assalamualaikum semua
harap semua pembaca blog yg dah bersawang ni sihat sejahtera hendaknya.lama tak berceloteh dalam blog ni.tangan pun dah mengigil sbb lama tak pegang joran.takde kesempatan nak memancing sbb kekangan masa. Tunggulah bila masa betul2 terluang baru saya membalas dendam.hehehehe.
hari ni saya nak berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat supaya dapat digunakan kepada semua pemancing2 sekalian.
Ramai Dikalangan Pemancing Tanah Air Kita Mulai Sedar Tentang
Kepentingan Dan Cuba Untuk Mempraktikkan Konsep Tangkap Dan Lepas Ini.
Malangnya Tak Semua Dari Kalangan Kita Memahami Sebenarnya Konsep
Tangkap & Lepas Ini. Adakalanya Melepaskan Ikan Kelihatan Seperti
Agak Mudah Iaitu Dengan Menanggalkan Matakail Terus Dari Mulut Ikan Dan
Terus Dilepaskan Ke Dalam Air Lalu Ia Berenang Dengan Bebasnya. Malah
Ikan Juga Tidak Menunggu Kita Untuk Dirinya Dibebaskan, Sebaliknya Ia
Akan Meronta-Ronta Dengan Menggeliang-Geliut Untuk Membebeaskan Dirinya.
Sesuatu Pertarungan Itu Dapat Memberi Suatu Cabaran Yang Menguja
Dan Keseronokkan Yang Tak Terhingga Kepada Kita, Tetapi Tidak Kepada
Ikan. Ia Bertarung Untuk Terus Hidup. Oleh Kerana Separuh Nyawanya Telah
Hilang Di Dalam Pertarungan Tersebut Maka Kita Tidak Boleh
Melepaskannya Ke Dalam Air Begitu Sahaja Sebelum Dirawat Dan Dipulihkan
Terlebih Dahulu. Sekiranya Kita Membebaskan Dengan Serta Merta, Ikan
Tersebut Akan Berenang Lemah Secara Terbalik Iaitu Dengan Perutnya Ke
Atas Lali Menunggu Masanya Untuk Menemui Ajal.
Jadi Beberapa Fakta-Fakta Dari Pelbagai Sumber Rujukan Dan Diterjemahkan
Ke Bahasa Ibunda Agar Ianya Memberi Manfaat Serta Boleh Dijadikan
Panduan Dan Pedoman Bagi Kita Semua.
Pemilihan Alat Tangkapan
- Gunalah Tali Pancing Yang Telah Diuji Ketahanannya Bagi Boleh Menaruk Tangkapan Dengan Mudah Dan Cepat.
- Ikan Yang Dipancing Dengan Menggunakan Fly Atau Lure Lebih Berpeluang Tinggi Untuk Terus Hidup Berbanding Penggunaan Umpan Hidup
- Sesuaikan Matakail Dengan Saiz Tangkapan.
- Guna Playar Untuk Meratakan Duri Pandan Agar Matakail Lebih Mudah Ditanggalkan Dari Mulut Ikan
Mendaratkan Tangkapan
- Daratkan Ikan Dengan Lemah Lembut Dan Sepantas Yang Boleh
- Tidak Perlu Mengalihkan Ikan Tersebut Keluar Dari Air.
- Elakkan Ikan Jatuh Terhempas Ke Tanah, Perut Bot Meskipun Di Dalam Air Yang Cetek.
- Gunalah Tangguk Atau Sauk Yang Mempunyai Jaring Yang Lembut Atau Jaring Yang Tidak Mempunyai Knot Seperti Jaring Silicon.
Menangani Tangkapan
- Kekalkan Ikan Terus Berada Di Dalam Air.
- Bagi Ikan Yang Besar Peganglah Dengan Kedua-Dua Tangan Dengan Lembut
Iaitu Sebelah Tangan Mengampu Di Bawah Perut Manakala Sebelah Tangan
Lagi Memegan Di Bahagian Ekor.
- Pastikan Jari Jemari Tidak Menusuk Ke Bahagian Insang Atau Mata.
- Jangan Memicit Mana-Mana Bahagian Badan Ikan.
- Ikan Tidak Boleh Bertahan Lama Di Darat Sepertimana Manusia Tidak
Boleh Bertahan Nafas Dengan Lamanya Di Dalam Air. Peganglah Ikan
Tersebut Dari Dalam Air Lagi Sementara Itu Mintalah Kawan Untuk
Mengambil Gambar.
Mengeluarkan Mata Kail
- Gunalah Forsep Atau Playar Bermuncung Panjang Bagi Mengeluarkan Mata Kail Dari Mulut Ikan.
- Keluarkan Mata Kail Secepat Mungkin Dan Pastikan Ikan Sentiasa Berada Di Dalam Air.
- Seandainya Mata Kail Tertelan Agak Jauh Ke Dalam Mulut, Potong Terus
Tali Perambut Dan Lepaskan Ikan Itu Dengan Segera. Sekira Ikan
Tercedera Dengan Parah Atau Berlaku Pendarahan Pada Insangnya, Hayat
Ikan Tersebut Mungkin Tidak Panjang, Maka Adalah Lebih Baik Dibawa
Pulang Untuk Menjadi Hidangan Seisi Keluarga.
- Elakkan Dari Mengguna Mata Kail Stainless Steel Kerana Matakail
Tersebut Tidak Melarutkan Asid Di Dalam Perut Ikan Apabila Ia Terkena
Kail
Merawatpulih Tangkapan (Reviving)
- Ikan Hendaklah Berada Di Dalam Air Sepanjang
Masa. Sekiranya Untuk Mengambil Gambar, Pastikan Jurufoo Telah Bersiap
Sedia Dan Lakukan Dengan Pantas Agar Ikan Tersebut Dengan Segera
Diletakkan Semula Ke Dalam Air.
- Setelah Bertarung Habis-Habisan Biasanya Ikan Akan Menjadi Sangat
Letih Dan Tidak Berupaya. Oleh Itu Ikan Perlu Dirawat Pulih Terlebih
Dahulu Sebelum Terus Dilepaskan Ke Dalam Air. Langkah Pertama Pastikan
Kepala Ikan Tersebut Mengarah Ke Hulu Sungai, Pilihlah Suatu Sudut Atau
Kawasan Yang Berarus Perlahan (Manakala Tasik Atau Lautan , Arus
Bukanlah Suatu Faktor Masalah Bagi Proses Merawatpulih Tangkapan).
Gerakkan Perlahan-Lahan Dengan Menyorong Ia Ke Depan Dan Undur Semula Ke
Belakang Berulang-Ulang Kali Sehingga Kelihatan Bahagian Insangnya Mula
Membuka Dan Menutup Sehingga Stabil. Bila Ikan Tersebut Semakin Pulih
Dan Stabil Dan Cuba Untuk Memulakan Renangan, Maka Ia Akan Terus
Berenang Dengan Sendirinya Dari Tangan Kita.
- Ikan Yang Besar Biasanya Mengambil Masa Untuk Kembali Pulih, Maka
Ulangi Proses Tersebut Berkali-Kali Sehingga Ia Pulih Seperti Sediakala.
Okay..Selamat Mencuba & Selamat Beramal :-)