as salam kepada semua pembaca blog saya ni.tahun 2012 telah meninggalkan kita dan sekarang kita didalam tahun 2013.selamat tahun baru saya ucapkan.moga dengan kehadiran tahun baru ini menyemarakan lagi kehidupan dan semangat kita dalam menjalankan kehidupan seharian dan semestinya menyemarakan lagi semangat bagi meneruskan hobi hanyir kita ini........
Pada 01.01.2013(selasa) yang lepas.saya berkesempatan untuk memulakan tahun baru dengan sesi mengilat @ casting.kebetulan pada subuh tersebut saya sekeluarga kena menghantar kakak ipar saya ke lapangan terbang tambang murah (LCCT) kerana dia perlu kembali ke Pulau Pinang atas urusan kerja.sekembalinya dirumah kira2 jam 7.00 am,saya terus mencapai peralatan perang dan terus meluncur pelahan ke tempat yang telah ditinjau pada minggu sebelumnya.Setibanya saya disana saya disambut dengan kemeriahan riak ikan di pemukaan air menyebabkan saya bergegas menyiapkan kelengkapan. lagi pun saya nak menguji peralatan baru yang baru dibeli .Dengan berbekalkan Rod casting Ryobi dipadankan dengan set spining Toman alpha max 2000 dan tali utamanya plak saya menggunakan Ajiking Deep Runner 20lb.Saya terus menguji lapangan.pemulaan saya menggunakan gewang dari bakau day nite hard lure 7cm bagi menduga kolam ni.
Mungkin tuah tahun baru kot,pada balingan ke 3,saya dah dapat strike.strike tak berapa kuat tp oklah ,kiranya lesen tahun baru.perlawanan tidak berapa mengujakan dan tamat dalam masa yang amat singkat. rupanya talapia yang tergoda dengan gelekan gewang saya.saiz pun boleh tahan.kira ok untuk lesen permulaan melangkah ke tahun baru
lesen pertama untuk tahun 2013
selepas mendapat lesen pembukaan,saya meneruskan sesi pemburuan.sebenarnya saya mensasarkan untuk menjerat haruan tetapi hari tu mungkin haruan masih tido sbb cuti tahun baru.heheheheh. agak lama saya menunggu untuk menaikkan ikan kedua sehingga terasa panjang sebelah tangan.hahahaha......hampir setengah jam menunggu akhir nya lesen kedua berjaya didaratkan.sekali lagi talapia yang tertewas.agaknya haruan memang bercuti tahun baru sebab tulah tak da yang nak membaham gewang.kira laku jugak gewang saya ni keranan berjaya mengoda ikan talapia ni.hehehehe
lesen kedua untuk 2013.hasil yang boleh dibanggakan dan boleh dimasuk kedalam kuali.heheheheh
selepas berjaya mendaratkan 2 ekor talapia ni.saya terus bersiap untuk balik kerana cuaca tidak mengizinkan saya untuk mengilat@casting dengan lebih lama.syukur atas tangkapan hari ni walaupun tak seberapa. kiranya pembukaan tahun ni berjaya kerana saya berjaya mengelakan kumpaw.heheheheh.jumpa lagi di post yang akan datang.
as salam......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan