Assalamualaikum kepada semua pembaca. lama tak update blog ni.bukan saya kumpaw ke pa tp memang takde kesempatan utk memancing masa terdekat ni.sibuk sikit.hehehehhe.kali ni sy nak bagi info sikit pasal ikan -ikan terlarang dari memasuki negara kita.mungkin ada pertikaian dari sesetengah pihak tp kt kena ambik serius dengan larangan ini.Bukan apa,kt patut menjaga spesis ikan kt dari pupus kerana kebanyakan ikan pendatang ni dari jeni pemangsa dan jenis dominan.contoh peacock bass.perairan tasik air kuning di perang pun sudah di dominasi oleh ikan pendatang ini.memang bagus utk sukan memancing tp tak bagus utk kelangsungan spesis ikan2 kita. apa2 pun disini saya share sedikit jenis2 ikan larangan / terlarang dari memasuki negara kita.
PERATURAN-PERATURAN PERIKANAN (LARANGAN IMPORT,
Dan Sebagainya BAGI IKAN) 1990
JABATAN Perikanan mewartakan Peraturan Perikanan (Larangan Import dan sebagainya bagi Ikan) 1990 bagi mengawal kemasukan spesies ikan eksotik dari luar.
Pada awalnya, peraturan ini menyenaraikan sebanyak tujuh genus yang dilarang import kemudian meminda pada 2011 dengan memasukkan sembilan lagi genus dan spesies dalam senarai sedia ada untuk menjadikan jumlah kesemuanya 14 genus dan dua spesies ikan.
Pada awalnya, peraturan ini menyenaraikan sebanyak tujuh genus yang dilarang import kemudian meminda pada 2011 dengan memasukkan sembilan lagi genus dan spesies dalam senarai sedia ada untuk menjadikan jumlah kesemuanya 14 genus dan dua spesies ikan.
Larangan yang dimaksudkan dalam peraturan berkenaan adalah larangan bagi mengimport, menjual, memelihara atau menyimpan genus ikan hidup seperti diperuntukkan dalam senarai di bawah kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
Larangan import ini dibuat selepas menimbang beberapa faktor seperti tahap ancaman kepada ekosistem, habitat dan spesies tempatan selain risiko penyakit yang dibawa oleh spesies ikan yang mudah dijangkiti dan spesies ikan vektor penyakit.
Berikut adalah pernyataan dari Jabatan Perikanan sebab kenapa mereka melarang import ikan ini:
IMPLIKASI UMUM
Perdagangan ikan-ikan hidup di seluruh dunia semakin meningkat.Di bawah program kawalan import, Malaysia telah mengemas kini senarai spesies dan genus ikan-ikan yang dilarang diimport sepertimana yang termaktub di dalam Akta Perikanan 1985 -Peraturan-peraturan Perikanan (Larangan Import, dsb.,bagi ikan) (Pindaan) 2011.
Ketiadaan kawalan keatasikan-ikan ini dikhuatiri akan mendatangkan kesan seperti berikut:
Ketiadaan kawalan keatasikan-ikan ini dikhuatiri akan mendatangkan kesan seperti berikut:
1.Penyumbang kepada bawaan penyakit baru dan punca sebaran serta rebakan penyakit dalam perairan negara.
2.Mengganggu keseimbangan biodiversiti, habitat dan spesies ikan asli di dalam negara.
3.Ikan-ikan tersebut boleh menjadi dominan dan membiak dalam perairan umum serta menjadi ikan pemangsa kepada ikan asli di sungai-sungai ataupun lautan.
4.Menyebabkan kerugian besar dari segi ekonomi kepada penternak dan pihak industri sekiranya kejadian rebakan dan kematian ikan berlaku secara besar-besaran dan tidak dapat dikawal.
Senarai genus dan spesies ikan dilarang untuk diimport
- Serrasalmus/Serrasalmo/Pygocentrus/Catoprian
- Pygopristis
- Colosomma/Piaractus
- Mylossoma
- Mylopus/Myleus
- Pristobrycon
- Myletes
Tiada ulasan:
Catat Ulasan