Khamis, 9 Ogos 2012

CaStinG PeAcOcK BasS @ Ikan RaJa

Tahun  2012 adalah satu fasa baru sy dalam dunia memancing.Apa tidaknya,dah lama tangan tak  dihanyirkan kena plak racun baik oleh member utk masuk kedalam dunia CASTING.Sebelum ini sy memang giler memancing tp tak pernah sekali pun sy menggunakan teknik Casting@ mengewang ni.yang sy tahu teknik bottom n apungan je.heheheheheh.

Jadi pada Penghujung 2011 lepas.Member sy mamat@wan dari group sibufishingclub telah dengan sukacitanya menabur dan memberi racun kepada sy supaya terjun kedalan arena casting ini.sy yg terkena racun ni pun, apalagi berkobar2lah semangat bila dirasuah dengan cerita2 menarik mengenai hasil tangkapan menggunakan teknik casting ni.

Tak menunggu lama,berbekalkan info dan maklumat dari member sy dan intenet,Sy terus pergi mencari peralatan perang untuk kaedah casting ni. tp beginer mcm sy ni dengan kewangan yg terhad,terpaksa mencari ikut budjet yang ada je.nak berhabis pun kena ingat anak bini,beTul tak.

Rod pertama yang sy beli adalah rod dari jenama Ryobi berkekuatan 12-22 lb.kekili pulak sy beli spining reel AJIKING airwalk 2000.(maklumat berkenaan kekili ni tak ingat.ehhehe).Dan yg penting gewang la.gewang pertama dak kedua sy beli adalah Jenama hinomia dan bakau(budjet.heheheh).dalam sehari je dah selesai semua peralatan walaupun budjet.Apalagi,keesokannya sy terus test power.Pot tempat sy test adalah kolam larangan tak jauh dari rumah sy.(sy tak tahu tak bleh mancing kat kolam ni.heheheh.)

Balik je sy dari kerja,terus menukar pakaian,cium anak skit dan terus meluncur laju bersama kuda liar EX5 sy ke kolam larangan.Berbekalkan senjata perang yang baru(bau kedai lagi)  sy terus melontarkan gewang pertama sy kearah tebing kolam.karauan dibuat sedikit laju dan tak lama kemudian terus strike.Dalam hati sy,hebat gak.baru cubaan kali pertama dah mendapat hasil.Bila didaratkan rupa Peacock bass juvenil yang menghentam gewang sy.

Peacock bass pertama sy hasil dari kaedah casting


Pada mulanya sy pun pelik dengan ikan ni kerana setahu sy ikan ni ikan sg Amazon,mcmmane ada kat Sepang plak.Untuk kepastian sy terus men 3G kwn sy mamat@wan di sibu,sarawak untuk kepastian.(maklumlah,kat kg sy disarawak takde ikan ni).Rupa nya tekaan sy tepat.sememangnya ikan ni telah lama dibawa masuk ke tanah malaya sekitar tahun 90-an.Ikan tadi di lepaskan kembali ke kolam tersebut dan sy meneruskan acara casting.target sy nak dapatkan Lesen haruan tp tak kesampaian.lontaran ke 3 sy pun mengena gak tetapi ikan yang sama,peacock bass.nampaknya ikan ni dah menguasai kolam ni sehingga takde ikan lain yg naik.lontaran sy seterusnya pun berjaya menaikan 5 ekor peacock bass dan 4 ekor adalah juvenil.heheheheh.1 je saiz boleh dibangga cikit.
peacock bass ke 2



yang ke 3


ke 4

ke 5 dan penutup


antara hasil hari pertama casting 5 ekor peacock.boleh la bangga dan kasi bakar
hati kawan2 yang meracun aku.hahaha


kesemua ikan tu dengan selamat nya dilepaskan kembali ke kolam tersebut.kalau sy bawa balik pun tak tau nak buat apa sbb sy langsung tak pernak makan ikan ni.jd baik lepaskan je walaupun ikan ni pemusnah habitat ikan kita.tak kan nak seksa dia dengan biar dia mati terbiar mcm tu jekan.ikan ni pun makluk Allah jugak.trip terkejut ni boleh dikatakan berjayalah.Yalah,kali pertama dah dapat 5 ekor ikan.dalam masa tak sampai sejam.ok lah tu kan.heheheh

sememangnya kaedah casting ni memang menarik.dan sy terus jatuh cinta kerana ianya mencabar dan seronok.dengan gewang je dah dapat ikan.tak perlu nak kotorkan tangan pasang umpan.heheheh.ok lah.sampai disini dulu tulisan sy ni.jumpa lagi di post akan datang.
Assalamualaikum



6 ulasan:

  1. tak banyak pot bro tp ada gal lah.area kampung baru lanjut pun ada n ara kota warian pun ade.dekat affin bank n kedai mamak.tang baru ni ada pot baru kat area AYAMAS.situ pun best tp mudah sangkut.

    BalasPadam
  2. Empangan batu banyak bro,pastu kat blah area kuala kubu baharu,rasa dan batang kali,perghhhh berlambak2 lombong dan kolam2 terbiar yang mengandungi haruan saiz ayahanda dalam tu,pasti akan pulang tanpa mengecewakan diri sendiri dan jiran sebelah rumah...

    BalasPadam
  3. Salam, bro.. kat mane port P.B ni bro... minta share dgn sy.. nk bela dalam akuarium... boleh sms sy kat 0126201281.. ataupun email sy kat shahir_22121q@yahoo.com...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam tuan.sori lambat reply msg tuan.pot ni di dalam area perkampungan org asli. kalau tuan tahu kota warisan,, pot ni berdekatan kawasan tu.berdekatan dgn sungai dengkil

      Padam