.

Ikan raja atau ‘Peacock Bass’ yang tergolong dalam kategori ikan sukan ini mendapat perhatian ramai pemancing. Walaupun bukan untuk dimakan, tetapi merasai kepuasan bertarung dengan ikan ini sahaja sudah mencukupi. Ikan sukan ini sangat agresif dan kuat terutama bagi ikan yang bersaiz 50 cm ke atas. Untuk itu, kami kongsikan beberapa tip untuk menjerat ‘ikan raja’ ini.

Spesis ini berasal dari perairan Amazon dan banyak ditemui di perairan air tawar di sekitar Amerika Utara dan ia juga terdapat di perairan Malaysia. Ikan yang mempunyai gabungan warna terang seperti oren, putih, kuning dan hitam ini merupakan ikan yang mampu mencabar ketangkasan pemancing jika ia terkena mata kail.

Rod
Walau apa pun situasinya, pengetahuan teknikal walaupun asas amat penting untuk melayangkan ikan ini. Rod yang kuat penting  untuk menarik ikan dari berenang jauh juga untuk menahan asakkannya. Ikan ini kebiasaannya akan pantas melarikan diri ke kawasan yang lebih sukar seperti akar-akar pokok untuk menyelamatkan diri. Saat inilah anda perlu pandai  bermain dengan menariknya semula dari kawasan tersebut. Rod yang mampu memberikan tekanan tinggi amat diperlukan.

Umpan fly
Cara mengumpan fly juga amat penting untuk mendapatkan ikan besar bersaiz trofi spesis ini. Ikan ini kebiasaannya tidak cerewet dalam memilih umpan fly namun mengikut pengalaman beberapa pemancing, mereka akan mudah tertarik dengan saiz dan warna-warna tertentu seperti oren dan putih. Warna terang ini digunakan agar ia mudah kelihatan walaupun keadaan air keruh. Anda juga boleh menggunakan Flashabou untuk menghasilkan warna berkilat pada flykerana ia dikatakan dapat membangkitkan naluri pemangsa ikan.

Backup joran
Anda mungkin juga tidak cukup tanah jika bertarung dengan ikan ini dan ingat, jangan sesekali merentap joran anda kerana dikhuatiri ia akan putus. Sifat agresifnya memang sukar diduga. Oleh itu, membawa backup joran juga adalah disarankan kerana siapa sangka joran anda mungkin akan terpatah semasa bergelut dengan ikan ini nanti. Maklumlah, kedai menjual peralatan memancing bukan berada di lokasi terdekat, jadi lebih baik bersedia sebelum berputih mata.

Secara keseluruhannya, boleh dikatakan bahawa Peacock Bass ini merupakan spesis bernilai sebagai ikan sukan dan pastikan anda mempunyai persediaan yang cukup sebelum keluar memancing.

disini saya juga ingin kongsikan video yang dijumpai di Youtube seorang pemancing menaikkan dua ekor Peacock Bass! Hebat la dia ni,kalau la saya dapat saiz mcm ni,alangkah indahnya.hehehehehe


1 ulasan:

  1. Assalamualaikum sifu tumpang tny kalau nk casting kt air yg keruh mencari pd, umpan ap yg perlu d pakai ye

    BalasPadam