berjumpa lagi kt diruangan blog ini.harap semua sihat hendaknya.kali ini saya nak membuat sedikit laporan berkenaan trip casting saya secara solo pada 16/09/2014(selasa) yg lepas.Pada 16/09/2014 yang lepas,sempena dengan cuti umum Hari Malaysia saya berkesempatan utk mengilat @ Casting disekitar Sepang. Kali ini saya mensasarkan untuk mengilat @ casting Ikan Peacock Bass.lokasi sama seperti di post saya yg lepas iaitu di kawasan lombong sekitar perkampungan org asli dan Pusat serenti IKHLAS, Kota warisan, Sepang.
pada jam 6.45 pagi saya dah bergerak ke lokasi mengunakan kuda perang EX5 saya yg di import khas dari sarawak.hehehehehe. setibanya disana saya disambut oleh 2 org caster yang tidak dikenali.rupanya ada org sampai lagi awal dari saya.hehehehe.mereka menggunakan bot manakala saya hanya mengilat @ casting dari tebing sahaja(landbass). saya memang bersemangat memandangkan pemukaan air meriah dengan boiling dan kocakan disebabkan ikan pemangsa galak memburu mangsanya diawal pagi .
dengan semangat waja saya memulakan acara pada pagi itu.tapi sayang....... ...................................(gunakan intonasi mcm suara salem iklim) kemerian di pemukaan tidak sama mcm diharapkan.tiada langsung ketukan atau sambaran diterima.tepat jam 10.00 pagi secara tiba2 gewang saya disambar oleh seekor spesis yang saya jangkakan Peacock Bass bersaiz Kasar membaham gewang seahawk saya. dari amatan dan pengalaman saya, sambaran kasar mcm ni mesti disebabkan oleh ikan bersaiz sekurang2 45cm. saya menghayati perlawanan itu dengan hati yang riang.hahahahahaha. berbekal dengan senjata Rod Daiwa Crossbeat 8-16 lb digandingkan dengan Reel Daiwa Laguna pertarungan sengit itu hanya berjalan kurang dari 5 minit. Ku sangkakan peacokbass tp rupanya haruan yang terpikat.hahahahah. ingatkan Peacock bass yang menyambar rupanya ikan haruan da......... ikan haruan sepanjang 50 cm dan berat 1.06 kg berjaya saya daratkan. janji strike dari kumpaw.hahahha
pemandangan yang indah dan mendamaikan di pagi hari di lokasi pemburuan
pesalah yang berjaya ditangkap dan digari
pesalah bergambar dengan senjata perang yang berjaya dirampas
tepat-tepat 50 cm
timbang pulak, 1.06kg
ROD : DAIWA CROSSBEAT 8-16LB
REEL : DAIWA LAGUNA 101H
MAIN LINE : EUPRO CAMOFLAGE BRAIDED 15 LB
LEADER : HYTAC SOLAROAM BASS (SEMI FLUOROCARBON) 20LB
LURE : SEAHAWK
ikan haruan ini telah diserahkan kepada sahabat saya memandangkan isteri dia baru sahaja bersalin anak kedua.sekurang2nya ikan haruan yg saya dapat ni berguna dari segi perubatan. keseronokan memancing pun dapat, amal jariah pun boleh dilaksana.hehehehhehe
sampai disini coleteh dan nukilan ntah apa2 dari saya.berjumpa lagi kt di post akan datang
Assalamualaikum.