Isnin, 12 Januari 2015

melayan siakap kolam (edisi meracun)

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog Kumpaw breaker

berjumpa lagi kt dalam ruangan blog saya yang tidak seberapa ini.blog yang sekejap tenggelam sekejap timbul.hehehehehehe. buat masa ini tiada lagi trip yang saya dan kekawan saya rancang melainkan trip pada 01/05/2015.trip yang dirancang pada tarikh tersebut adalah trip 2 dalam 1 iaitu trip mencandat sotong dan memancing di perairan terengganu.tp tu hanya perancangan je.harap takde halangan la.

disebabkan tiada trip dirancang memandangkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan,kali ini kami sepakat nak melayan ikan air masin di kolam berbayar sahaja.nak layan kolam air tawar memang susah sebab saya memang fail dalam buat resepi2 ikan patin ni.jalan selamat layan kolam air masin jelah.umpan pun senang.hehehehehe. lagipun kali ini saya disertai oleh salah seorang rakan saya yang baru nak berjinak2 dengan dunia hanyir ini.(kes kena racun.heheheh).

sebelum kami bergerak untuk memancing pada malam tersebut kami terlebih dulu pergi ke kedai pancing ah tong di sg.pelek bagi membeli peralatan dan umpan memancing. lagipun rakan saya Farid @ wakzeno berhajat nak membeli set pancing baru memandangkan dia langsung tiada peralatan memancing.lagipun dia baru berjinak2 dalan dunia memancing terutamanya kaedah casting @ mengilat.

ni la rakan saya tu merangkap bos saya dipejabat (farid @ wak) 
baju belang kat sebelah tu adalah Ah Tong.tauke kedai.
gambar diambik ketika mencari peralatan memancing.heheh

selesai je membeli peralatan dan umpan kami balit ke rumah masing2 terlebih dahulu memndangkan kami akan memancing sedikit lewat bagi menyelesaikan urusan-urusan masing2 terutamanya urusan keluarga.tepat jam 10 mlm kami mula berkumpul dirumah Farid @ wak dan terus menerjah ke kolam. kali ini kumpulan kami seramai 5 orang terus menerjah kaunter pendaftaran setibanya kat sana.mcm nak bergaduh pun ada,hahahahaha.

kali ini kami semua menggunakan teknik pelampung.mudah dan senang.cuma perambutnya sedikit leceh nak disediakan.lagipun mudah saya nak memantau aksi kekawan saya. Malam tersebut memang malam rakan saya tersebut.asyik dia je strike.memang karen dia ni. tuah orang baru ditambah tuah peralatan baru.mlm tu saja dia dapat 4 ekor ikan siakap.yang paling best dia berjaya menaikan ikan bernilai jacpot yang seberat 3.51kg.(tak dapat lawan saya punyala.hehehehe Ayat jeles)

ikan pertama.walau pun tak besar sangat tp layan. 
lesen L siakap coz dapat kat kolam.hehehehe

rod  :  eupro thunder 8-17lb
reel  :  shimano nexave 2500
main line  :  kirin cyristal 20lb
leader  :  hytac solaroambass (semi fluorocarbon 40 lb)
spesis  :  ikan siakap/barramundi (1.2kg)
status  ;  tapau la(bayar tu)

tu ikan pertama,selang setengah jam kemudian dia naik lagi ikan ke dua dan ikan ketiga tp saiz lebih kurang sama. selepas itu barulah ikan mega mula mengena. mengeletar kaki kawan merasa sentapan dan tentangan dari sang siakap.tu baru siakap kolam belum siakap liar lagi.hehehehe.perlawanan berlangsung lebih kurang 5minit.mana tak mengeletar kawan.hehehehe

kali ini muka ada senyum.ikan bersaiz kasar berjaya didaratkan.siap mengeletar kaki.heheheheh
.senyum pun banyak lebar.berbaloi2 dengan peralatan baru.memang hanyir la member saya ni

rod  :  eupro thunder 8-17lb
reel  :  shimano nexave 2500
main line  :  kirin cyristal 20lb
leader  :  hytac solaroambass (semi fluorocarbon 40 lb)
spesis  :  ikan siakap/barramundi (3.51kg)
status  ;  CnR di Kedai Tom yam Pekan Salak.hehehe



kami yang lain mampu tengok jelah time dia je naik ikan.ikan mcm tak nak je dengan umpan kami padahal beli dikedai yang sama.hehehehe. tp selaku hero tak kan saya nak tengok je.heheheh.(padahal saya yang selalu kumpaw kat kolam ni.) dihujung-hujung masa barulah saya mendapat hasil. renew lesen L siakap merah @ mangrove jack .dengan teknik casting udang hidup barulah berjaya.kalau tak mankor di kolam.hahahah



akhirnya. saya tak kumpaw.hahahahaha

rod  ;  storm discovery 4-10 lb
reel  :  hemingway 2000
main line  :  sufix 15 lb
leader  :  bossna DFC Leader 30lb (80% fluorocarbon)
spesis  :  ikan siakap merah/mangrove jack
status  :  Cnr kat kuali dan dijadikan mangrove 3rasa



akhirnya nama dia naik di carta jacpot.hahahaha.
baru turun kali pertama dah naik nama nya.lawan tauke sungguh



sesi memancing kami tamat pada jam 1.45 pagi.misi boleh dikatakan berjaya kerana kelima2 kami tak kumpaw.hahahaha.yang paling besrt ikan farid @ wak berjaya menaiki carta jacpot.walaupun ditempat kedua kami tetap syukur dan gembira.misi berjaya.

apa2 pun saya memang berasa gembira disebabkan semakin ramai rakan2 saya yang berkongsi minat yang sama mcm saya.taklah saya keseorangan lagi memancing.hehehehehe. berjumpa lagi kt dipost yang akan datang.

Assalamualaikum.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan