Selasa, 15 Januari 2013

Ikan pendatang (Kerapu Lombong / Jaguar chiclid (Parachromis managuensis)

 
assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya yang tak seberapa ni.kali ni saya nak share ckit infomasi berkenaan ikan yang saya dapat ketika memancing pada 06/01/2013.khas untuk perkongsian sesama kita.
 
Kerapu Lombong / Jaguar chiclid (Parachromis managuensis)
ni plak kerapu lombong yang saya tangkap.2 gambar ni adalah spesis yang sama


HABITAT ASAL 
Honduras, Nicaragua, Costa Rika & Sekitarnya

PENGENALAN
ikan ini dikenali sebagai kerapu lombong kerana corak pada badannya yang berbintik seakan akan ikan kerapu. Ia merupakan ikan yang berasal dari kawasan amerika tengah dibawa masuk ke negara kita sebagai ikan hiasan oleh penggusaha industri ini. Ia mudah dibiakkan dalam cuaca persekitaran negara kita. Oleh yang demikian, ia mungkin telah terlepas keluar ataupun dilepaskan oleh pemiliknya dan membiak di dalam persekitaran kita.

Ia mudah ditemui di lombong tinggal, tasik dan kolam sekitar lembah kelang, perak dan beberapa tempat lain disekitar semenanjung malaysia.

CIRI CIRI
Tergolong dalam keluarga ciclid dan merupakan spesis pemangsa yang sangat agresif serta 'teritory' terutama ketika mengawan dan mengawal ana
k.Mempunyai bentuk badan dan fizikal seakan-akan ikan kerapu dan berbintik pada seluruh badan serta mempunyai tompok bulat hitam di bahagian tengah badan dari kepala hingga ke ekor. Ikan jantan mepunyai warna biru kejinggan di bahagian atas badan dan kepala manakala bagi ikan betina pula hanya warna putih berbintik hitam pada seluruh badan manakala saiz ikan jantan adalah lebih besar dari ikan betina.

Mampu membesar hingga mencapai panjang badan 21 hingga 24 inci dan jangka hayatnya adalah sekitar 15 tahun.

PEMAKANAN
Merupakan spesis yang kuat makan dan makan utamanya adalah benda hidup seperti anak ikan, anak udang, cacing tanah, serangga dan lain-lain.

PEMBIAKAN
Induk ikan ini akan bertelur pada kawasan rata dan berhampiran batu batu besar.
Jumlah telur yang dihasilkan pada setiap persenyawaan adalah sekitar 500 biji.
Induk jantan akan sentiasa mengawal sarangnya daripada pemangsa lain dan anaknya akan mula menetas dalam tempoh 3 hingga 5 hari.

t/b : sikap ikan ini yang agresif dan kuat makan serta cepat membiak ini boleh mengancam serta mengganggu ekosistem ikan tempatan kita.sama seperti ikan peacock bass. 
hidupan akuatik asal negara
sekiranya tidak dikawal, maka semakin terancam dan hilanglah spesis asal ikan dinegara kita, percayalah....

so, jangan tangkap dan lepas, tangkap dan makan...


.

Isnin, 14 Januari 2013

lain di kejar lain yang dapat........

as salam kepada kepada semua pembaca blog saya ni.semoga semua sihat hendaknya......

kali ini saya nak berkongsi pengalaman saya pada 06/01/2013 yang lepas.pada pagi ahad 06/01/2013 yang lepas saya sempat meluangkan masa kira2 sejam untuk melepaskan gigil ditangan.seawal 7.15 pagi saya dah bergerak ke kolam berhampiran dengan kawasan rumah saya untuk casting @ mengilat.spesis yang menjadi buruan semestinya haruan,Peacock bass dan talapia.setibanya saya di kolam tersebut saya disajikan dengan kemeriahan riak ikan yang disyaki peacock bass.dengan semangat nya saya terus memulakan acara casting.hehehehehe.

senjata perang yang digunakan kali ni sama je dengan senjata perang yang lepas iaitu rod casting spining ryobi dipadankan dengan spining Toman alpha max 2000 .seperti biasa main line saya gunakan Ajiking deeprunner 20lb.kali ini saya menggunakan gewang eupro mini popper dan bakau day night 90mm M760 SP warna putih. ingatkan nak guna gewang Strike Pro Albino code 092 (Diver) size 90mm tp kawasan ni mudah sangkut jd bagi mengelakan putih mata dengan kehilangan gewang baik saya guna bakau jelah.hehehehehe.

agak lama saya menunggu untuk mendapat strike walaupun banyak riak ikan bermain di pemukaan. naik timbul urat tangan menunggu strike.bila saya dapat strike plak berlaku kejadian rabut.2 ke 3 kali gak kejadian rabut ni berlaku.hehehe.takda rezeki.melihat eupro mini popper saya takda sambutan saya terus menukar ke gewang bakau day night 90mm M760 SP warna putih. balingan ke 2 dah dapat sambutan tetapi rabut.dengan semangat tidak berputus asa saya teruskan juga,heheheee. tidak lama selepas itu saya mendapat strike.boleh tahan gak melayan ikan ni.saya fikir kalau tak haruan mesti peacock bass yang saya dapat ni.perlawan tak lah sehebat mane tp dilayan dengan berhati takut rabut lagi.bila berjaya didaratkan saya terkedu sekejap kerana saya tak tahu spesis apa yang menghentam gewang saya ni.bila diselidik dan bertanya dengan abg mahmud (otai yang selalu bersama saya memancing haruan.dia ni tinggal bersebelahan blok rumah saya.pemburu haruan sejati ni) dia kata ikan yang saya dapat tu adalah kerapu lombong.susah gak nak dapat ikan tu area sini .sedap dimakan dia kata.tp ikan tu saya dah selamat lepaskan kembali kekolam habitatnya.saya bertanya tentang ikan tu pun sebelah petang tu pun tunjuk gambar je.hehehehe. 

ni la ikan bernama kerapu lombong.rupa mcm kerapu tp tahap melawan mcm peacock bass je.hehhehe

satu-satunya ikan yang terpedaya hari tu.jadilah dari takde langsung.syukur......

selepas melepaskan kembali ikan tu ke habitat nya saya pun beransur pulang kerana isteri saya kena bertugas pada ahad tersebut.jadinya saya pada hari tu kea jadi baby sitter lah.heheheheh.pa2 pun kita berjumpa lagi di post akan datang. 

as salam .........



Isnin, 7 Januari 2013

Rezeki Tahun Baru........Terbaik dari Sepang

Pemulaan yang baik untuk tahun 2013......

as salam kepada semua pembaca blog saya ni.tahun 2012 telah meninggalkan kita dan sekarang kita didalam tahun 2013.selamat tahun baru saya ucapkan.moga dengan kehadiran tahun baru ini menyemarakan lagi kehidupan dan semangat kita dalam menjalankan kehidupan seharian dan semestinya menyemarakan lagi semangat bagi meneruskan hobi hanyir kita ini........

Pada 01.01.2013(selasa) yang lepas.saya berkesempatan untuk memulakan tahun baru dengan sesi mengilat @ casting.kebetulan pada subuh tersebut saya sekeluarga kena menghantar kakak ipar saya ke lapangan terbang tambang murah (LCCT) kerana dia perlu kembali ke Pulau Pinang atas urusan kerja.sekembalinya dirumah kira2 jam 7.00 am,saya terus mencapai peralatan perang dan terus meluncur pelahan ke tempat yang telah ditinjau pada minggu sebelumnya.Setibanya saya disana saya disambut dengan kemeriahan riak ikan di pemukaan air menyebabkan saya bergegas menyiapkan kelengkapan. lagi pun saya nak menguji peralatan baru yang baru dibeli .Dengan berbekalkan Rod casting Ryobi  dipadankan dengan set spining Toman alpha max 2000 dan tali utamanya plak saya menggunakan Ajiking Deep Runner 20lb.Saya terus menguji lapangan.pemulaan saya menggunakan gewang dari bakau day nite hard lure 7cm bagi menduga kolam ni.

Mungkin tuah tahun baru kot,pada balingan ke 3,saya dah dapat strike.strike tak berapa kuat tp oklah ,kiranya lesen tahun baru.perlawanan tidak berapa mengujakan dan tamat dalam masa yang amat singkat. rupanya talapia yang tergoda dengan gelekan gewang saya.saiz pun boleh tahan.kira ok untuk lesen permulaan melangkah ke tahun baru

lesen pertama untuk tahun 2013

selepas mendapat lesen pembukaan,saya meneruskan sesi pemburuan.sebenarnya saya mensasarkan untuk menjerat haruan tetapi hari tu mungkin haruan masih tido sbb cuti tahun baru.heheheheh. agak lama saya menunggu untuk menaikkan ikan kedua sehingga terasa panjang sebelah tangan.hahahaha......hampir setengah jam menunggu akhir nya lesen kedua berjaya didaratkan.sekali lagi talapia yang tertewas.agaknya haruan memang bercuti tahun baru sebab tulah tak da yang nak membaham gewang.kira laku jugak gewang saya ni keranan berjaya mengoda ikan talapia ni.hehehehe

lesen kedua untuk 2013.hasil yang boleh dibanggakan dan boleh dimasuk kedalam kuali.heheheheh

selepas berjaya mendaratkan 2 ekor talapia ni.saya terus bersiap untuk balik kerana cuaca tidak mengizinkan saya untuk mengilat@casting dengan lebih lama.syukur atas tangkapan hari ni walaupun tak seberapa. kiranya pembukaan tahun ni berjaya kerana saya berjaya mengelakan kumpaw.heheheheh.jumpa lagi di post yang akan datang.

as salam......