Rabu, 26 Disember 2012

bestnya part5


ikan tapah terbesar




Ini adalah ikan jenis tapah atau catfish yang paling besar yang pernah tertangkap oleh pemancing atau nelayan. Paling tidak hingga saat ini.

Tangkapan “Ikan Monster” ini telah memecahkan rekod tangkapan ikan tapah terbesar yang pernah tercatat di benua Eropa.

Dengan berat 8.2 ft (kaki) yakni 2.7 meter dan berat yang mencapai 250 pounds bersamaan 140 kilogram, “Ikan tapah Monster” ini memerlukan waktu 45minit untuk ditarik ke tepi sungai

Seorang pemancing professional yang bernama Roberto Godi yang berjaya menangkap monster ini berkata bahwa dia hampir tertarik ke dalam air ketika ikan tersebut memakan umpannya.

Diceritakan lagi bahwa “pertempuran” yang cukup hebat dengan ikan tersebut membuat beberapa orang yang berada di dekat Godi segera datang membantu untuk menarik ikan tersebut ke permukaan air.

Hari itu tercatat sebagai rekor tertangkapnya ikan tapah terbesar yang pernah ada di benua Eropa, dikatakan bahwa hari itu juga memecahan rekor dunia untuk species ikan tapah besar yang pernah ada. Rekod ini mematahkan rekor sebelum ini yang pernah tercatat tangkapan ikan tapah seberat 246 pounds oleh seorang pemancing berkebangsaan Prancis yang bernama Christophe Dubreuil di sungai Ebro di Spanyol.


Alberto Bartoli, kapten kapal yang bersama dengan Roberto Godi, mengatakan : “Pada awalnya kami kira ini hanya ikan yang tidak terlalu besar, namun ketika melihat tekanan-tekanan dan perlawan-perlawanan yang kami hadapi, baru kami yakin kalau ini adalah ikan yang sangat-sangat besar. Kami memerlukan waktu sekitar 45 menit untuk menaklukan ikan ini, dan Anda pasti tahu kalau itu pastilah merupakan “pertempuran” yang hebat.”

Tambahnya lagi,” Saya tidak pernah merasakan sebegitu bahagia seperti saat ini, dan ini merupakan ikan yang paling tanggu yang pernah kami tangkap, kami juga cukup puas ikan ini dapat kami tarik ke permukaan tanpa harus terluka parah”.

Simon Clarke, seorang sekretaris dari Catfish Conservation Group, memperkirakan kemungkinan “IKAN LELE MONSTER” ini berusia dia antara 20 hingga 30 tahun. Simon berkata: “Ikan ini adalah ikan tapah paling besar yang pernah saya lihat. Namun saya meyakini mungkin di dalam sana masih ada beberapa ekor ikan yang seperti ini, namun mungkin tidak akan berbeda secara signifikan untuk ukuran dan beratnya dengan ikan yang tertangkap sekarang ini”.

Jumaat, 14 Disember 2012

aktiviti dimusim hujan

Assalamualaikum kepada semua.
lama gak tak update blok sy ni.dah naik bersawang dah.hehhehhe.bukan apa.hujung tahun ni bz ckit dengan kerja dan anak plak ada masalah kesihatan sikit.tp syukur alhamdullillah semua telah selesai.lagipun sy takde merancang apa trip hujung tahun ni disebabkan kekangan kewangan dan musim hujan.jadi jalan penyelesaian utk menghilang gigil ditangan adalah dengan memburu haruan.heheheheheh

pada bulan 11 yang lepas sy ada membeli gewang katak jenama mazzy frog.sy tak pernah lagi menjumpai jenama ini apatah lagi menggunakannya ,jadi sy mengambil keputusan utk membeli dan mencubanya.kebetulan sy ada menjumpai kawasan yang boleh dianggap berpotensi untuk menjerat haruan ni.disini sy sertakan hasil tangkapan menggunakan katak mazzy frog ni


ni lah gewang mazzy frog yang saya katakan.kredit sy berikan kepada
gewang ini kerana struktur badannya yang sesuai dan lembut

 
berjaya melesenkan mazzy frog.hehehehe.tangkapan pertama menggunakan gewang ni
 
ni plak mangsa yang kedua pada pagi sabtu yang ceria tu
 
 
ni plak mangsa yang terjerat pada sebelah petang.time bawa family jalan2 sempat gak casting kejap.hehehehe

rumusan yang boleh sy buat gewang katak mazzy frog ni memang terbaik jika kena pada aksi yang digunakan kerana gewang ni bukan seperti gewang katak yang biasa kerana mazzy frog ni jenis yang tenggelam. dipadankan dengan mata kail yang baik dan struktur badan yang lembut membuatkan haruan sukar melepaskan diri bila termakan gewang ini.apa2 pun semua bergantung dengan rezeki yang Allah berikan.jika memang dah tertulis tu rezeki kt .in saa Allah kt dapat lah rezeki tersebut.

ok.sekian saja nukilan saya kali ni.jumpa lagi kt dipost yang akn datang

Assalamualaikum.

Jumaat, 16 November 2012

BEST NYE PART 4

Lelaki Tangkap Belut Gergasi

DEVON: Seorang pengail, Andy Parker berjaya menangkap seekor belut seberat 43 kilogram di perairan Britain. Dia berjuang selama 40 minit untuk menarik naik haiwan itu ketika memancing kiar-kira 35 batu di perairan Torquay, di Devon.

Batang kailnya melendut sebaik belut berkenaan memakan umpan dan cuba untuk melarikan dirinya ke dasar laut. Parker, 42 dari Huddersfield, barat Yorks, berkata: “Ia bagaikan perlawanan tinju. Ia adalah belut terbesar yang saya pernah lihat apalagi menangkapnya.

“Kami seolah-olah tidak percaya dengan saiznya. Ia kelihatan seperti makhluk dasar laut dalam filem seram,” katanya. Parker dan rakannya menaikkan haiwan berukuran 17 kaki itu dan merakam hasil tangkapannya itu sebelum melepaskan ia semula ke laut.

“Memang sangat sukar untuk menangkapnya tetapi berbaloi akhirnya,” katanya. Rekod belut terbesar pernah ditangkap di perairan Britain adalah 60 kilogram dan ditangkap oleh Vic Evans pada 1996 di Brixham, Devon. - TS
 
 
*HUYOO.........best giler dapat ikan besar2 mcm ni tp sedap ke belut ni.yg saya penah mkn belut sawah je tu pun sebab kesihatan.hehehe.kalau saya yg dapat belut besar ni comfirm saya dah cabut dah.hahhahahahah
(sumber-Harian metro dan kartikel.com)

Khamis, 25 Oktober 2012

Lain dicari Lain yang dapat

assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
hari ini saya nak kongsi pengalaman yang lucu memancing minggu lepas.lain yang dicari lain yang lekat.hahahahahah

pada sabtu yang lepas,saya berpeluang utk casting di area taman bunga raya di sepang,kebetulan ada masa terluang jadi sy terjah jelah.tanpa sebang persiapann yang rapi, sy terus mencapai peralatan perang yang sentiasa dalam keadaan sedia distor umah sy. dengan menunggang kuda liar EX5,dalam masa kurang dari 10minit sy tiba ke destinasi.setibanya sy ke destinasi saya terus memulakan acara casting. tp yang sedihnya takde sambutan biar pun tangan dah naik lenguh dan berkali2 menukar gewang. kelihatan banyak anak  ikan talapia bermain dipemukaan air dan mungkin ini menyebabkan ikan haruan yang jd buruan sy agak culas dengan gewang.sebelum ni mesti ade je haruan terpikat dengan gewang sy ni.setelah hampir sejam casting,sy ambik keputusan utk balik.tp tak semena2 ,terasa rod disentap ikan dan dengan pantasnya sy buat hook up.takde perlawanan yang hebat kerana ikan ni mengikut sahaja.bila berjaya didaratkan,rupanya yg  terkena adalah ikan bandaraya.kalau kat sarawak ikan ni dipangil ikan DBKU(dewan bandaraya kuching utara)hahahahha.
mata kail yang tersangkut kat mata ikan ni.kejadian yang tak disangka.heheheh
 
betul2 masuk kat dalam mata ikan ni mata kail tu
 
saiz ikan yang diperolehi.heheheheh
 
 


rupanya mata ikan tu tersangkut kat mata kail gewang yg sy gunakan.hahahaha.jd lah dari tak kumpau. dalam banyak2 ikan kat situ,ikan tu je sudi.tu pun secara tak sengaja. ikan tu selamat dilepaskan kembali kat habitatnya.bukan boleh makan pun.nak simpan takde aquarium.jadi penyelesaiannya CNR je lah. disini sy sertakan sedikit maklumat mengenai ikan bandaraya ni.


Ikan Bandaraya @ Ikan Cuci Cermin / Suckerfish / armoured catfish (hypostomus plecostomus)

HABITAT ASAL - Amerika Selatan

PENGENALANIkan ni tergolong dalam famili loricariidae dan sangat terkenal dalam dunia akuatik dimana ia dianggap sebagai salah satu spesis pelengkap kitaran akuarium yang berfungsi sebagai pemakan alga pada dinding akuarium. Spesis ini dipercayai dibawa masuk ke negara kita seiring dengan peningkatan dan minat orang ramai terhadap hobi membela ikan hiasan.

Ia kelihatan comel ketika kecil iaitu ketika berukuran 2 hingga 5 inci. Tetapi apabila ia semakin besar, kebanyakan pemiliknya melepaskan ikan ini ke sungai, kolam dan lain-lain.

Ikan ini tidak boleh dimakan kerana ia mempunyai kadar toksin yang tinggi dalam badannya dan oleh sebab demikian ia mampu hidup didalam persekitaran air yang mempunyai kadar pencemaran yang tingggi.

Kini ia boleh ditemui di hampir kesemua jaringan sungai, lombong tinggal, tasik dan kolam seluruh negara.


CIRI CIRI
Boleh membesar hingga 18 inci (46 cm) dan menpunyai jangka hayat sehingga 10 hingga 15 tahun. Mempunyai kulit badan yang keras, warna hitam berbintik putih diseluruh badan dan mulut di bahagian bawah badan. Bentuk badan hampir menyamai ikan dalam keluarga 'catfish'.
Tiada perbezaan jelas antara ikan betina dan jantan.

DIET
Memakan alga yang tumbuh pada batu, kayu dan lain lain struktur dalam air.

SIFAT
Secara amnya ikan ini bersifat lemah lembut tetapi ia kekadang sedikit agresif terutamanya terhadap spesisnya sendiri.
Satu tabiat buruk ikan ini adalah ia akan menggali banyak lubang pada tebing sungai untuk pembinaan sarangnya bagi tujuan pembiakan.
Menurut
Global Enviroment Centre, ikan ini menjadi ancaman utama terhadap Sungai Klang di mana kejadian tebing sungai runtuh sering dilaporkan berlaku.


jgn ada kekawan aku terfikir nak makan ikan ni sudah,nanti berbuih plak mulut.heheheheheh
dikesempatan ini sy ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adhdan sesiapa yang balik ke kampung tu ,memandulah berhati2 moga selamat sampai ke destinasi.
jumpa lagi di coretan akan datang.assalamualaikum

Jumaat, 19 Oktober 2012

lesen pertama casting di sibu, sarawak

CASTING HARUAN DI SIBU,SARAWAK


salam kepada semua pembaca
post kali ni sy nak bekongsi mengenai pengalaman saya memancing haruan di kampung halaman isteri saya pada cuti raya yang lepas.ini merupakan kali pertama saya saya memancing disibu walaupun saya dah berkahwin selama 3 tahun.

Bandaraya sibu

Bandaraya sibu terletak kira2 7 jam perjalan dari bandar kuching.(jauhkan jarak kampung saya n isteri saya.heheheh).Bandar sibu mempunyai pemukaan tanah gambut menyebabkan kawasan nya menjadi habitat kebanyakan ikan darat terutamanya haruan.Selain itu bandaraya sibu juga popular dengan cerita pahlawan yang bernama ROSLI DHOBI. disini saya paparkan antara mercu tanda daerah sibu

pintu gerbang sibu,kalau masuk ke daerah sibu akan jumpalah pintu gerbang ini
 

pahlawan kemerdekaan sarawak yang berasal dari sibu, ROSLI DHOBI
 

Pada hari raya ke 5(23/8/2012),saya berkesempatan utk casting setelah 2hari mencari tempat yang sesuai utk menjerat haruan @ snakehead ni.tempat plak tak jauh dari rumah mertua saya.nak cari tempat yang lain tak tau jalan dan member plak masih di kuching beraya. nak tak nak,tangan dah gigil,saya bersama anak saudara teruskan misi memburu haruan ni walaupun tak tau tempat tu berpotensi ke tak. tepat jam 4 petang saya dan anak saudara terus memecut laju membelah angin dengan memggunakan kuda liar skuter ke tempat memancing tadi.setibanya ditempat itu saya terus casting menggunakan senjata perang yang dibekalkan khas dari sepang.hehhehehe, saya menggunakan rod ryobi 10-22 lb,main line 20 lb dan kekili ajiking airmax 2000. pelurunya plak sy menggunakan gewang nite lure bakau berwarna putih. anak saudara sy plak menggunakan rod jenama ormer 7-18 lb,main line 15 lb dan kekili jenama toman. gewang plak sy pinjamkan jenama strike pro trailer
 
5 minit pertama tiada sambar atau riak ikan bermain tp tidak mematahkan semangat kami berdua.tp bila dah 15 minit menunggu, semangat kami mula luntuk kerana tiada sambaran tetapi tidak lama kemudian anak saudara saya mendapat strike pertama.ikan haruan telah berjaya dinaikkan(lawan tauke dia ni).dia dah dapat lesen,padahal dia baru kali pertama casting.saya terbakar kerana belum mendapat lesen lagi ni.
 
tangkapan pertama dalam dunia casting.lesen pertama anak saudara saya buat saya terbakar kerana dia lawan tauke.hahahahaha
 
tak berapa lama selepas tu dengan hati yang terbakar kerana telah didahului,saya mula mendapat lesen.ikan dikawal dengan berhati2 takut rabut.kalau rabut jawab nya kena gelak lah saya.akhir nya lesen pertama haruan sibu saya berjaya daratkan
 


akhirnya,lesen pertama haruan disibu.bila ada lesen, muka pun ada senyum.hehehehe
 
 
setelah berjaya mendapatkan lesen,semangat saya terus berkobar2 utk menjinakan haruan disitu.gewang masih dikekalkan dan saya teruskan pencarian ikam pemangsa ini.selepas tangkapan pertama,sy mendapat beberapa strike tetapi rabut.tak tau la mana silap nya.setelah 2 ke 3 kali insiden rabut berlaku,sy telah mendapat satu strike yang agak kuat.perlawanan dijalankan dengan berhati2 kerana takut insiden rabut berulang.kalau rabut lagi alamat terbakar jiwa ni.hehehehehe.dan akhir nya haruan kedua saya berjaya daratkan.saya mendapat kepuasan tahap maksima kerana berjaya mendahului dan tak kalah kepada pendatang baru iaitu anak saudara saya(kalau dia dapat banyak,malu beb....hehehehe).
 
 
 
lesen merangkap tangkapan ke2 saya.senyuman semakin lebar.hehehehe
 
sesi ditamatkan sejurus saya mendapat haruan ke2.kepuasan jelas terpapar di muka masing2 kerana misi hari ni berjaya dan saya tak dikalahkan oleh pendatang baru dalam duani casting ni.hehehehehe. ikan dibawa balik utk diberi kepada isteri adik ipar saya yang baru saja bersalin.dalam kt menjalankan aktiviti dunia hanyir ni,sekira nya ikan tersebut boleh membantu dari segi perubatan ,apasalahnya kt membantu,betul tak.lagi pun saya tak makan ikan haruan.kalau dapat pun sebelum ni saya akan sedekahkan kat sapa yang memerlukan or CNR je.
 
tempat ni saya akan datang lagi sekiranya berkesempatan dilain hari.mungkin saya akan terjah bersama2 dengan member dari sibu fishing club  .berjumpa lagi kita dipost yang akan datang
 
salam

Selasa, 16 Oktober 2012

perkongsian utk sesama muslim


"HASBUNALLAH WANI'MAL WAKIL"

Bacalah “Hasbunallah Wani’mal Wakil”, zikir yang diucapkan oleh Nabi Ibrahim a.s ketika dia dicampakkan ke dalam api sehingga api itu tiba-tiba menjadi sejuk dan tidak memakar tubuh baginda. “Hasbunallah Wani’mal Wakil”, dan inilah jua yang diucapkan oleh Nabi Muhammad ketika perang Uhud, kemudian Allah pun menolongnya.
Ketika Nabi Ibrahim a.s diletakkan ke dalam manjaniq, Jibril bertanya kepada; “Adakah engkau memerlukan aku?” Ibrahim menjawab ;”Aku memerlukan Allah, bukan engkau.”
Laut yang bersifat meneggelamkan, dan api yang bersifat membakar, tetapi laut itu boleh menjadi kering, dan api itu boleh menjadi sejuk, disebabkan oleh : “Hasbunallah Wani’mal Wakil”.

Musa melihat lautan di depan matanya dan musuh mengejarnya dari belakang. Maka ia pun berkata:

“Jangan fikir(akan yang berlaku demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemeliharaan dan bantuanNya), ia menunjukkan jalan kepadaku.”

(Surah Asy-Syu’ara’: Ayat 62)
Maka dia pun diselamatkan oleh Allah s.w.t.

Disebutkan dalam Riwayat hidup, baginda Rasul bahawa ketika dia masuk ke Gua Hira’ Allah kemudiannya menyuruh merpati supaya membuat sarangnya dan labah-labah merajut jarring untuk menyelamatkan sebaik-baik makhluk Allah. Sesungguhnya lindungan Allah tidak memerlukan perisai dan tidak pula benteng.
Sekiranya kita ditimpa pelbagai musibah, dan mengharapkan bantuan dari Allah s.w.t, maka marilah kita menuturkan kalimah : “Hasbunallah Wani’mal Wakil”,. InsyaAllah, Allah bersama dengan makhluk yang sentiasa mengingatiNya.Amin…

Jumaat, 12 Oktober 2012

Casting di Semenyih

salam semua
post kali ni sy nak kongsi pengalaman memancing disemenyih,selangor.pada bulan 5 or 6 yang lepas,pejabat sy telah diarahkan untuk mengadakan kem motivasi untuk sekolah2 menengah disekitar sepang. kem itu dijalankan di salah satu kem disemenyih(nama kem tak ingat)selama 3hari 2malam.saya adalah salah seorang urusetia program tersebut.

disebabkan kem tersebut ada kolam utk aktiviti air.dengan autoatiknya sy terus membawa set casting saya(dah nama pemancing,mana2pegi pun pancing akan dibawa.hahaha). aktiviti itu dijalankan bila tugas saya selesai,jadi pada petang hari ke 2 disana sy telah memulakan aktiviti saya bersama dengan seorang rakan.saya lebih menggunakan gewang minnow jenama hinomia kerana saiznya yang kecil.sy tak mensasarkan apa2 tangkapan janji ada lesen.hhehehehehe.disini sy nak share gambar hasil tangkapan saya dan rakan.

antara hasil casting saya pada petang tersebut,belida pun ada.hehehehe
 
 
bersama dengan rakan sepejuangan.tp hasil dia tak masuk dalam gambar.hehehehe
 
ikan terbesar.ikan haruan ni seberat 2.2kg.tu je yang paling besar yang terpedaya dengan gewang
 
casting disana memang terbaik cuma saiz yang boleh dibanggakan agak berkurangan,tp belida tu selamat dah digoreng utk dibagi dengan kucing,heheheheh.dah haruan plak selamat dimasak gulai lemak cili api.terima kasih kepada member yang menjadi tukang masak utk memasak ikan haruan ni. jumpa lagi dipost akan datang.
salam......


 

Rabu, 10 Oktober 2012

BESTNYE.part3

Ikan Pari Terbesar di Dunia



 
Korang pernah dapat ikan pari yang bersaiz besar ? Kalau pernah mungkin anda salah seorang yang boleh menandingi Ian Welch Pemancing dari England yang dikatakan telah memecahkan Rekod memancing Ikan Pari terbesar di dunia di perairan Sungai Mekong, Thailand. Ikan ini bersaiz 7 kaki lebar dan 7 kaki panjang dengan ekor penyengat sepanjang 10 kaki. Menurut Ian Welch ia memerlukan selama 90 minit untuk menewaskan Ikan Pari tersebut untuk dibawa ke darat dengan bantuan 13 Orang lelaki. Sengatnya sahaja boleh membawa maut kepada kita contohnya apa yang pernah berlaku kepada Steve Irwin Pengacara TV Australia yang terkenal dengan keberanian ketika berdepan dengan pelbagai jenis ikan mahupun haiwan yang merbahaya. Beliau meninggal terkena sengat ikan pari pada tahun 2006. Dan tidak sah kalau sudah dapat tangkapan kita tidak tahu mahu masak apa.. Mungkin kalau korang dapat apa resepi yang akan korang masak.. Yum yum.. walaupun saya pun belum pernah dapat tangkapan besar terutamanya ikan pari, di sini saya akan mengsyorkan masakan Asam Pedas Ikan Pari.(bila la nak dapat ikan mega mcm ni,dapat pari pun yang kecik,tidak pun dapat ikan tuka.hahaha)
600 gm ikan pari
300 gm bendir
2 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kantan
4 - 6 helai daun kesum
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
Bahan-bahan digiling halus:
15 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 sm halia
Cara-cara:-

Ikan disiang dan dicuci bersih. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing. Kemudian masukkan serai titik. Kacau rata. Masukkan ikan dan air asam jawa. Kacau rata. Apabila mendidih masukkan bendir, daun kesum, bunga kantan dan garam. Kacau
rata

Selasa, 2 Oktober 2012

siakap mega

salam kepada semua

dah naik bersawang dah blog ni sebab lama tak diupdate.bukan pa,puasa lepas tu bz beraya dikampung saya disarawak.sempat gak lah memancing udang dan casting haruan sepanjang di sarawak.laporannya akan dipost bila ada kelapangan.seperti yang dijanjikan pada post yang lepas,sy akan buat sedikit laporan berkenaan kejayaan sy menaikan siakap bersaiz mega.heeheheheh.

Sebelum puasa lepas,disebabkan boring tahap gaban n tiada nya team EPL sy bermain disebabkan season dah habis,sy pun terus buat keputusan utk memancing siakap kat kolam air masin nilai.pada mulanya berat gak hati nak pergi sebab petangnya hujan dan dengan yakinnya air kolam tu menjadi sejuk,dan semestinya ikan menjadi pasif,tp disebabkan dah gian n tangan dah mengigil nak memancing sy teruskan niat tu.berbekalkan senjata perang iaitu rod casting RYOBI 10-22 Lb,line 25 lb,tali perambut 50Lb dan mata kail jenama daici dan ditemani adik,sy terus pergi menyerang kolam tersebut.

Selesai membayar deposit dan membeli udang hidup(bapak punya mahal,rm1 seekor)sy terus memancing,tetapi perkara yg ditakuti telah menjelma.sepanjang 2jam 45minit tiada terus ketukan atau ikan membaham umpan saya walaupun mcm2teknik digunakan(bottom,casting udang hidup n udang kopek).sy hanya berserah n menukar ke teknik pelampung memandangkan masa tinggal 15 minit sahaja.Akhirnya masa yg ditunggu telah tiba betul2 10minit sebelum masa memancing tamat.
Adik saya yg memerhati pelampung tiba2 menjerit mengatakan pelampung dah tenggelam dan dengan pantas saya mencapai rod dan menegangkan tali bersedia membuat sentapan.dalam kiraan 2saat sy terus membuat sentapan dan ikan itu terus merempit sehingga tali mencurah2 keluar walaupun drag dah diketatkan sehingga maksimum.sy amat berterima kasih kepada pemancing lain dikolam itu kerana amat memahami dan bertolak ansur kerana sudi mengangkat pancing bagi membagi laluan sy menhayati perlawan dengan ikan tersebut.perlawanan berlangsung lebih kurang 8 ke 10 minit dan sy amat terkejut bila nampak saiz ikan yg tertewas itu.setelah berjaya mendaratkan ikan tersebut sy terus kekaunter untuk menimbang ikan tersebut.(mana tau dapat hadiah jacpot.heheheh) ikan yang berjaya sy daratkan adalah seberat 5.4kg dan merupakan ikan terberat pernah dinaikan untuk 2012.(bangga kejap.heheheh).tp hadiap hanya boleh dituntut seminggu kemudian keran kiraan jacpot disitu adalah berdasarkan rekod tangkapan utk 2minggu.jd sy menyabarkan diri.hehehehe

inilah ikan yang berjaya ditewaskan.gambar diambik kat umah je sebab time mencing tak bawa hp
 
 


singki pun tak muat nak letak ikan ni.lihat la berpa besar mulut ikan ni.heheheheh
 
utk pengetahuan semua pembaca,jacpot pada bulan tu dipeng oleh SAYA.heheheheh.hadiah tak besar,RM 300 je.hehehe.jdlah.rezeki.dapat ikan besar n duit.ikan itu pun dah selamat dilahap oleh rakan2 pejabat memandangkan ikan siakap tu terlalu besar untuk dihabiskan oleh sy dan isteri.heheheheh. dipost yang akan datang sy akan paparkan berkenaan casting haruan di sibu Sarawak bersama dengan member2 disana.
Salam

Jumaat, 10 Ogos 2012

best nye Part 2

Pengail amatur tangkap ikan keli 55 kilogram


 
KRISTIN memerlukan masa sejam untuk menewaskan ikan keli sepanjang dua meter ini.
KRISTIN memerlukan masa sejam untuk menewaskan ikan keli sepanjang dua meter ini.

LONDON: Seorang wanita menyebabkan teman lelakinya berasa kagum dan tercabar selepas berjaya menangkap ikan keli gergasi yang lebih berat daripada dirinya, semalam.
Kristin Hole, 20, memancing bersama Lee Pollard di Oakwood Park di Thetfofd, Nofolk apabila umpannya dibaham ikan keli seberat hampir 55 kilogram.
Mengakui baru berjinak-jinak dengan aktiviti memancing sejak beberapa tahun lalu, Kristin berkata, pengalamannya jauh lebih rendah berbanding Pollard yang memang pakar dalam kegiatan itu.
Ikan keli dipancing Kristin memadamkan rekod ikan air tawar paling besar pernah ditangkap di Britain sebelum ini - seberat 31.7 kilogram.
Ikan itu juga mengatasi pencapaian Pollard yang hanya mendapat ikan seberat 18 kilogram dalam kembara mereka selama tiga hari di situ.
Menceritakan pengalamannya sejam bertarung dengan ikan sepanjang 2.1 meter itu, Kristin berkata, ia seperti “menarik sebuah bas.” Kristin melepaskan semula ikan berkenaan ke tasik sejurus selepas merakamkan gambar bersamanya.

*(perh........besarnya keli ni.bila agaknya sy nak naikkan ikan air tawar bagak mcm ni ye.heheheheh.kalau besar mcm ni masak pa yang sedap n sedap lagi ke isi ikan ni.heheheheh)

Khamis, 9 Ogos 2012

ikan Pendatang (PeaCock BasS Gitar)


Peacock bass adalah nama umum dalam bahasa Inggeris untuk kumpulan spesis yang berkait rapat bagi ikan air tawar tropika dari genusCichla yang berasal dari lembangan Sungai Amazon di Amerika Selatan dan ia juga turut menghuni sebahagian perairan di Amerika Tengah.




Atas faktor bawaan masuk manusia - sama ada ia telah diperkenalkan atau telah disengajakan, ia juga telah memasuki sebahagian dari Amerika Utara (sebahagian Amerika Syarikat) serta terdapat juga di Selatan Asia sehingga ke sebahagian Asia Tenggara. melalui penulisan ini, ia akan hanya memfokus kepada spesis peacock bass - cichla monoculus, yang dipercayai telah tersebar luas di malaysia terutama di perairan lembah kinta.



Nama
Peacock Bass
Nama saintifik
(Cichla monoculus)
Nama Inggeris
Peacock bass
Keluarga
Persekitaran
Air tawar – tasik dan bekas lombong tinggal serta sungai kecil di kawasan sekitarnya.
Iklim/taburan
Tropika 25°C - 28°C
Edaran
Sekitar lembangan Sungai Amazon, - ia adalah kawasan asal untuk kumpulan spesis dari genus chichla ini, iaitu yang berada di Amerika Selatan dan turut berada di Amerika Tengah.
Penerangan ringkas
Mempunyai badan yang bersisik berwarna kuning dan kehijauan dengan tiga bar berwarna gelap menegak pada bahagian belakang badan. Juga terdapat bintik-bintik gelap pada bahagian badan yang berwarna kuning kehijauan itu. Kehadiran bar amat ketara pada spesimen yang lebih besar. Terdapat warna jingga pada bahagian bawah rahang, sekitar sirip pevik, sehingga ke bahagian bawah abdomen. Mempunyai rahang yang luas dan terdapat tanda bulat berwarna kuning seakan mata seperti pada bulu ekor merak (di kawasan pangkal sirip kaudal yang berbentuk bulat)
Diet
Piscivore - pemakan ikan
Teknik pancingan
Mengilat (casting), menunda (trolling), layang (fly), dasar (bottom) dan menghanyut (drift)
Umpan pancingan
Umpan semulajadi - anak ikan, metazoa seperti cacing dll..., artropoda seperti anak udang, belalang, cengkerik dll...
Umpan tiruan - crankbait, jig, top water, soft plastic, spinerbait, spoon dan fly.
Rekod Dunia I.G.F.A.
Kategori All Tackle
Berat: 10 paun 1 auns (4.58kg)
Tempat Pancingan: Gatun Lake, Panama
Tarikh Pancingan: 03/03/2002
Pemancing: Horacio A. Clare, III



Umum telah mengetahui bahawa peacock bass bukanlah dari spesis ikan bass sebenar seperti largemouth dan smallmouth bass (Micopterus Sp.) yang terdapat di sekitar Amerika Utara. Peacock bass adalah salah satu spesis dari genus cichladalam keluarga Cichlidae iaitu spesis ikan air tawar tropika. Ia adalah ikan yang sangat terkenal di sekitar lembangan Sungai Amazon dan menjadi buruan pemancing kerana kehebatannya yang menghentam umpan dipermukaan air. Malah, ia juga direkodkan mampu untuk meluruskan mata kail biarpun purata berat yang mampu di capai bagi spesis yang digelar ‘Gamefish of Amazon’ ini adalah diantara 8 hingga 12 paun sahaja. Walaupun begitu, ada juga yang mendakwa ia mampu mencapai berat timbangan sehingga 20 paun!


Bila berbicara tentang peacock bass ini, kita di Malaysia ini tidak dapat lari daripada kontroversi yang pernah melanda semenjak kehadirannya pada pertengahan tahun 90an. Ada yang menyokong dan tidak kurang pula yang membantah kemasukkan spesis yang sememangnya mahu hidup di air yang tenang ini. Kebimbangan pemancing di negara kita berasaskan kebolehan spesis ini untuk mengambil alih penempatan ikan-ikan pemangsa semulajadi seperti sebarau dan toman. Berbeza dengan negara jiran kita Singapura, kehadiran peacock bass di sana lebih dialu-alukan kerana mereka tidak perlu bersusah payah lagi untuk mencari ikan pemangsa dalam negara yang sangat kecil itu. Apa pun kontroversi tentang peacock bass ini, yang nyata dan pasti ia telah berkembang biak dengan subur di negara kita yang tercinta ini khususnya di perairan sekitar Lembah Kinta!


Terdapat kira-kira 15 spesis peacock bass di dunia yang telah dikenal pasti, manakala terdapat 2 spesis lagi yang masih dalam proses identifikasi. Peacock bass dari spesis Cichla monoculusadalah yang telah dikenal pasti paling banyak telah membiak di negara kita. Walaupun begitu, terdapat sesetengah pemancing ada yang mendaratkan peacock bass ini dari spesis yang lain, namun bilangannya adalah terlalu kecil. Ia kini boleh dipancing dengan hampir apa sahaja teknik pancingan, dari teknik pancingan dasar (bottom fishing)hingalah kepada teknik mengilat (casting).Awal pagi adalah antara waktu terbaik untuk mendaratkannya dan apabila menjelang tengah hari ia mula bersembunyi di bahagian yang teduh. Namun begitu, jika menggunakan menggunakan teknik mengilat (casting) cuba ubah umpan kepada jenis selama
Keseluruhannya boleh dikatakan bahawa peacock bass ini adalah spesis yang hebat dari segi tentangnya dan mempunyai nilai sebagai ikan sukan. Biar pun saiz terberat untuk rekod dunia I.G.F.A. bagi spesis ini ialah 10 paun 1 auns (4.58kg) tetapi pengunaan peralatan lightmahupun ultralight tackle dilihat adalah lebih sesuai di negara kita berdasarkan saiz purata yang biasa didaratkan.
Sesungguhnya walaupun peacock bass ini bukan dari spesis ikan tempatan, sebagai pemancing tentunya kesempatan ini telah diambil untuk menduganya. Ini bukanlah bermakna kehadirannya disokong tetapi ia ibarat "nasi sudah menjadi bubur" apabila ia telah berkembang biak terutama di kawasan Lembah Kinta ini. Apa yang boleh kita lakukan? Mungkin mengawalnya dari memasuki perairan terbuka sahaja lagi tindakan yang kita tinggal selain dari menjadikannya hidangan menu istimewa yang siap sedia untuk dimakan. Adalah menjadi harapan supaya ia tidak dilepaskan diperairan lain selain dari kawasan Lembah Kinta dan sekitar selangor supaya tidak menganggu ekosistem ikan tempatan.