Selasa, 15 Januari 2013

Ikan pendatang (Kerapu Lombong / Jaguar chiclid (Parachromis managuensis)

 
assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya yang tak seberapa ni.kali ni saya nak share ckit infomasi berkenaan ikan yang saya dapat ketika memancing pada 06/01/2013.khas untuk perkongsian sesama kita.
 
Kerapu Lombong / Jaguar chiclid (Parachromis managuensis)
ni plak kerapu lombong yang saya tangkap.2 gambar ni adalah spesis yang sama


HABITAT ASAL 
Honduras, Nicaragua, Costa Rika & Sekitarnya

PENGENALAN
ikan ini dikenali sebagai kerapu lombong kerana corak pada badannya yang berbintik seakan akan ikan kerapu. Ia merupakan ikan yang berasal dari kawasan amerika tengah dibawa masuk ke negara kita sebagai ikan hiasan oleh penggusaha industri ini. Ia mudah dibiakkan dalam cuaca persekitaran negara kita. Oleh yang demikian, ia mungkin telah terlepas keluar ataupun dilepaskan oleh pemiliknya dan membiak di dalam persekitaran kita.

Ia mudah ditemui di lombong tinggal, tasik dan kolam sekitar lembah kelang, perak dan beberapa tempat lain disekitar semenanjung malaysia.

CIRI CIRI
Tergolong dalam keluarga ciclid dan merupakan spesis pemangsa yang sangat agresif serta 'teritory' terutama ketika mengawan dan mengawal ana
k.Mempunyai bentuk badan dan fizikal seakan-akan ikan kerapu dan berbintik pada seluruh badan serta mempunyai tompok bulat hitam di bahagian tengah badan dari kepala hingga ke ekor. Ikan jantan mepunyai warna biru kejinggan di bahagian atas badan dan kepala manakala bagi ikan betina pula hanya warna putih berbintik hitam pada seluruh badan manakala saiz ikan jantan adalah lebih besar dari ikan betina.

Mampu membesar hingga mencapai panjang badan 21 hingga 24 inci dan jangka hayatnya adalah sekitar 15 tahun.

PEMAKANAN
Merupakan spesis yang kuat makan dan makan utamanya adalah benda hidup seperti anak ikan, anak udang, cacing tanah, serangga dan lain-lain.

PEMBIAKAN
Induk ikan ini akan bertelur pada kawasan rata dan berhampiran batu batu besar.
Jumlah telur yang dihasilkan pada setiap persenyawaan adalah sekitar 500 biji.
Induk jantan akan sentiasa mengawal sarangnya daripada pemangsa lain dan anaknya akan mula menetas dalam tempoh 3 hingga 5 hari.

t/b : sikap ikan ini yang agresif dan kuat makan serta cepat membiak ini boleh mengancam serta mengganggu ekosistem ikan tempatan kita.sama seperti ikan peacock bass. 
hidupan akuatik asal negara
sekiranya tidak dikawal, maka semakin terancam dan hilanglah spesis asal ikan dinegara kita, percayalah....

so, jangan tangkap dan lepas, tangkap dan makan...


.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan