Hampir sebulan dah sy tak update apa2 aktiviti memancing kat blog ni.semua disebabkan kekangan masa yang menyukarkan sedikit utk melaporkan apa2 aktiviti yang telah dijalankan oleh saya.antaranya tuntutan kerja dan diarahkan utk berkursus.hampir seminggu saya berkampung di Sg.Petani , Kedah untuk menghadiri kursus fotografi yg dianjurkan oleh jabatan saya.kursus yg santai dan terbaik.disamping menghadiri kursus saya berpeluang untuk melihat keadaan tempat org yg berbeza dengan tempat sendiri.bak kata org Juah Perjalanan Luas Pemandangan.. Pada 13/06/2013 adalah pengalaman yang amat sukar dilupakan dimana saya dan kawan2 sekursus saya dilanda ribut ketika mengambil gambar di pantai Merdeka,Kedah.angin yang bertiup kencang telah menumbangkan banyak pokok2 disekitar pantai tersebut.kami semua peserta tidak dapat berbuat apa2 kecuali berserah kepada Allah semata2 kerana tidak mampu berbuat apa2 dengan kuasa Allah tersebut.kebimbangan dihati tidah boleh digambarkan melalui kata2 kerana kali ini kejadian di depan mata dimana kami sendiri melihat bagaimana pokok menghempap sebuah kereta sehingga remuk.Syukur la tiada kemalangan jiwa yang berlaku walaupun di Pulau Pinang ada kemalangan jiwa berlaku disebabkan rebut tersebut.
gambar ketika mula2 sampai ke pantai merdeka.sebelum ribut
antara kesan selepas ribut.pokok tumpang menghempap khemah.nasib la
tiada sesiapa di khemah tersebut.
khemah pun terbang
lagi pokok tumbang
keadaan kedai makan sekitar pantai merdeka
pokok yang menghempap pondok pengawal
.dihujung itulah ada sebuah kereta di hempap pokok.
berbalik kepada tujuan asal.sewaktu singah di tanjung dawai,kedah.saya sempat menyambar sebiji gewang micro.tujuan utama adalah utk cenderahati sendiri memandangkah harga murah.kira2 nak buat tempat letak kunci lah tp bila sampai sepang lain jadi Nye.hehehe
gewang mikro dari jenama trinity.(1st time tengok jenama ni.harga pun murah je)
setibanya disepang ,sy dah berkira2 nak turun mengilat @ casting tetapi keadaan tidak mengizinkan kerana anak saya plak kurang sihat.faham2 la musim jerebu ni .di Kedah musim Hujan tetapi di Sepang musim jerebu plak.terpaksa la bersabar.
Pada 16/06/2013 saya sempat meluangkan sedikit masa kira2 sejam utk mengilat @ casting pada sebelah petang.Tempat yang di tuju takde lain kolam larangan area kediaman saya.dengan menunggang Kuda padi kesyangan sy iaitu kuda EX5 sy meluncur pelahan ke sana. saya mensasarkan ikan peacock bass memandangkan pahun ni saya belum merenew lessen ikan tersebut.heheheh. setibanya disana saya memulakan acara. senjata perang yang saya gunakan kali ini adalah ROD DAIWA CROSBEAT digandingkan REEL DAIWA LAGUNA.Mainline plak saya menggunakan line FINS 20lb dan leader SURECATCH 30lb. Saya memulakan acara dengan menggunakan lure minnow dari jenama Duo(tak berapa ingat). mungkin rezeki sbb lama tak memancing n di tambah dengan lama kumpaw.balingan kedua dah mendapat sambutan dari sang haruan.ok lah dari kumpaw walaupun niat nak menjerat peacock bass.dalam masa sejam tu saya Berjaya menaikan 3 ekor haruan tp saiz2 juvenile.oklah.semua selamat di lepaskan kembali ke habitat asal.
antara haruan yang Berjaya digoda.ada 3 ekor semuanya
tetapi saiz untuk di C&R.(ok la janji tak kumpaw)
keesokan harinya17/06/2013 saya sempat meluangkan sedikit masa kira 45 minit untuk mengilat @ casting sementara menunggu kepulangan isteri dan anak dari tempat kerja.tempat seperti biasalh kolam larangan dan set perang pun set yang sama. tp hari ni saya nak try gewang yang dibeli di tanjung dawai hari tu(padahal niat sebenar nak buat tempat letak kunci.). sasaran tak lain lah peacock bass.balingan pertama saya terus bersambut.terkedu saya kerana tak pernah secepat itu saya mendapat hasil.dalam hati terus memuji gewang trinity ni.(tak sia2 mencuba gewang murah.heheeh)
perlawanan berlansung tidak lama dan pada mulanya saya amat berharap peacockbass yang terjerat kerana dari rupa kerakusan ikan ni menghentam gewang seakan2 peacockbass.tp bila Berjaya didaratkan rupanya ikan tilapia yang agak kasar saiznya.heheheheh.lain di kejar lain yg dapat(ok lah kan dari kumpaw.heheheh)
ukuran saiz tilapia dan set perang saya
close up dari hadapan.mcm ikan jenahak pun ada.hehehehe.
gewang melekat kukuh di mulut tilapia itu.(kaler gewang itu adalah kaler kegemaran saya)
mcm sama je muka.heheheheh
selepas Berjaya menaikan tilapia tersebut, tiada lagi ikan saya Berjaya naikan walaupun mendapat 3 ke 4 kali getuan tp semua rabut.lepas tu apa lagi balik la dengan ikan tersebut.plan nak goreng pedas je ikan tu.heheheh
keesokan harinya lagi 18/06/2013,sekali lagi saya meluangkan sedikit masa utk mengilat @ casting sementara menunggu isteri n anak saya.lokasi dan set perang same je.hehehehe.kali ni misi sama gak mencari peacockbass.acara dimulakan dengan gewang micro dari jenama trinity . agak lama gak saya menunggu,tak mcm semalamnya ,baru sekali baling terus dapat. dah hamper 45minit mencuba jadi saya dah plan nak balik tiba gewang saya mendapat sambutan.dalam hati dah menjerit kegembiraan kerana tak kumpaw.saya amat berharap kali ni peacock bass yang tergoda rupa nya ikan ketutu @ betutu.terkedu sekejap kerana tak sangka kolam ni turut dihuni ikan yang berharga dipasaran ini. kira lesen pertama saya lah ikan ni.hehehehe.ikan ni tidak akan di C&R kerana saya tak pernah merasa ikan ni.hehehe.jadi ia akan di C&R diperiuk dirumah saya.hahahaha.
1st time dapat ikan rare ni.hehehehe
walaupun saiz tak besar mane tp oklah.heheheh
kesimpulannya trip2 singkat sepanjang 3 hari lepas saya berkursus adalah Berjaya walaupun ikan yang menjadi sasaran utama masih gagal dijejaki.tak pe.usaha tangga kejayaan.diharap selepas ni saya Berjaya mengoda ikan peacock bass bagi merenew lesen peacockbass yang telah mati.heheheh.
berjumpa kt di post akan datang. Assalamualaikum.