Bacalah “Hasbunallah Wani’mal
Wakil”,
zikir yang diucapkan oleh Nabi Ibrahim a.s ketika dia dicampakkan ke dalam api
sehingga api itu tiba-tiba menjadi sejuk dan tidak memakar tubuh baginda. “Hasbunallah Wani’mal
Wakil”, dan
inilah jua yang diucapkan
oleh Nabi Muhammad ketika perang Uhud, kemudian Allah pun menolongnya.
Ketika
Nabi Ibrahim a.s diletakkan ke dalam manjaniq, Jibril bertanya kepada; “Adakah
engkau memerlukan aku?” Ibrahim menjawab ;”Aku memerlukan Allah, bukan engkau.”
Laut
yang bersifat meneggelamkan, dan api yang bersifat membakar, tetapi laut itu
boleh menjadi kering, dan api itu boleh menjadi sejuk, disebabkan oleh : “Hasbunallah Wani’mal
Wakil”.
Musa
melihat lautan di depan matanya dan musuh mengejarnya dari belakang. Maka ia
pun berkata:
“Jangan fikir(akan
yang berlaku demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan
pemeliharaan dan bantuanNya), ia menunjukkan jalan kepadaku.”
(Surah Asy-Syu’ara’: Ayat 62)
Maka
dia pun diselamatkan oleh Allah s.w.t.
Disebutkan
dalam Riwayat hidup, baginda Rasul bahawa ketika dia masuk ke Gua Hira’ Allah
kemudiannya menyuruh merpati supaya membuat sarangnya dan labah-labah merajut
jarring untuk menyelamatkan sebaik-baik makhluk Allah. Sesungguhnya lindungan
Allah tidak memerlukan perisai dan tidak pula benteng.
Sekiranya kita ditimpa
pelbagai musibah, dan mengharapkan bantuan dari Allah s.w.t, maka marilah kita
menuturkan kalimah : “Hasbunallah
Wani’mal Wakil”,. InsyaAllah,
Allah bersama dengan makhluk yang sentiasa mengingatiNya.Amin…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan