Cara-cara Mengatasi mabuk laut
- Sebelum Menyertai Sesuatu Trip Memancing, Pastikan Diri Anda Mendapat Tidur Yang Cukup (Minimum 5 Jam)
- Jangan Lupa Makan Terlebih Dahulu, Tapi Jangan Sampai Terlalu Kenyang. Jangan Makan Makanan Yang Mengandungi Minyak Yang Banyak. Apabila Sudah Makan Ianya Dapat Menghindarkan Perut Daripada Dimasuki Angin Yang Boleh Menyebabkan Mabuk.
- Ubat-ubatan Seperti Minyak Angin, Balm, Koyok, & Ubat Tahan Mabuk Juga Perlu Disediakan. Makanlah Ubat Tahan Mabuk 1/2 Jam Sebelum Memulakan Sesuatu Trip.
- Semasa Di Atas Bot, Badan Jangan Terlalu Membongkok Atau Melihat Ke Bawah, Ini Kerana Jika Keadan Itu Berlaku Ianya Juga Boleh Membuatkan Anda Cepat Merasa Mual Atau Loya, Cubalah Melihat Sesuatu Yang Jauh.
- Cuba Hindari Daripada Duduk Bedekatan Dengan Bahagian Enjin, Kerana Bau Asap Yang Terhasil Daripada Enjin Tersebut Juga Boleh Membuatkan Anda Mabuk.
- Bawalah Bekal Buah-buhan Segar Ataupun Jus Buah. Air 100 Plus Juga Mampu Membantu Mengeluarkan Angin Dari Badan.
- Satu Lagi Tip Yang Mungkin Dapat Membantu Adalah Dengan Cara Mendengar Muzik.
- Jika Tekak Sudah Mula Merasa Mual Atau Ingin Muntah, Sebaiknya Muntahkan Saja Kerana Ianya Akan Membuatkan Badan Anda Lebih Berasa Selesa.
- Apabila Cara-cara Di Atas Sudah Dilakukan Dan Masih Tidak Berkesan, Cara Yang Terbaik Adalah Dengan Kembali Ke Darat Dan Berjumpalah Dengan Doktor.
Cara-cara Memberi Pertolongan Kepada Mangsa Mabuk
Biasanya
Kita Kurang Berminat Untuk Memberikan Pertolongan Kepada Rakan Yang
Mabuk, Ianya Kerana Kita Bimbang Yang Kita Akan Turut Mabuk Apabila
Membantu Mereka. Sepatutnya Menjadi Tanggungjawab Kita Memberikan
Bantuan Kepada Mereka Yang Berada Dalam Situasi Itu. Sekurang-kurangnya
Memicit Bahagian Tengkuknya Agar Muntahnya Dapat Keluar Dengan Lebih
Lancar Dan Cepat Merasa Lega. Rakan Yang Mabuk Sudah Tentu Tidak Berdaya
Untuk Bangun Atau Bergerak, Jadi Di Sini Ada Beberapa Cara Yang Boleh
Membantu:-
- Mula-mula Anda Harus Membantu Mereka Agar Duduk Bersandar & Kemudian Picit Bahagian Tengkuk Serta Pangkal Telinga Dengan Perlahan-lahan.
- Mangsa Perlu Diberi Minum Air Masak/ Mineral Dengan Banyak Agar Dapat Melegakan Tekak Dan Perutnya. Malah Jika Perlu Air Tersebut Ditambahkan Dengan Gula Dan Garam Bagi Mengantikan Cairan Tubuhnya Yang Sudah Habis Keluar Bersama Muntah. Jika Ini Dilakukan, Ia Akan Lebih Cepat Segar.
- Dengan Cara Apapun Perut Harus Diisi, Ini Kerana Selepas Menerima Makanan Atau Minuman, Ia Akan Muntah Semula. Jadi Jangan Bimbang Kerana Ianya Adalah Satu Proses Rawatan Yang Perlu Dilakukan
- Rakan Yang Muntah Perlu Dielakkan Daripada Meneruskan Aktiviti Memancing Bagi Memulihkan Kesihatan & Kesegaran Tubuhnya.
- Langkah Terbaik, Rebahkan Mangsa Dalam Keadaan Separuh Berbaring Di Luar Kabin Atau Tempat Terbuka Bagi Membolehkan Mangsa Menghirup Udara Segar. Tetapi Ingat , Pastika Mangsa Tidak Menghirup Bau Asap Yang Keluar Dari Enjin Kerana Ia akan Lebih Memudaratkan.
- Usahakan Agar Rakan Tersebut Tidur Sehingga Dirinya Tersedar Sendiri, Insyaallah Mereka Yang Terkena Mabuk Laut Itu Akan Beransur Pulih Dan Dapat Meneruskan Aktiviti Memancing.
Okay..Selamat Mencuba & Semoga Ianya Membantu :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan