ikan pertama yang berjaya sy tangkap menggunakan teknik Mengilat @ Casting,
Balingan pertama sy menggunakan gewang yang pertama kali mencecah air dan set casting yang baru kali pertama dicuba.dan hasilnya seekor PB(peacock bass)@ikan Raja
assamualaikum semua.hari ni sy nak berkonsi sedikit cerita berkaitan tajuk diatas.bukan maksud nak menipu sesama manusia tp menipu ikan.dengan kata lain memancing dengan kaedah casting.
Tidak dinafikan, pancingan gewang merupakan sektor yang paling cepat berkembang dalam dunia memancing hari ini. Semuanya kerana menangkap ikan dengan gewang dinobatkan satu keseronokan yang muktamad.
Arena ini juga merupakan satu aktiviti pemburuan yang mencabar, aktif, tidak kotor, tidak berbau dan tidak perlu kerja keras (tak perlu susah payah cari umpan). Bahkan, ikan yang ditangkap selalunya tercangkuk di mulut atau bibirnya. Oleh itu, 'tangkap dan lepas' tidak memudaratkan.
Namun begitu, ramai orang masih memandangnya sebagai satu bentuk seni yang gelap dan misteri. Mereka kata, sukar beroleh kejayaan dengan menggunakan umpan tiruan ini. Saya sendiri bertemu ramai pemancing yang bertanya, "Mengapa saya tak pernah dapat ikan dengan gewang?" Justeru, artikel ini adalah untuk golongan berkenaan, dan juga sebahagian dari kita yang mahu memperbaiki hasilnya dalam arena menggewang.
Bercakap Bohong
Gewang dianggap satu bentuk penipuan oleh pemancing terhadap ikan. Semakin kuat pembohongnya, semakin tinggilah mangsa terpedaya. Tujuan saya menulis ciri-ciri ini adalah untuk merubah anda menjadi raja penipu ikan yang lebih handal.
Untuk menjadi penggewang yang handal, gewang anda hendaklah kelihatan dan beraksi lebih menggoda apabila berada di dalam air. Kadangkala ilmu menipu ikan supaya menggigit gewang tidak berkaitan dengan meniru keadaan sebenar (Terubuk MFC, 2009).
So, harap information ni dapat membantu mekeme2 sekalian.. kalau gewang mahal skalipun, tapi teknik tak betul , tak boleh jugak.. semua ni begantung pada pemancing itu sendiri.. bak kata member sy Muhd Redzuan@mamat (sifu sy merangkap ahli sibufishingclub*kalau nak kenal Klik Sini) kalo nak tackle ikan, kena tau nak padankan antara gewang, reel & rod supaya aksi gewang tu menjadi.

apa2pun harap sedikit info ni boleh membantu kawan2 semua.sy pun budak baru blajar.kalau kawan2 da ilmu harap boleh kongsi dengan sy.
jumpa dipost akan datang, Assalamualaikum
ikan haruan ini pun tertipu dengan teknik ni.hehehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan