Hari ni sy nak berkongsi sikit berita dalam dunia pancing ni.tp berita buat sy jeles tahap gaban.hehehehe.bukan apa.menurut berita ni,penama(dalam gambar diatas) baru kali pertama memancing.Dah le kali pertama,naik ikan pecah rekod plak tu.(tak patut-tak patut*ayat karton Boboboy).Rezeki dia.apa2 pun kwn2 baca berita kat bawah ni ye.
Seorang pemancing bertuah mencipta rekod menangkap ikan kod terbesar di Selat Inggeris, lapor media semalam.Lebih menarik, Chris Proctor melakar kejayaan itu dalam percubaan pertamanya memancing.
Menurut Proctor, 31, mula-mula dia menyangka mata kailnya tersangkut pada bangkai kapal kerana berat beban pada jorannya.
“Hanya selepas kekili saya berpusing ligat, barulah saya sedar sebenarnya ada ikan memakan umpan,” katanya.
Proctor bertungkus-lumus 30 minit sebelum ikan berkenaan berjaya ditewaskan.Dengan bantuan rakannya, Proctor mengangkat ikan berkenaan ke dalam bot.
Selepas dibawa ke darat dan ditimbang, ikan itu didapati seberat 19.9 kilogram, mengatasi rekod sebelum ini, 15.9 kilogram yang dicatat pada 2000.
Ikan kod Proctor dianggar bernilai RM1,500 jika dijual.Berasal dari Stokr Gabriel, Proctor berkata, dia nyaris tidak menyertai rombongan itu kerana terlalu banyak tugas perlu dibereskan.“Nampaknya, ajakan rakan-rakan memang berbaloi,” katanya.(kena racun rupanya dia ni.heheheh)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan