Khamis, 9 Ogos 2012

ikan Pendatang (PeaCock BasS Gitar)


Peacock bass adalah nama umum dalam bahasa Inggeris untuk kumpulan spesis yang berkait rapat bagi ikan air tawar tropika dari genusCichla yang berasal dari lembangan Sungai Amazon di Amerika Selatan dan ia juga turut menghuni sebahagian perairan di Amerika Tengah.




Atas faktor bawaan masuk manusia - sama ada ia telah diperkenalkan atau telah disengajakan, ia juga telah memasuki sebahagian dari Amerika Utara (sebahagian Amerika Syarikat) serta terdapat juga di Selatan Asia sehingga ke sebahagian Asia Tenggara. melalui penulisan ini, ia akan hanya memfokus kepada spesis peacock bass - cichla monoculus, yang dipercayai telah tersebar luas di malaysia terutama di perairan lembah kinta.



Nama
Peacock Bass
Nama saintifik
(Cichla monoculus)
Nama Inggeris
Peacock bass
Keluarga
Persekitaran
Air tawar – tasik dan bekas lombong tinggal serta sungai kecil di kawasan sekitarnya.
Iklim/taburan
Tropika 25°C - 28°C
Edaran
Sekitar lembangan Sungai Amazon, - ia adalah kawasan asal untuk kumpulan spesis dari genus chichla ini, iaitu yang berada di Amerika Selatan dan turut berada di Amerika Tengah.
Penerangan ringkas
Mempunyai badan yang bersisik berwarna kuning dan kehijauan dengan tiga bar berwarna gelap menegak pada bahagian belakang badan. Juga terdapat bintik-bintik gelap pada bahagian badan yang berwarna kuning kehijauan itu. Kehadiran bar amat ketara pada spesimen yang lebih besar. Terdapat warna jingga pada bahagian bawah rahang, sekitar sirip pevik, sehingga ke bahagian bawah abdomen. Mempunyai rahang yang luas dan terdapat tanda bulat berwarna kuning seakan mata seperti pada bulu ekor merak (di kawasan pangkal sirip kaudal yang berbentuk bulat)
Diet
Piscivore - pemakan ikan
Teknik pancingan
Mengilat (casting), menunda (trolling), layang (fly), dasar (bottom) dan menghanyut (drift)
Umpan pancingan
Umpan semulajadi - anak ikan, metazoa seperti cacing dll..., artropoda seperti anak udang, belalang, cengkerik dll...
Umpan tiruan - crankbait, jig, top water, soft plastic, spinerbait, spoon dan fly.
Rekod Dunia I.G.F.A.
Kategori All Tackle
Berat: 10 paun 1 auns (4.58kg)
Tempat Pancingan: Gatun Lake, Panama
Tarikh Pancingan: 03/03/2002
Pemancing: Horacio A. Clare, III



Umum telah mengetahui bahawa peacock bass bukanlah dari spesis ikan bass sebenar seperti largemouth dan smallmouth bass (Micopterus Sp.) yang terdapat di sekitar Amerika Utara. Peacock bass adalah salah satu spesis dari genus cichladalam keluarga Cichlidae iaitu spesis ikan air tawar tropika. Ia adalah ikan yang sangat terkenal di sekitar lembangan Sungai Amazon dan menjadi buruan pemancing kerana kehebatannya yang menghentam umpan dipermukaan air. Malah, ia juga direkodkan mampu untuk meluruskan mata kail biarpun purata berat yang mampu di capai bagi spesis yang digelar ‘Gamefish of Amazon’ ini adalah diantara 8 hingga 12 paun sahaja. Walaupun begitu, ada juga yang mendakwa ia mampu mencapai berat timbangan sehingga 20 paun!


Bila berbicara tentang peacock bass ini, kita di Malaysia ini tidak dapat lari daripada kontroversi yang pernah melanda semenjak kehadirannya pada pertengahan tahun 90an. Ada yang menyokong dan tidak kurang pula yang membantah kemasukkan spesis yang sememangnya mahu hidup di air yang tenang ini. Kebimbangan pemancing di negara kita berasaskan kebolehan spesis ini untuk mengambil alih penempatan ikan-ikan pemangsa semulajadi seperti sebarau dan toman. Berbeza dengan negara jiran kita Singapura, kehadiran peacock bass di sana lebih dialu-alukan kerana mereka tidak perlu bersusah payah lagi untuk mencari ikan pemangsa dalam negara yang sangat kecil itu. Apa pun kontroversi tentang peacock bass ini, yang nyata dan pasti ia telah berkembang biak dengan subur di negara kita yang tercinta ini khususnya di perairan sekitar Lembah Kinta!


Terdapat kira-kira 15 spesis peacock bass di dunia yang telah dikenal pasti, manakala terdapat 2 spesis lagi yang masih dalam proses identifikasi. Peacock bass dari spesis Cichla monoculusadalah yang telah dikenal pasti paling banyak telah membiak di negara kita. Walaupun begitu, terdapat sesetengah pemancing ada yang mendaratkan peacock bass ini dari spesis yang lain, namun bilangannya adalah terlalu kecil. Ia kini boleh dipancing dengan hampir apa sahaja teknik pancingan, dari teknik pancingan dasar (bottom fishing)hingalah kepada teknik mengilat (casting).Awal pagi adalah antara waktu terbaik untuk mendaratkannya dan apabila menjelang tengah hari ia mula bersembunyi di bahagian yang teduh. Namun begitu, jika menggunakan menggunakan teknik mengilat (casting) cuba ubah umpan kepada jenis selama
Keseluruhannya boleh dikatakan bahawa peacock bass ini adalah spesis yang hebat dari segi tentangnya dan mempunyai nilai sebagai ikan sukan. Biar pun saiz terberat untuk rekod dunia I.G.F.A. bagi spesis ini ialah 10 paun 1 auns (4.58kg) tetapi pengunaan peralatan lightmahupun ultralight tackle dilihat adalah lebih sesuai di negara kita berdasarkan saiz purata yang biasa didaratkan.
Sesungguhnya walaupun peacock bass ini bukan dari spesis ikan tempatan, sebagai pemancing tentunya kesempatan ini telah diambil untuk menduganya. Ini bukanlah bermakna kehadirannya disokong tetapi ia ibarat "nasi sudah menjadi bubur" apabila ia telah berkembang biak terutama di kawasan Lembah Kinta ini. Apa yang boleh kita lakukan? Mungkin mengawalnya dari memasuki perairan terbuka sahaja lagi tindakan yang kita tinggal selain dari menjadikannya hidangan menu istimewa yang siap sedia untuk dimakan. Adalah menjadi harapan supaya ia tidak dilepaskan diperairan lain selain dari kawasan Lembah Kinta dan sekitar selangor supaya tidak menganggu ekosistem ikan tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan