Jumaat, 14 Februari 2014

bulan ledakan haruan.

assalamualaikum kepada semua.

naik bersawang dah blog saya ni.lama betul tak update.ya lah, disbbkan kekangan masa jadi takde trip2 mancing melainkan casting tu pun curi2 masa lepas balik kerja je.tu pun dalam masa 1 jam. kalau takde aral melintang dan masalah kewangan kemungkinan adalah trip memancing pada bulan 3 atau 4 nanti.

sepanjang bulan januari dan februari ni saya hanya berkesempatan utk casting @ mengilat haruan. hasilnya boleh tahan dan syukur sangat setiap kali turun mengilat @ casting takde balik dengan tangan kosong dengan istilah yg mulia AKU TAK KUMPAW.hahahahahah. untuk bulan ni saya tak mengkhususkan apa2 jenis tangkapan atau kaedah atau jenis lure yang digunakan janji berjaya mendarat hasil. disini saya kongsikan sedikit gambar2 atau bahan bukti sepanjang sesi bulan januari dan februari

 haruan yang tergoda dengan goyangan manja ala-ala inul oleh SP river2sea + spinerbait

 sicurut pun tergoda gak tak padan dengan tak cukup umur.hehehe

 sicurut yang tak akil baligh ada hati nak mengorat rubber frog (surebite) 
yang menari umpama shakira.hahahha

 mangsa yang tertarik dengan renangan lure superior mouse

 lagi mangsa SP river2sea

 padah apabila tertarik dengan punggung Jump frog (TT tacle)

 lagi mangsa SP river2sea

 laku juga superior mouse ni

 superior mouse lagi

 mangsa yang tergoda dengan superior mouse siap digari bagi dihadapkan 
ke mahkamah tribunal hak asasi haruan

 jump frog punya penangan

 warna lain taknak plak haruan ni. oren jugak dia berkenan






 gelekan jump frog yang mengoda sang haruan.


 mangsa gelekan si jump frog yg tengah menunggu tarikh perbicaraan


close up

setiap keseronokan pasti ada duka.meggi goreng mamak spesial terjadi bila kejadian membaling lure tersangkut ke baju bangla yang jadi penonton. degil sangat.
nasib tak sangkut kat bibir.kalau tak jadi satu hal lagi.hahahahha

boleh disimpulkan hasil pada bulan januari dan februari amat memuaskan .kesemua hasil tangkapa saya serah kan kepada yang memerlukan sbb haruan ni banyak khasiatnya.disamping melepaskan gian dan minat , dapat juga beramal bagi membantu sesiapa yang memerlukan.sampai sini je lah coretan saya. jumpa lagi di post akan datang .

Assalamualaikum.

2 ulasan:

  1. Osemmmmmmm...! Lamak ada jak nunggu update. Polah report mingguan jak bro. Seminggu sekali jadilah. Mun oleh sikok pun, report jak. Kdg mun byk rilak digumpul, malas jd nak update... Yalah aku molah seminggu sekali jak. Ada masanya wlpun update seminggu, bila sekali trip ya oleh belasan ekok belao tau malas juak nak update. Tambahan aku edit pa2 yg patut sblm post. Lagi byk jd kerja...

    BalasPadam
  2. bz pok.xda masa glak.bila ada masa terluang ya baru ku dapat nak update. lagi pun misi peacockbass aku lum berjaya tok.hahahahha

    BalasPadam