Ikan Pari Terbesar di Dunia
Korang pernah dapat ikan pari yang bersaiz besar
? Kalau pernah mungkin anda salah seorang yang boleh menandingi Ian Welch
Pemancing dari England yang dikatakan telah memecahkan Rekod memancing Ikan Pari
terbesar di dunia di perairan Sungai Mekong, Thailand. Ikan ini bersaiz 7 kaki
lebar dan 7 kaki panjang dengan ekor penyengat sepanjang 10 kaki. Menurut Ian
Welch ia memerlukan selama 90 minit untuk menewaskan Ikan Pari tersebut untuk
dibawa ke darat dengan bantuan 13 Orang lelaki. Sengatnya sahaja boleh membawa
maut kepada kita contohnya apa yang pernah berlaku kepada Steve Irwin Pengacara
TV Australia yang terkenal dengan keberanian ketika berdepan dengan pelbagai
jenis ikan mahupun haiwan yang merbahaya. Beliau meninggal terkena sengat ikan
pari pada tahun 2006. Dan tidak sah kalau sudah dapat tangkapan kita tidak tahu
mahu masak apa.. Mungkin kalau korang dapat apa resepi yang akan korang masak..
Yum yum.. walaupun saya pun belum pernah dapat tangkapan besar terutamanya ikan
pari, di sini saya akan mengsyorkan masakan Asam Pedas Ikan Pari
.(bila la nak dapat ikan mega mcm ni,dapat pari pun yang kecik,tidak pun dapat ikan tuka.hahaha)
600 gm ikan pari 300 gm
bendir 2 batang serai, dititik 2 kuntum bunga kantan 4 - 6 helai daun
kesum Sedikit minyak untuk menumis Sedikit air asam jawa Garam
secukupnya |
Bahan-bahan digiling halus: 15
tangkai cili kering 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 2.5 sm
halia |
Cara-cara:-
Ikan disiang dan
dicuci bersih. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing.
Kemudian masukkan serai titik. Kacau rata. Masukkan ikan dan air asam jawa.
Kacau rata. Apabila mendidih masukkan bendir, daun kesum, bunga kantan dan
garam. Kacau rata |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan