Tidak kira digoreng, dibakar atau dibuat sup, ikan haruan sememangnya telah lama menjadi lauk hidangan rakyat Malaysia selain menjadi penawar untuk menyembuhkan luka terutama kepada mereka yang baru menjalani pembedahan dan bersalin.
Ikan air tawar jenis karnivor ini, yang merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau ini. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan ikan toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia
Ikan haruan boleh hidup dalam air yang bertakung,
bergerak perlahan, cetek dan berlumpur.
Bagaimanapun, kebiasaannya haruan boleh didapati di
kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Terdapat
laporan menyebut pemancing pernah menangkap haruan bersaiz besar tetapi
kebiasaannya berat ikan itu hanyalah sekitar satu kilogram.tetapi ada juga pemancing yang berjaya mendapat haruan seberat hampir 4kg.
antara jenis haruan yang terdapat dimalaysia adalah
Snakehead Murrel
- Nama Umum - Snakehead Murrel
- Nama Saintifik - Channa Striata
- Nama Tempatan - Haruan
Forest Snakehead
- Nama Umum - Forest Snakehead
- Nama Saintifik - Channa Lucius
- Nama Tempatan - Bujuk
Emperor Snakehead
- Nama Umum - Emperor Snakehead
- Nama Saintifik - Channa Marulioides
- Nama Tempatan - Toman Bunga
Ocellated Snakehead
- Nama Umum - Ocellated Snakehead
- Nama Saintifik - Channa Pleurophthalma
- Nama Tempatan - Kerandang
Giant Snakehead
- Nama Umum - Giant Snakehead
- Nama Saintifik - Channa Micropeltes
- Nama Tempatan - Toman
Bangka Snakehead
- Nama Umum - Bangka Snakehead
- Nama Saintifik - Channa Bankanensis
- Nama Tempatan - Ruanjuk
Black Snakehead
- Nama Umum - Black Snakehead
- Nama Saintifik - Channa Melasoma
- Nama Tempatan - Haruan Palas
Baram Snakehead
- Nama Umum - Baram Snakehead
- Nama Saintifik - Channa Baramensis
- Nama Tempatan - Haruan Baram @ Runtu
Seperti yang kita tahu ikan haruan ni terkenal dengan khasiat perubatan, kandungan asid amino dan lemak yang terdapat pada ikan itu mampu menyembuhkan luka serta amat balk menyembuhkan penyakit tertentu antaranya gastnik.antara khasiat ikan haruan adalah
1.Haruan mempunyai asam amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam perut serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik
2.Haruan mengandungi sejumlah besar Vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaan.
3.Haruan mengandungi asid arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baru.
4.Glisin dari ikan haruan (merangkumi asid aspartik dan glutamik) yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia akan membentuk molikul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan.
5.Dari kajian saintifik didapati pengambilan ikan haruan juga dapat mengurangkan sakit selepas pembedahan
6.Lendir ikan haruan mengandungi asid oleik dan linolik tak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya.
7.Ikan Haruan mengandungi kolagen yang tinggi yang membantu mencantikkan kulit
8.Kandungan antiseptik yang terdapat di dalamnya pula berupaya mencegah pembiakan bakteria dan menyembuhkan luka dalam tempoh lebih cepat
diharap info yang disampaikan boleh membantu dan memberi manfaat kepada semua pembaca.berjumpa kita dipost yang akan datang.
Assalamualaikum......
sumber maklumat : http://pohonmas.blogspot.com/2011/03/khasiat-ikan-haruan.html dan
http://faeizeyana.blogspot.com/2011/10/snakehead-fish-family-ikan-berkepala.html