Isnin, 5 Januari 2015

trip santai di rumah rakit

ASSALAMUALAIKUM  kepada semua

naik bersawang dah blog ni.ni disebabkan kemalasan tahap gaban nak update cita.heheheh. cita tahun 2014 baru nak diupdate masuk dalam blog ni.padahal dah masuk 2015.hehehehe. pertamanya saya nak berkongsi kesedihan dengan apa yang menimpa saudara2 kita di pantai timur. diharap tabah menghadapi dugaan ini.berat mata memandang berat lagi bahu memikul. diharap dengan sumbangan yang tidak seberapa dari saya dan seluruh rakyat Malaysia dapat meringankan beban yang ditangung.

Yang keduanya saya nak ucapkan selamat tahun baru .dah melangkah ketahun 2015 dah kita ni.tak berasa 2014 dah meninggalkan kt.diharap tahun 2015 ni kita akan melangkah dengan lebih jauh dan cemerlang dan semestinya berjaya dalam misi2 kita.memancing terutamanya.

ni nak cita tentang trip saya yang diadakan pada 20/10/2014 (isnin) .trip santai ini telah lama diatur dan diusahakan oleh sahabat saya En Mohd Nor Azhar b. Moktar. dia telah mengatur satu trip ke rumah rakit disekitar Sg.pelek, sepang. rumah rakit yang menjadi pilihan kami kali ini adalah Rumah Rakit Tanjung Emas, kampung Batu 2, Sg.Pelek. cas utk memancing dirumah rakit ni adalah rm35.00 seorang termasuk dengan penghantaran ke lokasi rumah rakit tersebut. (rumah rakit berada kira2 15minit perjalanan menggunakan bot.)

sedikit info pasal rumah rakit yang kami telah jelajahi.heheheh

Untuk trip kali ini , seramai 5 pejuang yang sentiasa kumpaw telah berkumpul dirumah saya seawal 6.30 pagi.memandangkan rumah saya yang paling hampir dengan lokasi jadi sangat sesuailah menjadi lokasi berkumpul. tepat jam 7.00 pagi kami terus bertolak ke lokasi tp terpaksa singah sebentar ke kedai pancing Ah Tong di Sg.Pelek bagi mengambil umpan Udang hidup yang telah ditempah seminggu awal sebelum  trip dijalankan.


Papan tanda yang menunjuk arah ke kampung tanjung mas , Batu 2

selesai je mengambil umpan kami terus bergerak ke Jeti .kira2 jam 7.45 pagi kami terus bergerak ke rumah rakit tersebut. semua dah tak sabar nak melabuhkan umpan. ya lah.lama dah tak memancing gian nya lain mcm.hehehehehe

ni kiranya stesen untuk bot-bot.stesen bot.hehehhe.
bot fiber yang berbumbung segi empat tulah digunakan untuk menghantar kami . 

pemandangan yang indah buat pemancing.hehehehehe

setibanya dilokasi kami terus bergegas mengatur kelengkapan perang bagi memancing.masing2 tak sabar dah. kali ini 3 kaedah dipratikan iaitu bottom, menggunakan pelampung dan semestinya kaedah mengilat@casting .umpan pula kami menggunakan udang hidup dan hirisan ikan kembung.bagi sesiapa ingin nak menduga rumah rakit ini saya sarankan menggunakan umpan udang hidup, udang mati yang masih segar(udang hidup yang baru mati) dan umpun-umpun nipah. (ikan sini memilih, umpan udang pasar ataupun umpan yang tidak segar lansung tak dijamah.ikan kecik2 je sudi)

ni lah rumah rakit yang dimaksudkan. santai. kemudahan pun ok.

selesai mengatur kelengkapan dan memasang perambut kami memulakan aksi. arus pulak tak berapa laju jadi memudahkan kami semua untuk memancing. target utama kami semua sebenarnya adalah ikan Siakap memandangkan desar-desus lokasi rumah rakit ini adalah lubuk siakap.tp seekor pun kami tak dapat.mungkin masa tidak sesuai. tp hasil dari spesis lain tidah menghampakan.

seperti biasa dia yang memulakan acara. 
ikan tanda saiz sedang2 saja berjaya didaratkan.lesen tu
 rod  :  x-puyu  (nama rod dan lb tak ingat)
reel  :  D.A.M tx3000 
main line  :  cap itik jenama 916 
(mcm emas plak.Jgn tanya saya, kalau nak tau call tuan punya badan.hahaha) 
leader/perambut  :  HYTAC SOLAROAM BASS (SEMI FLUOROCARBON) 40lb 
spesis  :  Ikan Tetanda
status  :  CnR dalam Kuali


kali ini tuan punya blog pulak.
jgn pelek bila tengok set casting jadi set bottom.hahahaha.janji naik ikan
rod  :  daiwa crosbeat baitcass 8-16 lb
reel  :  daiwa laguna 101h
main line  :  Eupro camoflas braided 20lb
leader / perambut  :  Bossna DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon) 
leader yang ni aku beli sbb aku tengok salah seorang member aku {pijam madinil}yang kaki casting suka betul dengan leader ni. 
spesis  :  ikan tuka
status  ;  CnR dalam periuk


dia lagi.memang hitam la.hahahahahah
rod  :  seahawk (apa2 tak ingat)
reel  :  banaksx2000 (reel baru jugak ni.bau kedai ahtong lagi)
main line  ;  cap bangau mandi junub (tak ingat)
leader/perambut  :  
spesis  :  ikan daun baru / tudung periuk
status  :  tapau bagi bini da

kali ini member aku zaidi plak yang mengena. tp aku tak tau nama spesis ikan ini.
rod  :  okuma nemesis 10-30 lb
reel  :  hemingway 4000
mainline  :  sufix 30lb
leader/perambut  :  sure cacth 30 lb 
spesis  :  tak diketahui
status  :  CnR

samakan dengan ikan diatas.heheheh.ni namanya iklan.
tumpang gambar ikan org.wakkakaka. jgn marah ye.

kali ni aku si botak pulak berjaya menaikan ikan.yahoo.......
rod  ;  tomman 10-25 lb
reel  ;  ajiking airmax 2000
main line  :  kirin cyristal 20 lb
leader/perambut  :  HYTAC SOLAROAM BASS (SEMI FLUOROCARBON) 40lb
spesis :  ikan daun baru/ tudung periuk
status  :  CnR dalam kuali


kali ini dia bergambar dgn ikan sendiri.heheheh
rod  :  storm discovery 8-17 lb
reel  :  abu orra 200x
main line  :  power pro 20lb
leader/perambut  :  eupro 40 lb
spesis  ;  ikan senangin
status  ;  Cnr ke periuk rumah saya.

ni plak sibuk bermain dengan mata apollo.sekali naik baby kerapu da.
saiz tapak tangan. tapau jugak.hahahahha

kali ini dia naik juga ikan daun baru ni.banyak plak ikan ni bermain disekitar rumah rakit
rod  ;  tak diketahui 
reel  :  tak diketahui
main line  :  tak diketahui
leader/perambut  :  HYTAC SOLAROAM BASS (SEMI FLUOROCARBON) 40lb
(yang ni aku tau sbb dia guna perambut aku.hahaha)
spesis  ;  ikan daun baru/ tudung periuk
status  :  tapau ke beranang.

masa utk balik la.kebetulan umpan dah habis.balik la jawabnya


bergaya dulu sebelum balik.hehehhe


sebenar ada lagi hasil tangkapan yang kami dapat tp tak tau dah kemana gambar-gambar tu menghilang. kebanyakan yang kami dapat adalah kerapu yang bersaiz remaja,ikan gelam bersaiz sedang2(boleh la digoreng dirumah) dan 2 ekor ikan lepu(ikan ni memang berbisa,jgn buat main o) member aku zaidi berjaya juga menaikan ikan kerapu minya bersaiz hidangan tp tak sempat ambik gambar.hehehehe.

trip kali ini boleh dikatakan berjaya walaupun kami semua gagal menaikan spesis yang dicari.sekurang-kurangnya kami berjaya menaikan ikan walaupun bukan spesis yang diharapkan. yang penting kami tak KUMPAW.hahahahahahaha

rumah rakit ni boleh dikunjungi lagi pada masa akan datang.hehehehe. berjumpa kt di post akan datang

Assalamualaikum.













3 ulasan:

  1. boring lah cerita abg ini tak menarik langsung..
    baik main Pes2015 jer kat rumah....

    BalasPadam
  2. slm bang boleh share kat saya tak no tepon kedai jual umpan udang hidup tu.. -anip 01140696769

    BalasPadam