Sebagai pemancing aku juga mempunyai beberapa pantang larangnya. pantang larang yang aku amalkan ini bukan sebagai benda karut marut tetapi sebagai peringatan bahawa kita ini hanya manusia biasa dan perlu menghormati diri sendiri, orang lain, makhluk lain dan juga alam tempat tinggal kita.
1. Jaga Tutur Bicara
Sebagai pemancing perlu menjaga tutur bicara sebelum pergi memancing. Tutur juga merupakan satu doa. jika kita mengharapkan tangkapan yang terbaik, jangan sesekali kita mengungkapkan perkataan yang tidak baik atau carut marut seperti 'celaka', 'hampeh', 'sial', dan lain2 perkara yang tak elok kerana kata2 itu mungkin berbalik kepada kita. Biasanya pemancing berkumpulan selalu bergurau senda dan selalu menggunakan perkataan yang tidak baik akan memberi kesan kepada hasil tangkapan. Wallahualam...
2. Adap dengan makhluk lain
Kita juga perlu menjaga adap dengan makhluk lain. Kita dah niat nak pergi memancing ikan, tetiba kita dapat ikan yang kita tidak mahu, lepaskan balik dalam laut. Ada pemancing yang membiarkan ikan tu mati kering di atas darat. Sebenarnya ikan yang kita ridak mahu itu adalah sebahagian kitaran alam di mana ikan itu di perlukan untuk mengimbangi spisis yang kita hendak.
3. Jaga Kebersihan Tempat Memancing
Kebiasaanya apabila kita memancing akan membawa bekalan makanan yang banyak malah berlebih-lebih seperti pergi berkelah. Maka, banyak sampah yang dihasilkan. Ramai pemancing yang mencampak ke mana sahaja yang mereka suka kerana memang tak ada orang yang nak larang pun. Sebagai pemancing kIta perlu ada kesedaran bahawa kit a sendiri yang merosakan tempat atau lapangan memancing. Bila keadaan dah teruk, kita selalu menuding kepada orang lain.
4. Jaga Keselamatan
Memancing ni dah macam aktiviti outdoor yang berisiko tinggi. Bayangkan lah, ada orang sanggup meredah hutan, paya dan gunung tak kira siang dan malam untuk memancing. Maka, keselamatan perlu diutamakan dengan mengambil kira langkah2 keselamatan seperti alatan keselamatan, komunikasi, dan peti bantu mula. Jadikan amalan apabila pergi memancing sentiasa berteman dan bukan berseorangan.
5. Keluarga
Apabila kita keluar memancing, selalunya pemancing akan meninggalkan rumah dan keluarga untuk satu tempoh yang lama mungkin sehari, 2 hari atau lebih. Sebaik-baiknya kita selesaikan urusan rumah tangga dahulu supaya tidak timbul masalah di belakang hari. Selain itu, jika kita telah menyelesaikan urusan rumahtangga terlebih dahulu, aktiviti memancing akan lebih seronok.
6. Peralatan
Jika kita pergi memancing tetapi apabila sampai di tempat memancing, baru kita teringat bahawa kita terlupa membawa mata kail dan ladung. Cuba bayangkan, sudah tentu aktiviti memancing tak dapat diteruskan. Sebelum bertolak, kita mesti memastikan peralatan yang hendak dibawa supaya tidak tertinggal.
7. Kenderaan
Semasa aktiviti memancing, kebiasaannya pemancing meninggalkan kenderaan. Tak kisahlah di mana sahaja. Kita perlu mengambil kira keselamatan kenderaan supaya apabila pulang dari memancing, kita tak mahu tengok apa yang dah berlaku kepada kenderaan kita. Dah banyak kali saya tengok kereta pemancing kena pecah dan ini amat menyedihkan.
jika ada tip2 yang baru akan saya tambah lagi dalam blog ini. apa yang saya tulis ni sebagai panduan berdasarkan pengalaman sahaja dan bukan dari mana2 rujukan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan